Thursday, 28 March 2013

SILAKAN KLIK

Assalamualaikum, selamat malam sahabat semua. malam ni saya nak share sedikit link dengan kamu semua.. Sesiapa yang nak klik link ni untuk information yang lebih lanjut atau lain-lain, boleh lah terus masuk ke website tersebut ya. (Ads) sahaja

RENUNGKANLAH WAHAI PARA MUSLIMAH !

Cuba kita renungkan pertanyaan-pertanyaan dibawah ini. Pertanyaan seperti ini adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat blogger(s) dan sahabat diluar sana. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua, In sha Allah.


  • Apakah kamu dapat berlaku jujur memberitahu tentang hl sebenar yang pernah kamu lakukan semasa bercoule dengan si A,B,C,D,E kepada calon pasangan yang akan menjadi isteri atau suami kamu?? Kalau tak sanggup, kenapa kamu mengatakan COUPLE merupakan satu bentuk pengenalan peribadi dua insan yang saling jatuh cinta yang kononnya dilandasi dengan sikap saling percaya. Padahal dilandasi dengan nafsu semata-mata.
"AKU INGIN CALON SUAMI YANG BAIK" . Seringkali mengatakan ayat seperti ini, tapi kenapa  kamu masih bercople?
  • Jika kamu disuruh memilih diantara dua calon utnuk menjadi  pasangan hidup kamu, antara salah seorang pernah bercouple dan yang satu lagi begitu teguh memegang syariat agama, yang mana yang akan kamu pilih? - Tentu saja kamu memilih yang teguh dalam syariat  agama kan? Tetapi, kenapa kamu masih bercouple dengan yang lain sementara kamu menginginkan teman hidup yang bersih..
  • Bagaimana perasaan kamu jika mengetahui isteri atau suami kamu mempunyai pengalaman  bercinta sehingga terjadi tidak suci lagi? Tentu kecewa bukan kepalang kan? - Tetapi mengapa sekarang kamu melakukan itu kepada orang yang akan menjadi Teman hidup (milik) orang lain??
  • Kalaupun isteri/ suami kamu sekrang mahu membuka mulut atau bercerita tentang pengalaman bercouple sebelum menikah dengan kamu, apakah kamu percaya jika dia mengatakan pada masa itu kami berdua hanya berbual biasa-biasa dan tidak saling bersentuhan tangan atau yang lainnya??
Semoga sama-samalah kita berubah kearah kebaikan dan tidak lagi mendekati maksiat. Saya pun bukan manusia yang terlalu baik dan sempurna. Namun selagi mana saya mampu menulis dan berkongsi sesuatu kebaikan, selagi itu lah saya akan lakukan. Sama-sama kita saling mendoakan agar mampu berubah ke arah kebaikan walaupun secara perlahan-lahan :D

Credit to pakarcinta

Wednesday, 27 March 2013

HANYA ALLAH YANG SATU


Assalamualaikum~ Selamat tengah hari kawan-kawan . Jemput baca puisi dibawah ini :D :

Dikala aku bingung dalam kesendirian
Dikala aku bingung dalam urusan duniaku
Hanya engkau yang terbayang dalam benakku
Hanya kepada-Mulah aku ingin kembali ..
Tuhanku.

Ku pasrahkan segala urusan dan kesulitanku hanya kepada-Mu ya IllahiRobbi
Karena sesungguhnya aku milik-Mu
Ku sembah dan ku agungkan nama-Mu
Bersujud serta ku serukan kebesaran-Mu
Di hadapanMu kurenungi segala khilafku
Aku hanya manusia yang berlumur dosa ..

Ya Tuhanku.
Kumohonkan cahaya penerang serta hidayah-Mu
Tuk tunjukkan jalan lurus-Mu
Dan bimbinglah aku menuju surga-Mu ...


Credit to : Puisi Islamic




BLOGWALKING DI BLOG SAUDARA SAUDARI

Assalamualaikum. Selamat malam. Malam ni ditempat saya hujan turut dengan lebat tapi sekarang dah reda sikit. Berdasarkan tajuk entry saya malam ni, saya baru sahaja blogwalking atau dengan kata yang paling mudah, melawat atau round-round blog orang lain. Ya, ni memang kesukaan saya nak melawat blog orang membaca entry-entry mereka sebab boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang kurang dalam diri ni. Kadang-kala post entry diorang yang lama-lama pun saya baca jugak. Saya tengok-tengok idea sihat diorang. Tapi saya kurang nak membaca entry-2 yang agak gedik. Bukan benci tapi rasanya daripada membuang masa membaca entry yang macam tu lebih baik saya baca entry-entry berbentuk keilmuan atau keagamaan. In sha Allah bermanfaat.

Tiba-tiba saya tertekan satu link blog saudari ni dan Alhamdulillah blog tu menarik perhatian saya. Dengan lagunya yang menyedarkan diri saya, dengan kata-kata dalam entry dia, dan dengan gambar-gambar pada setiap entry tu. Sangat menarik perhatian saya untuk membaca. Sedikit sebanyak dapat membantu menyedarkan diri saya sebagai hamba Allah yang sangat lemah dan kadang-kala lalai ini . Tapi maafkan saya, saya terlupa blog saudari tu, nanti jika saya ingat atau dapat link dia, saya akan masukkan semula kedalam entry ni dan kamu boleh lah follow dia k.

*Ok saya dah ingat apa nama link fb saudari tu tadi. hehe. Ni nama blog saudari tu epaL's stories to shaRe . Jemputlah ke blog dia. Tak rugi klik sebab sedikit sebanyak kita boleh tambah ilmu pengetahuan yang kurang . In sha Allah :D

Dalam dunia blogging ni kalau kita tak melawat ke blog saudara saudari atau sahabat-sahabat blogger yang lain memang tak best lah. hehe. Tak menarik jugak kan. so at least, kita saling ziarah-menziarahi lah ye. Ada gunanya jugak. Bukan nak cari populariti, tapi bila kita melawat tu, kita dapat lah belajar benda baru atau tambah ilmu pengetahuan dalam dunia bogging ni atau mana tahu lah dapat tambah kawan kan. Siapa yang tahu. Tapi pastikan belajar berlaku jujur kerana dalam dunia penulisan seperti blogging ni, apa yang kita tulis tu jugak memainkan peranan penting dan ada kalanya jugak orang akan tafsir kita melalui cara penulisan kita atau cara penceritaan kita. So hati-hati, ada memerhati~ ahaa

Tuesday, 26 March 2013

LA TAHZAN KERANA CINTA

Apakah CINTA itu HALAL atau HARAM?? Agama mengatakan cinta itu haram kerana boleh menyiksa jiwa. Padahal orang yang mahu membaca kata-kata pujangga akan merasakan indahnya hidup di 'syurga'. Dia  akan merasakan bahawa cinta adalah perasaan bahagia yang tidak mungkin diungkapkan dengan kata-kata. Dia juga akan merasa bahawa cinta adalah perasaan yang datangnya tanpa di duga.  


Jika yang dimaksudkan adalah cinta dengan cara memegang tangan semasa bersama-sama maka itu jelas haram. Itu juga tidak seperti cinta yang dikatakan oleh para penyair. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari perasaan saling menghormati, saling menghargai, saling mengerti dan saling menerima kekurangan yang dimiliki pasangannya. 

Tidak benar bahawa cinta adalah perasaan yang lahir secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Hal itu hanya diterapkan pada perasaan tertarik dengan lawan jenis. Kedua perasaan itu lah yang lahir secara spontan. Sementara dalam cinta kita, kita  menentukan kriteria yang kita inginkan dari pendamping hidup kita, serta tidak menutup mata dari kriteria yang tidak kita kehendaki. 

Kita sepatutnya tidak berharap akan mampu mengubah sesuatu yang tidak kita senangi kerana secara psikologi , tidak seorang pun mampu mengubah orang lain selama orang lain tidak miliki keinginan untuk berubah. Apa yang selama ini ditulis oleh para pujangga hanyalah salah satu usaha untuk memuaskan jiwa dan usaha untuk menikmati fantasi yang dimilikinya. Mereka juga berusaha semaksima mungkin untuk meraih kejayaan hidup, Inilah yang harus kita lakukan.

Selain itu, agama tidak mengharamkan cinta yang hadir diantara para remaja , selama ia tidak melanggar batas-batas agama dan tujuan utamanya adalah Menikah dan bukannya mencari kesempatan untuk berdua-duaan ditempat yang sunyi atau dating dikhalayak ramai. Tambahan pula, banyak sekali cinta yang tumbuh subur dalam pernikahan tradisional. Yang mana dalam pernikahan moden ini, perkenalan diantara kedua belah pihak berlangsung dalam lingkungan yang penuh dengan kesucian, kemudian terjadilah pernikahan dan secara perlahan-lahan cinta itu lahir diantaa keduanya. 

PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA.


Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak. Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini. Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada. Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca. Izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.
1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaanKemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali keduaWalau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakanKalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju. Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solatJika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertibSewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasiSewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokonganPanjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilaluiTumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Berfikir secara positifFikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
11. Dapatkan sokongan mental dan rohaniBerikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
12. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitanDari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
13.  Banyakkan bahan bacaan tentang solatKerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
 Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama. Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.

FREEBIES BACKGROUND YANG CANTIK

Assalamualaikum. Selamat malam. Malam ni saya takda buat apa-apa so boleh lah saya kongsikan atau bagi korang Background untuk blog korang. haha. Sorry lah kalau bukan test kamu. Ni saya main pilih ja. Background tu ada kat bawah ni haaa~











Monday, 25 March 2013

DAN SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN

Assalamualaikum. Selamat pagi kawan-kawan. Selamat bercuti untuk pelajar-pelajar sekolah dan pelajar kolej. Saya pun cuti jugak, cuti seminggu. hihihi. Masa cuti ni saya tak pergi hangout. Hanya duduk umah saja tolong mama saya mengemas rumah, bermain dengan adik bongsu dan anak buah saya. Saya berusaha meluangkan masa bersama adik beradik saya dan ibu bapa saya sebab minggu depan cuti persekolahan sudah habis dan semestinya saya juga akan kembali ke asrama dan kurang masa untuk bersama-sama dengan diorang.

Hari ni saya nak menulis sesuatu yang terlintas dalam fikiran saya iaitu berdasarkan tajuk entry saya diatas. Memang benar, manusia dalam kerugian sebab suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bermaksiat, berzina dan lain-lain. Saya menulis seperti ini bukan bermakna saya seorang manusia yang alim dan lebih baik dari kamu. Tidak ! Saya menulis entry ini adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri dan kawan-kawan diluar sana. 

Terlalu banyak masa yang kita sia-siakan dalam hidup sehingga kita kurang menghargai masa-masa berharga dalam hidup kita. Kita kurang menghargai masa hidup yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Dan yang paling teruk lagi, ada yang suka bersangka buruk dengan Allah. Betapa ruginya manusia yang berfikiran seperti itu. 

Alangkah bahagianya hidup jika kita gunakan setiap masa yang Allah berikan itu untuk kita beribadah kepadaNya dan memperbaiki diri dari hari ke hari. Kita gunakan masa terluang bersama keluarga itu dengan beribadah bersama-sama, tadarus Al-Quran, dan berkongsi cerita suka dan duka. Alangkah ruginya kita jika Malaikat Izrail datang melawat dan melihat kita sedang bergelak ketawa dan melakukan perkara-perkara maksiat. Ada yang tidak tahu bahawa Malaikat Maut itu datang melawat dan melihat wajah kita 70 kali sehari. Masya-Allah. Alangkah takutnya jika Malaikat itu datang menarik nyawa kita ketika kita sedang melakukan perkara-perkara maksiat. 

Dalam kehidupan kita, kita mempunya masa 24jam. Tetapi masa yang kita peruntukkan untuk solat fardhu berserta doa dan zikir adalah 20 minit. Kita boleh kira sendiri berapa masa yang kita luangkan untuk Allah.
  • [20 minit] X [5 solat fardhu (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Ishak)] = 100 minit (1jam 40 minit) !

Kemudian,

  • kita tambah lagi dengan solat-solat sunat, zikir-zikir dan Qiamullail, kita andaikan saja 2 jam sehari. (Itu pun kalau kita lakukan)..

So, kita boleh kira sendiri berapa peratuskah ibadah kepada Allah  yang kita lakukan dalam sehari ?


  • 100 minit solat fardhu + 2 jam malan-amalan sunat = 3 jam 40 minit.

  • Kita bahagi pula [3jam 40 minit] tu dengan [24jam] dan DARAB dengan 100% = 15.3 % .  

Persolannya sekarang, adakah ini yang kita katakan amal soleh ? Adakah cukup dengan 15.3 % itu dari kehidupan kita yang dikatakan amal soleh ini menjamin Syurga buat kita diakhirat kelak? Tidak ! Itu belum menjamin syurga buat kita semua. Selagi mana kita boleh berbuat kebaikan dan amal ibadah, selagi itulah kita dituntut untuk meneruskan perjuangan dijalan Allah. 
Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh syarak dan berusaha meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Memang agak sukar pada permualaanya kerana diuji dengan pelbagai sahaja ujian. Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Kita boleh berubah dari perkara-perkara yang kecil dengan syarat kita terus beristiQmah dijalan Allah. In sha Allah, Allah beri kekuatan kepada kita jika niat kita benar-benar kerana Allah. 

Semoga doa ini berguna dan bermanfaat buat kita semua :

"Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan.""Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa". 


Sunday, 24 March 2013

TIPS KETIKA BERHADAPAN DENGAN ANJING GANAS

Assalamualaikum. Dah berminggu-minggu saya tak update kan. Rasa malas nak update entry. Rajin ubahsuai blog saya je. hehe. Berdasarkan tajuk entry saya kali ni, saya nak kongsi sedikit tips jika kita berhadapan dengan anjing-anjing yang suka menyalak tak tentu pasal bila kita lalu. haha. Macam pelik ja bunyi ayat tu. Idea nak menulis tentang tajuk ni pun dapat pagi tadi bila tengok seorang pakcik dikejar oleh anjing-anjing jiran.

Saya ni bukanlah pakar hebat. Tapi berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan anjing-anjing jiran dekat tempat tinggal saya ni, bolehlah saya kongsikan sedikit tips. Harap-harap berguna jugak lah untuk korang. So dibawah ni saya kongsikan sedikit tips:


  • Bila kita jalan, dan tiba-tiba ada seekor, dua anjing yang yang nak mendekat dengan kita sambil menunjukkan giginya yang tajam itu, kita jangan lari. Sebab bila kita lari, anjing juga akan mengejar kita.
  • Kita dah tau kekuatan anjing iaitu berlari dengan pantas sedangkan kita hanya mempunyai dua kaki dan tidak dapat menandingi kelajuan anjing-anjing itu. So, kita jangan lawan kekuatan anjing dengan kelemahan kita
  • Bila anjing tu nak mendekat dengan kita, kita jangan takut atau panik, sebab anjing ni ada deria bau yang sangat kuat. 'Diorang' boleh hidu rasa takut kita. Itu yang anjing-anjing tu semakin suka nak menyalak dekat kita sebab 'diorang' tahu  kita takut.
  • Kita berdiri sahaja bila anjing tu mendekat. Memang pegang kayu atau batu itu perlu bila berhadapan dengan anjing-anjing ganas ni. Tapi kita boleh elak dari guna kekerasan terhadap haiwan.
  • Contohnya macam saya, ada beberapa kali saya keluar jalan kaki pergi kedai dengan adik saya then suddenly ada seekor anjing tiba-tiba menyalak dan semua anjing pun ikut menyalak jugak. Dan yang paling mengejutkan 3 ekor anjing terus meluru mendekat dengan kami. Masa tu adik saya sangat panik dan saya suruh dia diam and jangan takut sebab bila perasaan takut menyelubungi diri, kemungkinan besar adik saya akan terus lari dan itu  akan membahayakan lagi kami berdua. So apa yang saya buat masa tu, saya hanya berdiri diam dan peluk adik saya sebab saya tak nak dia nangis dan panik. Dan akhirnya, anjing-anjing tu pergi beredar mencari haluan masing-masing tanpa menghiraukan kami. hahaha. (Saya dah beberapa kali berhadapan dengan situasi macam ni dan perkara yang sama saya akan buat bila berhadapan dengan anjing-2 tu).
Saya harap tips yang sedikit ni dapat membantu kawan-kawan supaay jangan cepat panik atau lari bila berhadapan dengan anjing-anjing macam tu. Berhati-hati itu perlu tapi jangan pula sampai membahayakan diri.
Setakat ni sahaja perkongsian dari saya. Take care. out~

Friday, 22 March 2013

BENAR, TAPI SALAH !


Benar,
Setiap orang pernah melakukan kesalahan.
Tetapi salah jika kita tidak pernah cuba membetulkannya
dan masih mengulanginya.
Benar,
Cinta itu suci dan fitrah bagi manusia.
Tetapi salah jika cinta itu bukan untuk Allah
Tapi bagi tujuan maksiat.
Benar,
Tidak menutup aurat tidak bermakna anda jahat.
Tetapi salah, kerana sejauh mana kebaikan anda,
Syariat Allah tidak anda jaga.
Benar,
Kubur itu asing-asing
Tidak perlu menjaga hal orang lain.
Tetapi salah, kerana kita semuanya bersaudara
dan menjadi tanggungjawab seorang saudara
untuk membimbing saudaranya ke syurga.
Benar,
Kehidupan dan masa depan di tangan Allah.
Tetapi salah, jika kita hanya menyerahkan kepada
takdir dan tidak berusaha untuk mengubahnya.
Benar,
Kita hanyalah insan biasa
yang pengetahuan agamanya tidak sebanyak mana.
Tetapi salah, jika kita tidak menyahut seruanNya,
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, (sifat kamu) kamu menyuruh dengan ma'ruf dan melarang dari yang mungkar...."

Thursday, 14 March 2013

CERITA FRESH DI MALAM HARI (BLACKOUT)

Assalamualaikum and selamat malam. Malam ni aku nak update cerita yang fresh sikit sebab selalu aku story semua cerita yang dah berlalu kan. haha. Saja ja sebab aku suka flashback semula kisah-kisah dalam hidup aku ni. Jam sudah menunjukkan pukul 9.26 malam dan karen (electric) masih juga belum on. Dah lama rasanya hostel aku tak blackout macam ni. Memang seluruh asrama aku ni black ja sebab gelap. Di tambah pula dengan kepanasan. Memang agak teruji jugak lah kan. Kawan-kawan aku ada yang mengeluh. Ada jugak yang buat hal masing-masing. macam aku ni lah. Sibuk buat hal sendiri dengan meng-update entry aku. muahaha !

Sebenarnya, aku tengah study tadi tapi tetiba pulak mati karen so terbantut jugak lah pembelajaran aku untuk malam ni. Tapi its ok lah kan. Jangan mengeluh. Hal kecil ja ni. hehe.  Tapi aku harap karen ni cepatlah on sebab handphone aku dua-dua dah lowbat and laptop ni pun bila aku pakai online akan lowbat jugak lah dalam masa lebih kurang sejam. huhu. emm, terasa lapar pulak tapi tak boleh nak masak :(

Tengah-tengah blackout and kegelapan, tak tau nak buat apa. Kejap baring kejap bangun, kejap pergi ruang tamu duduk-duduk then masuk bilik balik, on kamera DSLR untuk tengok-tengok gambar pas tu off semula, then baring sambil kipas-kipas. Erhh memang benda yang sama jugak aku ulang-ulang. Dan last-last tengah bosan-bosan baring, timbul niat nak update entry yang tak berapa nak ada isi ni. hahaa ! Dan akhirnyaaaaaaa~ terbitlah sebuah entry pada malam ini yang bertajuk BLACKOUT ! wahaha :P .

Btw, boleh follow my twitter ya https://twitter.com/fifiyfitrianiee

*Ruang komen ada di atas post, iaitu bersebelahan dengan Tarikh dan berada di bawah tajuk Entry aku. Just klik if nak tinggalkan komen. Saja bagitau sebab ada yang bertanya mana ruangan komen entry aku. hehe*

Wednesday, 13 March 2013

SUDAH LAMA TAK MENULIS DI BLOG, KINI AKU KEMBALI !

Assalamualaikum and very good afternoon. Rasanya dha lama aku tak menulis di blog aku yang sunyi sepi ni disebabkan ada beberapa tugasan yang perlu aku buat dan selesaikan tapi tak pandai nak selesai-selesai. haha ! Aku jenguk jugak blog aku ni dari semasa ke semasa tapi untuk menulis entry tu memang takda masa.  Sangat busy dengan kelas yang padat dari pagi ke petang dan malam pula training bola jaring dengan kawan-kawan (team) aku sebab 21 Mac nanti kami ada tournament. So, kena lah berlatih kan. Sampai tidur aku sejak seminggu dua ni dha tak teratur, kurang tidur. fuh~

Seriously, bila nak bangun awal pagi memang susah. Nak tak nak ja pergi kelas, haha :P ! Tapi ku gagahkan jua diri dan Alhamdulillah walaupun dengan kaki yang sangat sakit-sakit ni sebab training tapi dapat jua datang kelas and fokus bila belajar. And you know what? My lecturer cakap, aku sangat alert denga apa yang dia ajar :P . Toinkkkk toinkk ~~

Hari ni aku takda kelas so dapat lah curi masa update entry aku ni. Ni pun tengah buat assignment untuk subjek Essentials of Business Communication Skills. Nak kena lukis sembilan mind maps. Dha lah aku ni lemah bab-bab melukis ni. Seriously memang sangat lemah lah bab-bab lukisan ni. Aku tak pandai :( . Tapi aku try jugak buat. Dan aku dha berjaya siapkan dua Mind Maps dengan hasil tangan aku sendiri. hahahaha~ memang tak lawa and agak serabut. Tapi tak pa lah. At least, aku usaha buat sendiri kan, huhu. Tapi ada lagi baki 6 mind maps yang belum aku siapkan dan tambah dengan Seven (7) samples notes yang lecturer aku suru buat. hmmmmm~

Aku nak bagi tahu untuk sesiapa yang nak tahu, birthday aku 20 Mac ni sehari sebelum aku pergi tournament bola jaring tu. haaaa, birthday aku yang ke berapa? Ni birthday aku yang ke 20 tahun. Aku muda lagi lah. hehe. Tak lupa juga 20 Mac tu adalah birthday ayah aku juga. Aku nak ucapkan awal-awal,

Wish you happy birthday ayah. Ayah, you are my guide, you are my idol. I am so lucky to have ayah who understand me and who always support me. Ayah, you made my life, you have shown me the way, you have supported when I need. I'm sure that there is no other person in my life whose heart is beauitful as yours.You are on of Allah brightest creation. Ayah, you also help me become the person i am today.  you are my hero until Jannah.

Lukisan ku untuk ayah. sorry sebab saya tak pandai lukis. Happy birthday ayah  (20 Mac) !


 And untuk diri saya sendiri, walaupun masih awal lagi nak wish tapi tak apa. Biar awal asalkan jangan terlambat. Ucapan untuk diri sendiri, Hopefully makin meningkat umur, makin meningkat dan bertmbah jua lah Iman dan amal ibadah ku untuk Allah.

Cukup setakat ni ja entry aku kali ni. Take care and Assalamualaikum~
out buat assignment~ haha..












Saturday, 2 March 2013

Rindu nak main bola Jaring

Assalamualaikum. Hye selamat malam semua. Harap korang sihat-sihat semua sebab aku ni dha berapa minggu demam+selsema+batuk. Sabar ja lah. Ohh yaa, malam ni tengok Red Carpet untuk FFM. haha. Sambil-sambil tengok tv and update entry ni, aku bermain dengan camera Canon D650 aku. kihkihkih.

aisehh. ni lah camera aku tu. haha.

ceh ! kalau lah aku pandai ambil gambar macam ni kan. hahaha !
Ohh yaa. Sebenarnya ada benda penting yang aku nak tulis sebenarnya. hmm, penting lah sangat kan. haha. Aku rindu nak main net ball. Dha lama aku tak main net ball ni. huhu. Aku ada simpan niat kan, kalau suatu hari nanti kat kolej aku ada orang anjurkan kelab untuk net ball ni atau buat pemilihan pemain net ball, aku akan join ja walaupun kawan-kawan rapat aku tak ada yang nak main atau join. hihihi.

Dan minggu lepas, aku ada nampak satu notis ditampal kat pintu berdekatan cafe kolej aku tu. Notis tentang sesiapa yang nak join net ball club. Aku ambil lah masa sehari untuk berfikir sebelum join club ni. Aku tanya lah kawan-kawan aku yang rapat dengan aku kalau ada yang nak join, dan seperti yang aku fikirkan, diorang memang tak minat nak join. So aku pun join lah sorang-sorang. Aku terus cari junior aku kat bawah, dan tulis nama dengan diorang. Aku punya lah excited nak join club ni. Alhamdulillah, walaupun aku tak berharap sangat akan ditubuhkan kelab net ball ni kat kolej aku, tapi aku bersyukur jugak sebab Allah perkenankan impian dan angan-angan aku. heheehe.

Nanti 15 March, akan ada meeting untuk kelab ni, harap-harap lah tiada halangan yang menghalang aku untuk datang meeting tu nanti. Aku tau memang banyak saingan untuk jadi pemain utama. Tapi aku tak kisah lah. Dimana-mana pun akan ada saingan. Walaupun aku tak dapat jadi pemain utama atau pemain simpanan if ada apa-apa pertandingan, aku redha ja lah. Yang penting aku akan cuba yang terbaik. Ohh ya, aku pernah main 3 posisi dari darjah 5 sampai lah aku form 4. Aku main posisi WA, WD atau C. Tak dinafikan memegang posisi C ni memang agak penat jugak lah sebab boleh masuk semua kawasan kecuali kawasan D kan. Tapi memang best sebab mencabar jugak. 

Kali pertama aku join bola jaring ni, masa aku darjah 5. Masa tu aku join kawan aku ja suka-suka nak main. Memang susah jugak lah masa first nak main dulu. Segala gerakan kaki, cara balingan bola, dan lain-lain kena kawal. Tapi Alhamdulillah, berbaloi jugak lah usaha aku join training tu hari-hari sebab dapat wakil sekolah walaupun sekadar pemain simpanan. haha. Dan masa sekolah menengah pun aku pernah wakil sekolah jugak tapi tak menang. And aku pernah training kawan-kawan aku main bola jaring ni masa diorang nak pertandingan walaupun aku tak lah hebat. At least, apa yang aku tau aku ajar so tak lah sia-sia ilmu aku tu kan.

The last one aku nak cakap, aku harap lah usaha aku tak sia-sia bha. hmm. Apa yang penting, buat yang terbaik walaupun tak sehebat kawan-kawan lain. Ok lah taking care. Assalamualaikum. Good night everyone ^_^.
Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.