Tuesday, 26 February 2013

DAHULU KAWAN SEKARANG LAWAN

Assalamualaikum. Niat nak update entry ni dari kelmarin-kelmarin lagi sebenarnya tapi tergendala buat sementara waktu disebabkan Line Broadband Celcom aku yang slow sangat pergerakannya ni. So time-time setengah tengah hari dan setengah petang ni (jam 2 lebih), aku berusaha lah on laptop aku dan broadband untuk menulis sesuatu diruangan entry aku kali ini walaupun terasa kurang sihat dan lemah sebab baru balik dari class. hehehe. Memang terasa malas sebenarnya nak update, tapi disebabkan niat yang sudah dibuat tu, akan ku tunaikan jua niat dihati ni. Hahaha ! Dengan suasana hostel yang agak sunyi ni sebab housemate lain ada class, so tepat pada masanya lah aku menulis entry aku.

Ok lah. Sebenarnya ada satu benda aku nak cerita kat entry aku kali ni. Mungkin bagi orang lain tak penting, tapi secara personally aku cakap benda yang aku nak cerita ni memang penting. Benda ni General ya. So  memang akan ada orang yang tak setuju dengan pendapat aku dan mungkin juga akan ada yang setuju. Terserah lah ya. If sesiapa nak bagi pendapat tentang entry aku kali ni, aku akan terima komen atau pendapat kawan-kawan diluar sana tu. Yang taknak komen atau beri pendapat pun its ok 

Straight to the point.... Memang nampak sangat lah kejadian tu zaman sekarang ni. Aku banyak perhatikan seseorang yang mempunyai best friends. Kawan dalam 3,4 orang. Pergi mana-mana always together-gether. Terlihat pada zahirnya memang bahagia 'diorang' ni. Ya ! tidak dinafikan mempunyai best friend (s) memang happy sebab kita boleh share macam-macam dengan best friend (s) kita tu even personal life pun ada jugak orang yang share dengan best friend (s) kan. Tapi persoalannya :
"Sejauh mana kah kesetiaan dan jujurnya seseorang best friend (s) tu dengan kita?"
"Adakah 'best friend (s)' tu hanya TITTLE atau betul-betul best friend (s) sebab keikhlasan?"

Sekarang tidak ramai yang jujur dan setia bila berkawan. kejujuran dan kesetiaan tu bukan hanya diperlukan dalam percintaan tapi dalam persahabatan.. Sometimes, ada orang yang berkawan lama tapi tidak berkekalan persahabatan yang dibina. Hancur sebab dikhianati best friend (s) sendiri. Opppss !! Ada yang tidak setuju dengan pendapat saya, its up to you. Not mine.

Time kawan, gelak tawa dan enjoy yang paling banyak. Kalau boleh dia nak bagi tau satu dunia tentang best friend (s) tu. Tidak salah sebenarnya. Tapi kita juga kena berpada-pada bila berkawan, atau pun bila kita memilih kawan. Kadang kala, orang yang kita anggap Kawan ni lah orang yang paling bahaya berbanding orang yang kita anggap Lawan. Haaa, korang tanya kenapa?? Ok, saya bagitau sebabnya.

☑ Bila kita berkawan, kita akan nampak segala-galanya indah tentang kawan kita itu. Indah kerana sering kali bergelak ketawa bersama kita dihadapan. Sering kali jua enjoy bersama-sama. Tapi bila dibelakang kita ? Adakah kawan yang kita anggap best friend itu juga Lidah dan perangainya seindah ketika berhadapan dengan kita ?? (sendiri mau fikir) !

Lagi satu, time masih berkawan, memang saling menyimpan rahsia antara satu sama lain. Segala kejadian disimpan rapi didalam hati.. Tapi bila suatu hari, persahabatan terasa diuji dengan sesuatu sehingga menjadikan kawan itu bertukar menjadi lawan, kita akan nampak disitu betapa teruknya sesorang yang pernah dianggap BEST FRIEND tu. Segala rahsia dan keburukan sahabat dijajah ke tempat orang lain. Dari personal life sampai lah luaran semuanya diceritakan ke orang lain.

So, pengajaran yang boleh kita pelajari sama-sama, "walaupun kita ada seseorang yang kita anggap best friend, jangan sesekali kita cerita soal peribadi kita kepada orang tu. Kita tak tau kejadian yang akan berlaku dikemudian hari. Ada masanya persahabatan kita diuji dan kita terlalu lemah untuk pertahankan persahabatan tu dan akhirnya ia bertukar menjadi permusuhan dan kebencian.. Kita memang tidak kuat menahan perasaan sendiri, tapi kita boleh belajar jadi kuat. Ada Allah, ada family yang boleh kita sharing tentang soal hati kita, bukan orang luar tempat kita berkongsi segala-galanya.

  • Tapi selagi kita ada kawan yang kita percayai, kita belajar hargai persahabatan kita dengan kawan-kawan. 
  • Kita belajar macam mana nak menjaga hati dan perasaan kawan-kawan yang rapat dengan kita. 
  • Elakkan lah memanggil kawan-kawan dengan gelaran yang kurang sopan kerana boleh menjadi ia satu doa yang tidak baik untuk mereka. 
  • Jangan banyak sangat gelak ketawa bila bersama-sama mereka sebab boleh jadi bila terlalu banyak sangat gelak, kita lupa nak dengar kesedihan kawan yang nak bercerita dengan kita.
  • Dan yang paling penting, belajar jadi jujur, penyayang, setia, ikhlas, bertolak ansur (buang ego) bila ada salah faham dengan kawan dan hormat pada kawan kita.
  • Dan jangan lupa doakan sahabat yang kita sayangi sentiasa bahagia, dalam lindungan Allah,  jadi kawan yang membawa kita mengingati Allah dan persahabatan kita dengan kawan2 bahagia hingga ke Jannah, In sha Allah, Amin~.
Making a millions friends is not a Miracle, the Miracle is to make a friend who will stand by you when millions are againsts you. 

True Friends look at you with no judgement in their eyes. They know yo've made mistakes but they accept you being human and help you RIGHT THE WRONGS.




 







D'Owner of this site
With Love, fifiy !

Saturday, 23 February 2013

Impian saya

Assalamualaikum uolls. Good morning. Pagi ni rasa tergerak hati nak update entry. Sambil update entry sambil layan anak buah. sekarang ni pun sambil tekan-tekan keyboard dalam masa yg sama sedang pangku anak buah. haha :P . dia pun tengah pandang-pandang skrin laptop saya. dalam hati ank buah aku  ni, "ntah apa lah yg aunty aku tgh buat ni" .. wahaha. 


ni lah anak buah saya yang saya maksudkan tu, nama dia Qila.

Erhh, sekarang dha 24 February kan. Perghh tinggal beberapa minggu ja lagi nak 20 March. Tarikh 20 March ni adalah birthday saya dan ayah saya. ehee. ok ok saya tau orang tak tanya pun. ok fine :D .
Sebenarnya saya teringin nak pakai tudung labuh yang sempurna menutup aurat tu.. kikiki. *hmm, korang jangan lah ejek*

Memang susah sebenarnya nak terus Istiqamah nak jadi baik ni kan.. Lebih-lebih lagi if orang sekeliling kita tak sekepala dengan kita nak berubah jadi baik kan. huhu. seriously memang susah. saya ada seorang ja yang boleh saya ketegorikan sebagai best friend sebab saya kenal dia sejak saya berumur 7 tahun. family saya dan dia dha kenal sebab dulu time kami sekolah sama-sama, saya selalu pergi umah dia. umah dia tu dha macam umah kedua saya. saya ingat lagi waktu darjah 1, kami sama kelas. Then ada 1 hari tu, cikgu suru saya berdiri dan tarik semua telinga pelajar dalam kelas tu kuat-kuat. saya tak berani tapi cikgu tetap suru. so saya pun buat lah. Bila sampai giliran kawan baik saya ni, (Syazrina), saya sempat bisik dia dan kata, saya tarik telinga awak pelan-pelan. Tak tau lah cikgu perasan or tak saya bisik dia. haha. Syazrina pun tersenyum ja.

 Tapi bila saya pindah pergi kk, kami terpisah agak lama jugak lah. Saya sedih sangat. Tapi 2008 kami pernah jumpa, dan yang paling saya tak sangka dia dha berubah. Dia dha pakai tudung labuh dan sempurna sangat menutup aurat. Dia dapat 8A dalam PMR. Wahhh, dia hebat kan. hmm yaaa dia memang hebat. Dia pandai, dia aktif, dia jugak baik, dia mempunyai suara yang sangat sedapp dan unik bila menyanyi. Dia seorang yang positif. Saya bersyukur dapat kawan macam dia. Tapi lepas 2008, kami tak berhubung lagi. sampai lah sekarang 2013. Dia dha tukar number. Saya sempat tau dia tinggal kat ketiau. Tapi tak tau kampung apa.. sedihh ok sebab hilang jejak dengan kawan yang selalu support saya dalam apa jua keadaan.

Saya teringin nak jumpa dia sebab saya nak dia ada untuk saya dan saya ada untuk dia lebih-lebih lagi bila nak tetap Istiqamah ni. Selain family, kawan terdekat juga memainkan peranan dalam memberi kita semangat. Yeahh, saya perlu kawan yang sokong saya dalam perjalanan hidup saya mencari redha Allah. Bukan bermakna kawan-kawan yang saya ada sekarang ni tak baik. Diorang pun baik jugak :) . Tapi dalam hidup ni, kita perlukan orang yang faham kita dari dalaman. Orang yang sokong kita dalam mencari Redha Allah. Bukan senang nak dapat kawan macam ni zaman teknologi sekarang. Kadang-kadang, kita rebah dipertengahan jalan sebab kawan jugak. Kawan yang tak sekepala dengan kita kan?

Saya pernah berusaha cari dan jejak dia melalui Facebook. Saya type nama dia kat kotak Search tu. Memang banyak senarai nama yang sama dengan dia keluar. Tapi saya berusaha lihat satu persatu. Saya siap inbox lagi mereka-mereka tu. Tapi mlangnya saya silap orang, huhu.
Saya memang tak kuat nak jadi baik sorang-sorang. Lebih lebih lagi dengan sikap panas baran saya ni. Kadang kala ia diluar kawalan. Tapi tiadalah sampai nak bunuh orang. Saya cuma akan marah bila tension, barang-barang saya diguna tanpa kebenaran dan tidak dikembalikan serta pada waktu-waktu tertentu. Syazrinaaaaaaaaaaa where are you right now ?????????????????????? 

Memang banyak kawan yang sekepala dengan kita bila nak buat benda tak baik. Yeahh memang banyak. ehehe. Memang best sebenarnya jadi baik sorang sorang ni. Tak payah ambil peduli segala kutukan orang sekeliling. Niat kerana Allah ja. Tapi, kita takut nanti di alam sana, Allah tanya kenapa kita tak ajak orang sekeliling turut sama-sama jadi baik..

Ok lahh.. Jatuh bangun saya dalam hidup, Allah ja tau. Susah senang saya, tak mudah saya nak share dengan orang sekeliling sebab takut dikhianati. Saya tak mampu nak menutup atau mengawal mulut orang lain yang nak mengata saya dibelakang. Apa yang penting, niat kerana Allah. Be positive. In sha Allah.

Take care ..

mine

sincerily, fifiy

Saturday, 16 February 2013

Tak Tau nak cakap

Assalamualaikum dan hye. Selamat Petng everyone. Actually takda benda penting pun nak post. Rasa boring pulak petang-petang macam ni. So paksa ja jari jemari  meng-update sesuatu yang baru.. *Meng-update ke? pelik je bunyi* . hahaha. whatever lah. Erh adik aku ni time aku nak update blog baru sibuk nak ajak aku exercise. tadi aku ajak, xnak pulak. hehee.. :P !
Memang dha lama jugak lah aku x exercise ni sampai dha gemuk sekarang ni. hikhik.. Asyik dok hostel and umah ja, memang agak boring jugak. Tapi dha sakit-sakit macam ni memang malas jugak lah nak jalan pergi hangout. hoho. kelas pun seminggu aku tak p. Nanti bagi surat ja dengan lecturer aku, dha beres. Tapi kannnnnnnnnnnn...
Aku ada tugasan baru lah nak kena buat. dha nama pun amik kos Journalism kan. so keja-keja press media ni memang agak dekat jugak lah. Tapi yang penting boleh belajar sikit-sikit. ok lah. tak tau dha nak update apa. muehehe :D .


                                                                    "No Caption"

Ok lah bye sayang sayang semua ^_^.. *Sambung exercise*. haha
                                                                                                                         

Thursday, 7 February 2013

CARA GUNA CAMERA CANON 650D??

Assalamualaikum. Selamat Petang. hehe. Hari ni hari Jumaat. Hari yang penuh dengan kemuliaan jika kita isi dengan amal Ibadah untuk Allah. Hari ni aku xda class so aku balik umah sendiri. Taknak tinggal hostel lama-lama. Bosan lah. muehehe. Lagi pun nak g klinik and ambil IC. tapi JPN penuh dengan orang tadi. Tak larat dha aku nak tunggu lama-lama kat dalam. huhu.

Hari ni jugak aku happy sangat sebab dapat surprise. Surprise dari siapa ? Of course lah dari my parents. You know why ? sebab dapat camera baru. Alhamdulillah.. Aku sebenarnya suru ayah aku p tengok-tengok model Camera DSLR kat kedai Camera. Aku bagitau tengok model 650D. Tapi x sangka pulak terus ayah aku beli. Aku sampai ja umah tadi terus kena suru masuk bilik. Aku pun masuk lah. Then, tengok ada something. Sekali cek, wahhhhhhhh ! Teruja sangat.

Seriously, aku tak pandai sangat lagi guna ni. huhu. Kalau guna sikit-sikit tu pandai lah. Tapi nak setting "ISO" suma tu tak pandai sangat. Takpa. Nanti aku belajar pelan-pelan. Takda orang yang terus pandai kan, semua pun kena belajar dulu. So aku akan belajar pelan-pelan cara nak guna dengan betul. hehee. If orang nak kata aku :

Sakai. Baru dapat camera pun dha nak heboh.
Setakat Camera DSLR pun x pandai guna.

Terserah lah kan. Mulut orang memang susah nak control. Aku x kisah. Yang penting, kita sama-sama ambil pengajaran k.

*Pengajaranya: Ibu bapa kita snggup bersusah payah untuk anak-anaknya. Sanggup utamakan keinginan anak dari keinginan sendiri. Saya bersyukur dapat ibu ayah yang sentiasa berusaha untuk anak-anak. Alhamdulillah. 

K lah.. setakat ni ja.. kbaii..


Mengenang kembali kenangan sewaktu bercuti

Assalamualaikum. Selamat Petang kawan-kawan semua. Aisehh, heehe.. Petang-petang macam ni kan tak tau apa yg nak dibuat so update blog ja lah selagi berpeluang. Hari ni tak p class sebab sakit.. Batuk-batuk teruk sangat :( . Tunggu parents ambil then p klinik. Berbalik kepada tajuk entry diatas, rasanya belum terlambat nak update tentang kenangan aku waktu nak bercuti & semasa bercuti beberapa minggu lepas.

Aku akan bercuti semester dalam 2 minggu jugak lah. So terfikir-fikir apa yg nak dibuat time cuti ni. Terasa nak isi cuti dengan bekerja tapi mesti parents aku x bagi. Mesti kena suruh duduk umah ja kemas umah. hehe.
Tapi tiba-tiba ada pulak kakak sepupu aku ajak aku join dia p KL. Aku pun terfikir jugak lah nak join tapi dalam masa yang sama terfikir "mesti time-time macam ni xda tiket murah". hmm ! Dan tekaan aku memang betul. Bila cek kat website Air Asia semua tiket pun atas rm200. Perghh ! Hok tu memang aku dok berharap sangat lah nak p bercuti. Tapi...... keesokan harinyaa ayah aku cakap macam ni dengan aku,
               Cuti nanti p lah jalan-jalan kat KL. Jumpa kakak-kakak sepupu kat sana.

Aku macam x percaya ja kena izinkan p bercuti. Yalah time tu kan tiket mahal. Tapi Alhamdulillah sebab parents aku benarkan jugak. Tapi, time nak p bercuti tu jugak lah Kad Pengenalan aku hilang. Ishk3 ! Hilang terus keyakinan aku nak jalan sebab x yakin dapat lepas if check in kat Airport. Balik-balik jugak lah aku kata namaw jalan sebab ketiadaan IC. huhuhu. Tapi ayah aku p Imigresen lagi urus, then Imigresen kata xda masalah nak p semenanjung. Tunjuk ja resit kehilangan IC ni kat airport nanti.

******************************************************************************
11 Jan 2013, jam 10.40pm tiket aku ke KL. aku dha ready to go. haha. Lepas ja solat Maghrib, kami dha gerak g Airport Terminal 2. Semangat gtuww.. Lepas ja salam dengan ayah and adik aku, dalam jam 8 macam tu, aku dengan kakak sepupu aku check in. Lepas pemeriksaan keselamatan, pemeriksaan surat pula dilakukan. Then aku tunjuk lah resit IC aku tu kat abang Imigresen kat kaunter tu. Dia boleh pulak tanya aku, "Apa ni? apa ni? (sambil tunjuk kat resit aku).. Aku pun dengan perasaan takut time tu kata kat abang Imigresen tu, "eeee, ini lah resit IC saya lah. IC saya hilang" . Bermula lah sesi soal jawab masa tu.
         
Abg Imigresen : Ni nak p mana?
Aku : Nak p KL.
Abg Imigresen : Nak p KL buat apa?
Aku : Jumpa kakak sepupu.
Abg Imigresen : Ouh, bukan nak p jumpa tunang ka ? (sambil senyum-senyum)
Aku : Eish ! manada bha. orang masih study bha.
Abg Imigresen : study di mana?
Aku : Di kolej Cosmopoint Inanam lah.
Abg Imigresen : Study course apa kat sana?
Aku : Journalism.
 Abg Imigresen : Wahh, budak pandai rupanya. nanti boleh lah kita jumpa kat tv ya, hehe.
Aku :  *senyum ja. (dha x mampu nak menjawab)..
Abg Imigresen : Naaa, resit IC kamu, jalan hati-hati yaa (sambil senyum2).
Aku : Ok (senyum).

*Seriously penat nak jawab soalan abang tu. takut jugak kena marah sebab tengok muka dia garang (tapi hensem).. :p

Kami menunggu kat Airport untuk fly dalam dua jam lebih jugak lah.. memang lama. Tapi sabar ja lah. Dipendekkan cerita, jam 10.30 tepat flight terakhir untuk penernbangan ke KL telah pun tiba. Aku dgn kakak sepupu pun beratur lah utk pemeriksaan tiket. And then naik flight. Bila semua dha ok, kapten pilot tu pun bg announcement yg flight akan berlepas. Perghh, sepanjang penerbangan tu, terasa pening pulak. sampai nak muntah tapi tahan ja.
*******************************************************************************

Lebih kurang jam 1 lebih (subuh) kami pun selamat sampai di KLIA. Baru terasa tenang. And then tunggu diambil lagi rupanya time tu terus ke Muar, Johor. Perghh memang terasa jauh perjalanan. Sampai kat Muar, dalam jam 4  subuh . memang penat. hehe. Dalam perjalanan tu, ternampak pulak banyak sangat mat rempit yg ready nak merempit. First time jugak lah aku tgk orang merempit ni. Aku tinggal lah umah kakak-kakak saudara aku kat Muar. Selepas 3 hari kat sana, aku pun gerak ke Melaka. Sama jugak, stay umah kakak saudara aku. Memang best. Sempat jugak lah aku jalan-jalan p Mahkota tempat shopping Mall tu.. kikiki. Selepas 2 hari kat Melaka, aku pun kembali semula ke KL. Kat KL, macam biasa lah stay tempat kakak saudara jugak kat Cheras. Lepas 1 malam kat Cheras, aku pun jalan p umah kakak saudara aku yang 1 lagi kat perumahan depan Tesco tu.. Lepas tu, esok paginyaa aku dibawa jalan g KLCC naik keta Estima tu.. Keta idaman aku. haha. First time aku naik paling atas menara KLCC tu.. Perghh.. Luas Pemandangan ok :D ! Sempat  jugak lah snap gambar. Tapi malas nak share kat sini. hehe.  Lepas g KLCC, aku g Sungai Wang dengan angkel and anak-anak dia. Nak kena belanja Shopping :P .sangat ramai orang. Angkel aku yg shopping sakan time tu.. Sampai penat kaki berjalan. Selepas 2 hari di umah kakak saudara aku, aku pulang balik p Cheras. huhu. Sebab time tu lusa dha nak balik Sabah. Tapi memang x sabar menghitung hari time tu nak pulang ke negeri asal. Alahaii.. Tak tahan aku hidup jauh dari family. walaupun enjoy, tapi sempat jugak nangis sebab nak pulang umah sendiri :P wakaka.
Ok lah.. penat nak story panjang-panjang.. maaf salah silap. Bye.
















Wednesday, 6 February 2013

Ucapan TERIMA KASIH

Assalamualaikum. Dha lama rasanya aku x update blog aku ni. Sunyi ja. Yalah sebab aku x promote pun blog aku ni kat kawan-kawan. Lagi pun aku x cun sangat nak edit-edit blog ni. Tengok lah blog aku ni pun nampak semak ja. hehehe. Btw, aku nak ucap Alhamdulillah.
Nak bercerita sedikit setelah sekian lama tak bercerita dalam blog aku yg sunyi sepi ni. huhu. Alkisahnya bermula begini. Ada seorang kawan add aku di facebook. Sebelum aku approved dia jadi kawan aku di facebook, aku kena lah cek dulu wall dia kan. so, bila aku cek punya cek, aku ternampak lah kat wall dia tu, dia "like" salah satu entry blogger. Then ntah kenapa aku rasa tertarik nak click pada nama blogger tu. Padahal time tu aku online guna handphone ja. Bila aku dha masuk dalam blog tu, aku pun baca lah entry-entry dalam blog seorang adik ni. Baca punya baca, tiba-tiba terjumpa satu entry yang adik tu sedia nak tolong edit blog sesiapa yang memerlukan pertolongannya. limit sampai hujung bulan 2 ja. So aku apa lagi.. taknak lah lepaskan peluang. Tapi sebelum perasaan excited tu menyelubungi diri aku, aku terus ucap Alhamdulillah. yalah, bukan senang nak mintak tolong dengan orang bab-bab edit blog ni. Aku sebenarnya pernah mintak ajar dengan Lyssa Faizureen. Aku inbox kat fb dia. tapi tak kena layan. So aku mintak tolong dengan kawan-kawan lain pun, diorang susah nak ajar. Start dari tu, aku tekad sendiri nak hias blog aku walaupun sebenarnya susah. Aku duduk depan laptop aku dari pagi sampai ke petang semata-mata nak belajar edit blog ja. Tapi balik-balik gagal. memang sedih jugak lah tapi nak buat macam mana kan. kena lah usaha sendiri. Aku blajar edit blog pun dari tutorial blog Lyssa. Dari tutorial blogger-blogger yg lain. sikit-sikit ja lahh aku tau. sikit macam hujung kuku ja. haha.

Tapi bila aku dha selesai edit, aku tengok blog aku masih tak ok, aku mula putus asa. Bermula dari berpututs asa tu lah , aku dha tak nak belajar edit blog aku lagi. Aku biarkan ja blog aku ni penuh dengan sarang. Tapi, lepas aku dha baca entry seorang adik ni, aku berusaha jugak cari fb dia. tapi hampa sebab tak jumpa. so aku tinggalkan komen aku beserta nama fb aku kat entry dia dengan harapan dia akan inbox aku kat fb. Tapi bila terfikir-fikir balik, rasa mustahil ada orang nak tolong edit blog kita kan. so aku pun taknak berharap sangat. huhu..
Selang beberapa hari, adik tu inbox saya kat fb. Alhamdulillah sebab dia kata nak tolong aku. Seriously, memang tak sangka sebab sebelum ni aku mintak tunjuk ajar dengan blogger-blogger yg dha terer , sorang pun taknak tolong. Tapi x kisah lah kan sebab itu hak diorang jugak. aku redha ja, ehehe.. Malam ni, adik tu tolong saya edit blog ni dan dalam masa yg sama dia jugak ajar saya  step by step  tapi line tempat aku ni suka ja wat perangai :( . hmm

Berbalik kepada cerita paling atas, aku pun approved lah kawan yg add aku ni.. Yalah sebab kalau dia x add aku, mana mungkin aku akan jumpa dengan adik blogger ni. Alhamdulillah Ya Allah :D .
btw, aku nak say thank you jugak lah dengan adik ni sebab dha sudi tunjuk ajar dan tolong aku wlaupun umur dia lebih muda dari aku kan..
*Thanks a lot adik Zuliana Awang, sebab sudi tolong sis. x dapat nak ungkap apa-apa lagi. memang bersyukur sangat. Alhamdulillah Ya Rabb*















Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.