Wednesday, 6 February 2013

Ucapan TERIMA KASIH

Assalamualaikum. Dha lama rasanya aku x update blog aku ni. Sunyi ja. Yalah sebab aku x promote pun blog aku ni kat kawan-kawan. Lagi pun aku x cun sangat nak edit-edit blog ni. Tengok lah blog aku ni pun nampak semak ja. hehehe. Btw, aku nak ucap Alhamdulillah.
Nak bercerita sedikit setelah sekian lama tak bercerita dalam blog aku yg sunyi sepi ni. huhu. Alkisahnya bermula begini. Ada seorang kawan add aku di facebook. Sebelum aku approved dia jadi kawan aku di facebook, aku kena lah cek dulu wall dia kan. so, bila aku cek punya cek, aku ternampak lah kat wall dia tu, dia "like" salah satu entry blogger. Then ntah kenapa aku rasa tertarik nak click pada nama blogger tu. Padahal time tu aku online guna handphone ja. Bila aku dha masuk dalam blog tu, aku pun baca lah entry-entry dalam blog seorang adik ni. Baca punya baca, tiba-tiba terjumpa satu entry yang adik tu sedia nak tolong edit blog sesiapa yang memerlukan pertolongannya. limit sampai hujung bulan 2 ja. So aku apa lagi.. taknak lah lepaskan peluang. Tapi sebelum perasaan excited tu menyelubungi diri aku, aku terus ucap Alhamdulillah. yalah, bukan senang nak mintak tolong dengan orang bab-bab edit blog ni. Aku sebenarnya pernah mintak ajar dengan Lyssa Faizureen. Aku inbox kat fb dia. tapi tak kena layan. So aku mintak tolong dengan kawan-kawan lain pun, diorang susah nak ajar. Start dari tu, aku tekad sendiri nak hias blog aku walaupun sebenarnya susah. Aku duduk depan laptop aku dari pagi sampai ke petang semata-mata nak belajar edit blog ja. Tapi balik-balik gagal. memang sedih jugak lah tapi nak buat macam mana kan. kena lah usaha sendiri. Aku blajar edit blog pun dari tutorial blog Lyssa. Dari tutorial blogger-blogger yg lain. sikit-sikit ja lahh aku tau. sikit macam hujung kuku ja. haha.

Tapi bila aku dha selesai edit, aku tengok blog aku masih tak ok, aku mula putus asa. Bermula dari berpututs asa tu lah , aku dha tak nak belajar edit blog aku lagi. Aku biarkan ja blog aku ni penuh dengan sarang. Tapi, lepas aku dha baca entry seorang adik ni, aku berusaha jugak cari fb dia. tapi hampa sebab tak jumpa. so aku tinggalkan komen aku beserta nama fb aku kat entry dia dengan harapan dia akan inbox aku kat fb. Tapi bila terfikir-fikir balik, rasa mustahil ada orang nak tolong edit blog kita kan. so aku pun taknak berharap sangat. huhu..
Selang beberapa hari, adik tu inbox saya kat fb. Alhamdulillah sebab dia kata nak tolong aku. Seriously, memang tak sangka sebab sebelum ni aku mintak tunjuk ajar dengan blogger-blogger yg dha terer , sorang pun taknak tolong. Tapi x kisah lah kan sebab itu hak diorang jugak. aku redha ja, ehehe.. Malam ni, adik tu tolong saya edit blog ni dan dalam masa yg sama dia jugak ajar saya  step by step  tapi line tempat aku ni suka ja wat perangai :( . hmm

Berbalik kepada cerita paling atas, aku pun approved lah kawan yg add aku ni.. Yalah sebab kalau dia x add aku, mana mungkin aku akan jumpa dengan adik blogger ni. Alhamdulillah Ya Allah :D .
btw, aku nak say thank you jugak lah dengan adik ni sebab dha sudi tunjuk ajar dan tolong aku wlaupun umur dia lebih muda dari aku kan..
*Thanks a lot adik Zuliana Awang, sebab sudi tolong sis. x dapat nak ungkap apa-apa lagi. memang bersyukur sangat. Alhamdulillah Ya Rabb*















2 comments:

Zuliana Awang said...

waa..terharunya sy baca,,nway,welcome sis..sy tolong benda simple n tak hebat sngat pun == maaf kalau bnyk kekurngn :( anything,boleh tanya :)

✗ ⓕⓘⓕⓘⓨ ⓕⓘⓣⓡⓘⓐⓝⓘⓔ ✗ said...

Tak pa.. ni pun dha bersyukur jugak sebab sudi tlg.. kalau adk x tlg, mmg x da improvement lah blog sis ni.. :)

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.