Tuesday, 9 October 2012

SURAT CINTA UNTUK CALON SUAMIKU


Assalamualaikum ya akhi ya ukhty .. Semoga semuanya sihat dan dalam lindungan Allah. Hari ni saya nak update sesuatu *rujuk tajuk post* . Tajuk tu open and khas untuk ukhty-ukhty semua yg bakal berkahwin . Entry ini boleh dijadikan renungan dan panduan bersama dlm membina kebahagiaan yg kekal, In Shaa Allah :)

Dear Calon Suamiku,

Apa khabar Iman mu hari ini ? sudahkah harimu di awali dgn syukur ? kerana dapat menatap hidup ini.. Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yg saat ini tengah kau genggam ? Wahai calon Suamiku, tahukah engkau betapa Allah mencintaiku dengan dasyatnyaa ? 
Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa agar aku lebih bijak menyingkapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh, dan putus asa , namun kini ku rasakan diri ini lbih baik dari sebelumnya. Kadang-kala aku tertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku. Namun kini aku tau jawapannya... Allah tau dimana tempat yg paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingat-Nya & kembali mencintai-Nya ..

Ujian demi ujian In Shaa Allah membuatku menjadi lebih tabah sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu.. Calon Suamiku, entah bagaimana dirimu sekarang.. Tapi aku yakin Allah pun mencintaimu. Aku tau Dia kini tengah elatihmu menjadi Mujahid yg teguh hingga aku pun bangga memiliki mu kelak.

Apa yg ku harapkan darimu sekarang adalah Kesolehan. Semoga sama halnya dengan diriku.. kerana apabila kecantikan yg kau harapkan dariku, hanya sia-sia yg kau dapat. Aku masih haus akan Ilmu. Namun berbekal Ilmu yg ada saat ini, aku berharap dapat menjadi Isteri yg mendapat keredhaan Allah darimu, suamiku..

Wahai Calon Suamiku, saat aku masih menjadi asuhan ayah & ibuku, tidak lain doaku agar aku menjadi anak yg solehah agar kelak aku dapat menjadi tabungan mereka di Akhirat , In Shaa Allah . Namun nanti, setelah aku menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yg solehah agar kelak di Syurga cukup aku yg menjadi bidadarimu yg mendampingi dirimu yg soleh. 
Aku ini pencemburu berat. Tapi kalau Allah & Rasulullah lebih kau cintai daripada ku, aku rela dan aku berharap begitu pula darimu..

Calon suamiku yg dirahmati Allah, apabila sebuah sampan yg menjadi perahu pernikahan kita kelak, takkan ku namakan ia dgn "sampan derita" . kerana itu lah markas dakwah kita & akan menjadi indah ketika hiasi dengan Cinta dan Kasih.. Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama-sama mendidiknya dengan harta yg halal, dengan Ilmu yg bermanfaat terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah SWT.

Bunga akan indah pada waktunya iaitu ketika mekar menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersiap menyambut kehhadiranmu dalam hidupku. In Shaa Allah . Kini aku belajar menjadi yg terbaik dan akan menjadi yg terbaik disisi mu kelak. Calon suamiku, ini lah sekilas harapan yg ku ukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, "tidak semua yg dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata" . Itulah yg kini aku hadapi. Kelak saat kita telah bersama, maka disitulah kau akan memahami diriku sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahimu.

Bersabarlah calon suamiku. Doaku selalu agar Allah memdahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu. Semoga Allah selalu menjagamu agar tidak tersentuh yg bukan Mahram mu meskipun hanya hujung kuku.. Agar kau boleh mempersembahkan dirimu seutuhnya untukku sama seperti aku yg hanya ingin mempersembahkan diriku seutuhnya untukmu..



*Coretan ini hanya sekadar perkongsian. tiada kaitan dengan hal peribadi saya. maafkan saya jika terdapat kekurangan dan kesilapan .. semoga entry ini bermanfaat buat kita semua.
















Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.