Monday, 25 March 2013

DAN SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN

Assalamualaikum. Selamat pagi kawan-kawan. Selamat bercuti untuk pelajar-pelajar sekolah dan pelajar kolej. Saya pun cuti jugak, cuti seminggu. hihihi. Masa cuti ni saya tak pergi hangout. Hanya duduk umah saja tolong mama saya mengemas rumah, bermain dengan adik bongsu dan anak buah saya. Saya berusaha meluangkan masa bersama adik beradik saya dan ibu bapa saya sebab minggu depan cuti persekolahan sudah habis dan semestinya saya juga akan kembali ke asrama dan kurang masa untuk bersama-sama dengan diorang.

Hari ni saya nak menulis sesuatu yang terlintas dalam fikiran saya iaitu berdasarkan tajuk entry saya diatas. Memang benar, manusia dalam kerugian sebab suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bermaksiat, berzina dan lain-lain. Saya menulis seperti ini bukan bermakna saya seorang manusia yang alim dan lebih baik dari kamu. Tidak ! Saya menulis entry ini adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri dan kawan-kawan diluar sana. 

Terlalu banyak masa yang kita sia-siakan dalam hidup sehingga kita kurang menghargai masa-masa berharga dalam hidup kita. Kita kurang menghargai masa hidup yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Dan yang paling teruk lagi, ada yang suka bersangka buruk dengan Allah. Betapa ruginya manusia yang berfikiran seperti itu. 

Alangkah bahagianya hidup jika kita gunakan setiap masa yang Allah berikan itu untuk kita beribadah kepadaNya dan memperbaiki diri dari hari ke hari. Kita gunakan masa terluang bersama keluarga itu dengan beribadah bersama-sama, tadarus Al-Quran, dan berkongsi cerita suka dan duka. Alangkah ruginya kita jika Malaikat Izrail datang melawat dan melihat kita sedang bergelak ketawa dan melakukan perkara-perkara maksiat. Ada yang tidak tahu bahawa Malaikat Maut itu datang melawat dan melihat wajah kita 70 kali sehari. Masya-Allah. Alangkah takutnya jika Malaikat itu datang menarik nyawa kita ketika kita sedang melakukan perkara-perkara maksiat. 

Dalam kehidupan kita, kita mempunya masa 24jam. Tetapi masa yang kita peruntukkan untuk solat fardhu berserta doa dan zikir adalah 20 minit. Kita boleh kira sendiri berapa masa yang kita luangkan untuk Allah.
  • [20 minit] X [5 solat fardhu (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Ishak)] = 100 minit (1jam 40 minit) !

Kemudian,

  • kita tambah lagi dengan solat-solat sunat, zikir-zikir dan Qiamullail, kita andaikan saja 2 jam sehari. (Itu pun kalau kita lakukan)..

So, kita boleh kira sendiri berapa peratuskah ibadah kepada Allah  yang kita lakukan dalam sehari ?


  • 100 minit solat fardhu + 2 jam malan-amalan sunat = 3 jam 40 minit.

  • Kita bahagi pula [3jam 40 minit] tu dengan [24jam] dan DARAB dengan 100% = 15.3 % .  

Persolannya sekarang, adakah ini yang kita katakan amal soleh ? Adakah cukup dengan 15.3 % itu dari kehidupan kita yang dikatakan amal soleh ini menjamin Syurga buat kita diakhirat kelak? Tidak ! Itu belum menjamin syurga buat kita semua. Selagi mana kita boleh berbuat kebaikan dan amal ibadah, selagi itulah kita dituntut untuk meneruskan perjuangan dijalan Allah. 
Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh syarak dan berusaha meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak. Memang agak sukar pada permualaanya kerana diuji dengan pelbagai sahaja ujian. Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Kita boleh berubah dari perkara-perkara yang kecil dengan syarat kita terus beristiQmah dijalan Allah. In sha Allah, Allah beri kekuatan kepada kita jika niat kita benar-benar kerana Allah. 

Semoga doa ini berguna dan bermanfaat buat kita semua :

"Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan.""Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa". 


No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.