Thursday, 14 March 2013

CERITA FRESH DI MALAM HARI (BLACKOUT)

Assalamualaikum and selamat malam. Malam ni aku nak update cerita yang fresh sikit sebab selalu aku story semua cerita yang dah berlalu kan. haha. Saja ja sebab aku suka flashback semula kisah-kisah dalam hidup aku ni. Jam sudah menunjukkan pukul 9.26 malam dan karen (electric) masih juga belum on. Dah lama rasanya hostel aku tak blackout macam ni. Memang seluruh asrama aku ni black ja sebab gelap. Di tambah pula dengan kepanasan. Memang agak teruji jugak lah kan. Kawan-kawan aku ada yang mengeluh. Ada jugak yang buat hal masing-masing. macam aku ni lah. Sibuk buat hal sendiri dengan meng-update entry aku. muahaha !

Sebenarnya, aku tengah study tadi tapi tetiba pulak mati karen so terbantut jugak lah pembelajaran aku untuk malam ni. Tapi its ok lah kan. Jangan mengeluh. Hal kecil ja ni. hehe.  Tapi aku harap karen ni cepatlah on sebab handphone aku dua-dua dah lowbat and laptop ni pun bila aku pakai online akan lowbat jugak lah dalam masa lebih kurang sejam. huhu. emm, terasa lapar pulak tapi tak boleh nak masak :(

Tengah-tengah blackout and kegelapan, tak tau nak buat apa. Kejap baring kejap bangun, kejap pergi ruang tamu duduk-duduk then masuk bilik balik, on kamera DSLR untuk tengok-tengok gambar pas tu off semula, then baring sambil kipas-kipas. Erhh memang benda yang sama jugak aku ulang-ulang. Dan last-last tengah bosan-bosan baring, timbul niat nak update entry yang tak berapa nak ada isi ni. hahaa ! Dan akhirnyaaaaaaa~ terbitlah sebuah entry pada malam ini yang bertajuk BLACKOUT ! wahaha :P .

Btw, boleh follow my twitter ya https://twitter.com/fifiyfitrianiee

*Ruang komen ada di atas post, iaitu bersebelahan dengan Tarikh dan berada di bawah tajuk Entry aku. Just klik if nak tinggalkan komen. Saja bagitau sebab ada yang bertanya mana ruangan komen entry aku. hehe*

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.