Thursday, 7 February 2013

Mengenang kembali kenangan sewaktu bercuti

Assalamualaikum. Selamat Petang kawan-kawan semua. Aisehh, heehe.. Petang-petang macam ni kan tak tau apa yg nak dibuat so update blog ja lah selagi berpeluang. Hari ni tak p class sebab sakit.. Batuk-batuk teruk sangat :( . Tunggu parents ambil then p klinik. Berbalik kepada tajuk entry diatas, rasanya belum terlambat nak update tentang kenangan aku waktu nak bercuti & semasa bercuti beberapa minggu lepas.

Aku akan bercuti semester dalam 2 minggu jugak lah. So terfikir-fikir apa yg nak dibuat time cuti ni. Terasa nak isi cuti dengan bekerja tapi mesti parents aku x bagi. Mesti kena suruh duduk umah ja kemas umah. hehe.
Tapi tiba-tiba ada pulak kakak sepupu aku ajak aku join dia p KL. Aku pun terfikir jugak lah nak join tapi dalam masa yang sama terfikir "mesti time-time macam ni xda tiket murah". hmm ! Dan tekaan aku memang betul. Bila cek kat website Air Asia semua tiket pun atas rm200. Perghh ! Hok tu memang aku dok berharap sangat lah nak p bercuti. Tapi...... keesokan harinyaa ayah aku cakap macam ni dengan aku,
               Cuti nanti p lah jalan-jalan kat KL. Jumpa kakak-kakak sepupu kat sana.

Aku macam x percaya ja kena izinkan p bercuti. Yalah time tu kan tiket mahal. Tapi Alhamdulillah sebab parents aku benarkan jugak. Tapi, time nak p bercuti tu jugak lah Kad Pengenalan aku hilang. Ishk3 ! Hilang terus keyakinan aku nak jalan sebab x yakin dapat lepas if check in kat Airport. Balik-balik jugak lah aku kata namaw jalan sebab ketiadaan IC. huhuhu. Tapi ayah aku p Imigresen lagi urus, then Imigresen kata xda masalah nak p semenanjung. Tunjuk ja resit kehilangan IC ni kat airport nanti.

******************************************************************************
11 Jan 2013, jam 10.40pm tiket aku ke KL. aku dha ready to go. haha. Lepas ja solat Maghrib, kami dha gerak g Airport Terminal 2. Semangat gtuww.. Lepas ja salam dengan ayah and adik aku, dalam jam 8 macam tu, aku dengan kakak sepupu aku check in. Lepas pemeriksaan keselamatan, pemeriksaan surat pula dilakukan. Then aku tunjuk lah resit IC aku tu kat abang Imigresen kat kaunter tu. Dia boleh pulak tanya aku, "Apa ni? apa ni? (sambil tunjuk kat resit aku).. Aku pun dengan perasaan takut time tu kata kat abang Imigresen tu, "eeee, ini lah resit IC saya lah. IC saya hilang" . Bermula lah sesi soal jawab masa tu.
         
Abg Imigresen : Ni nak p mana?
Aku : Nak p KL.
Abg Imigresen : Nak p KL buat apa?
Aku : Jumpa kakak sepupu.
Abg Imigresen : Ouh, bukan nak p jumpa tunang ka ? (sambil senyum-senyum)
Aku : Eish ! manada bha. orang masih study bha.
Abg Imigresen : study di mana?
Aku : Di kolej Cosmopoint Inanam lah.
Abg Imigresen : Study course apa kat sana?
Aku : Journalism.
 Abg Imigresen : Wahh, budak pandai rupanya. nanti boleh lah kita jumpa kat tv ya, hehe.
Aku :  *senyum ja. (dha x mampu nak menjawab)..
Abg Imigresen : Naaa, resit IC kamu, jalan hati-hati yaa (sambil senyum2).
Aku : Ok (senyum).

*Seriously penat nak jawab soalan abang tu. takut jugak kena marah sebab tengok muka dia garang (tapi hensem).. :p

Kami menunggu kat Airport untuk fly dalam dua jam lebih jugak lah.. memang lama. Tapi sabar ja lah. Dipendekkan cerita, jam 10.30 tepat flight terakhir untuk penernbangan ke KL telah pun tiba. Aku dgn kakak sepupu pun beratur lah utk pemeriksaan tiket. And then naik flight. Bila semua dha ok, kapten pilot tu pun bg announcement yg flight akan berlepas. Perghh, sepanjang penerbangan tu, terasa pening pulak. sampai nak muntah tapi tahan ja.
*******************************************************************************

Lebih kurang jam 1 lebih (subuh) kami pun selamat sampai di KLIA. Baru terasa tenang. And then tunggu diambil lagi rupanya time tu terus ke Muar, Johor. Perghh memang terasa jauh perjalanan. Sampai kat Muar, dalam jam 4  subuh . memang penat. hehe. Dalam perjalanan tu, ternampak pulak banyak sangat mat rempit yg ready nak merempit. First time jugak lah aku tgk orang merempit ni. Aku tinggal lah umah kakak-kakak saudara aku kat Muar. Selepas 3 hari kat sana, aku pun gerak ke Melaka. Sama jugak, stay umah kakak saudara aku. Memang best. Sempat jugak lah aku jalan-jalan p Mahkota tempat shopping Mall tu.. kikiki. Selepas 2 hari kat Melaka, aku pun kembali semula ke KL. Kat KL, macam biasa lah stay tempat kakak saudara jugak kat Cheras. Lepas 1 malam kat Cheras, aku pun jalan p umah kakak saudara aku yang 1 lagi kat perumahan depan Tesco tu.. Lepas tu, esok paginyaa aku dibawa jalan g KLCC naik keta Estima tu.. Keta idaman aku. haha. First time aku naik paling atas menara KLCC tu.. Perghh.. Luas Pemandangan ok :D ! Sempat  jugak lah snap gambar. Tapi malas nak share kat sini. hehe.  Lepas g KLCC, aku g Sungai Wang dengan angkel and anak-anak dia. Nak kena belanja Shopping :P .sangat ramai orang. Angkel aku yg shopping sakan time tu.. Sampai penat kaki berjalan. Selepas 2 hari di umah kakak saudara aku, aku pulang balik p Cheras. huhu. Sebab time tu lusa dha nak balik Sabah. Tapi memang x sabar menghitung hari time tu nak pulang ke negeri asal. Alahaii.. Tak tahan aku hidup jauh dari family. walaupun enjoy, tapi sempat jugak nangis sebab nak pulang umah sendiri :P wakaka.
Ok lah.. penat nak story panjang-panjang.. maaf salah silap. Bye.
















No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.