Wednesday, 27 March 2013

BLOGWALKING DI BLOG SAUDARA SAUDARI

Assalamualaikum. Selamat malam. Malam ni ditempat saya hujan turut dengan lebat tapi sekarang dah reda sikit. Berdasarkan tajuk entry saya malam ni, saya baru sahaja blogwalking atau dengan kata yang paling mudah, melawat atau round-round blog orang lain. Ya, ni memang kesukaan saya nak melawat blog orang membaca entry-entry mereka sebab boleh menambahkan ilmu pengetahuan yang kurang dalam diri ni. Kadang-kala post entry diorang yang lama-lama pun saya baca jugak. Saya tengok-tengok idea sihat diorang. Tapi saya kurang nak membaca entry-2 yang agak gedik. Bukan benci tapi rasanya daripada membuang masa membaca entry yang macam tu lebih baik saya baca entry-entry berbentuk keilmuan atau keagamaan. In sha Allah bermanfaat.

Tiba-tiba saya tertekan satu link blog saudari ni dan Alhamdulillah blog tu menarik perhatian saya. Dengan lagunya yang menyedarkan diri saya, dengan kata-kata dalam entry dia, dan dengan gambar-gambar pada setiap entry tu. Sangat menarik perhatian saya untuk membaca. Sedikit sebanyak dapat membantu menyedarkan diri saya sebagai hamba Allah yang sangat lemah dan kadang-kala lalai ini . Tapi maafkan saya, saya terlupa blog saudari tu, nanti jika saya ingat atau dapat link dia, saya akan masukkan semula kedalam entry ni dan kamu boleh lah follow dia k.

*Ok saya dah ingat apa nama link fb saudari tu tadi. hehe. Ni nama blog saudari tu epaL's stories to shaRe . Jemputlah ke blog dia. Tak rugi klik sebab sedikit sebanyak kita boleh tambah ilmu pengetahuan yang kurang . In sha Allah :D

Dalam dunia blogging ni kalau kita tak melawat ke blog saudara saudari atau sahabat-sahabat blogger yang lain memang tak best lah. hehe. Tak menarik jugak kan. so at least, kita saling ziarah-menziarahi lah ye. Ada gunanya jugak. Bukan nak cari populariti, tapi bila kita melawat tu, kita dapat lah belajar benda baru atau tambah ilmu pengetahuan dalam dunia bogging ni atau mana tahu lah dapat tambah kawan kan. Siapa yang tahu. Tapi pastikan belajar berlaku jujur kerana dalam dunia penulisan seperti blogging ni, apa yang kita tulis tu jugak memainkan peranan penting dan ada kalanya jugak orang akan tafsir kita melalui cara penulisan kita atau cara penceritaan kita. So hati-hati, ada memerhati~ ahaa

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.