Tuesday, 26 February 2013

DAHULU KAWAN SEKARANG LAWAN

Assalamualaikum. Niat nak update entry ni dari kelmarin-kelmarin lagi sebenarnya tapi tergendala buat sementara waktu disebabkan Line Broadband Celcom aku yang slow sangat pergerakannya ni. So time-time setengah tengah hari dan setengah petang ni (jam 2 lebih), aku berusaha lah on laptop aku dan broadband untuk menulis sesuatu diruangan entry aku kali ini walaupun terasa kurang sihat dan lemah sebab baru balik dari class. hehehe. Memang terasa malas sebenarnya nak update, tapi disebabkan niat yang sudah dibuat tu, akan ku tunaikan jua niat dihati ni. Hahaha ! Dengan suasana hostel yang agak sunyi ni sebab housemate lain ada class, so tepat pada masanya lah aku menulis entry aku.

Ok lah. Sebenarnya ada satu benda aku nak cerita kat entry aku kali ni. Mungkin bagi orang lain tak penting, tapi secara personally aku cakap benda yang aku nak cerita ni memang penting. Benda ni General ya. So  memang akan ada orang yang tak setuju dengan pendapat aku dan mungkin juga akan ada yang setuju. Terserah lah ya. If sesiapa nak bagi pendapat tentang entry aku kali ni, aku akan terima komen atau pendapat kawan-kawan diluar sana tu. Yang taknak komen atau beri pendapat pun its ok 

Straight to the point.... Memang nampak sangat lah kejadian tu zaman sekarang ni. Aku banyak perhatikan seseorang yang mempunyai best friends. Kawan dalam 3,4 orang. Pergi mana-mana always together-gether. Terlihat pada zahirnya memang bahagia 'diorang' ni. Ya ! tidak dinafikan mempunyai best friend (s) memang happy sebab kita boleh share macam-macam dengan best friend (s) kita tu even personal life pun ada jugak orang yang share dengan best friend (s) kan. Tapi persoalannya :
"Sejauh mana kah kesetiaan dan jujurnya seseorang best friend (s) tu dengan kita?"
"Adakah 'best friend (s)' tu hanya TITTLE atau betul-betul best friend (s) sebab keikhlasan?"

Sekarang tidak ramai yang jujur dan setia bila berkawan. kejujuran dan kesetiaan tu bukan hanya diperlukan dalam percintaan tapi dalam persahabatan.. Sometimes, ada orang yang berkawan lama tapi tidak berkekalan persahabatan yang dibina. Hancur sebab dikhianati best friend (s) sendiri. Opppss !! Ada yang tidak setuju dengan pendapat saya, its up to you. Not mine.

Time kawan, gelak tawa dan enjoy yang paling banyak. Kalau boleh dia nak bagi tau satu dunia tentang best friend (s) tu. Tidak salah sebenarnya. Tapi kita juga kena berpada-pada bila berkawan, atau pun bila kita memilih kawan. Kadang kala, orang yang kita anggap Kawan ni lah orang yang paling bahaya berbanding orang yang kita anggap Lawan. Haaa, korang tanya kenapa?? Ok, saya bagitau sebabnya.

☑ Bila kita berkawan, kita akan nampak segala-galanya indah tentang kawan kita itu. Indah kerana sering kali bergelak ketawa bersama kita dihadapan. Sering kali jua enjoy bersama-sama. Tapi bila dibelakang kita ? Adakah kawan yang kita anggap best friend itu juga Lidah dan perangainya seindah ketika berhadapan dengan kita ?? (sendiri mau fikir) !

Lagi satu, time masih berkawan, memang saling menyimpan rahsia antara satu sama lain. Segala kejadian disimpan rapi didalam hati.. Tapi bila suatu hari, persahabatan terasa diuji dengan sesuatu sehingga menjadikan kawan itu bertukar menjadi lawan, kita akan nampak disitu betapa teruknya sesorang yang pernah dianggap BEST FRIEND tu. Segala rahsia dan keburukan sahabat dijajah ke tempat orang lain. Dari personal life sampai lah luaran semuanya diceritakan ke orang lain.

So, pengajaran yang boleh kita pelajari sama-sama, "walaupun kita ada seseorang yang kita anggap best friend, jangan sesekali kita cerita soal peribadi kita kepada orang tu. Kita tak tau kejadian yang akan berlaku dikemudian hari. Ada masanya persahabatan kita diuji dan kita terlalu lemah untuk pertahankan persahabatan tu dan akhirnya ia bertukar menjadi permusuhan dan kebencian.. Kita memang tidak kuat menahan perasaan sendiri, tapi kita boleh belajar jadi kuat. Ada Allah, ada family yang boleh kita sharing tentang soal hati kita, bukan orang luar tempat kita berkongsi segala-galanya.

  • Tapi selagi kita ada kawan yang kita percayai, kita belajar hargai persahabatan kita dengan kawan-kawan. 
  • Kita belajar macam mana nak menjaga hati dan perasaan kawan-kawan yang rapat dengan kita. 
  • Elakkan lah memanggil kawan-kawan dengan gelaran yang kurang sopan kerana boleh menjadi ia satu doa yang tidak baik untuk mereka. 
  • Jangan banyak sangat gelak ketawa bila bersama-sama mereka sebab boleh jadi bila terlalu banyak sangat gelak, kita lupa nak dengar kesedihan kawan yang nak bercerita dengan kita.
  • Dan yang paling penting, belajar jadi jujur, penyayang, setia, ikhlas, bertolak ansur (buang ego) bila ada salah faham dengan kawan dan hormat pada kawan kita.
  • Dan jangan lupa doakan sahabat yang kita sayangi sentiasa bahagia, dalam lindungan Allah,  jadi kawan yang membawa kita mengingati Allah dan persahabatan kita dengan kawan2 bahagia hingga ke Jannah, In sha Allah, Amin~.
Making a millions friends is not a Miracle, the Miracle is to make a friend who will stand by you when millions are againsts you. 

True Friends look at you with no judgement in their eyes. They know yo've made mistakes but they accept you being human and help you RIGHT THE WRONGS.




 







D'Owner of this site
With Love, fifiy !
Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.