Tuesday, 26 March 2013

LA TAHZAN KERANA CINTA

Apakah CINTA itu HALAL atau HARAM?? Agama mengatakan cinta itu haram kerana boleh menyiksa jiwa. Padahal orang yang mahu membaca kata-kata pujangga akan merasakan indahnya hidup di 'syurga'. Dia  akan merasakan bahawa cinta adalah perasaan bahagia yang tidak mungkin diungkapkan dengan kata-kata. Dia juga akan merasa bahawa cinta adalah perasaan yang datangnya tanpa di duga.  


Jika yang dimaksudkan adalah cinta dengan cara memegang tangan semasa bersama-sama maka itu jelas haram. Itu juga tidak seperti cinta yang dikatakan oleh para penyair. Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari perasaan saling menghormati, saling menghargai, saling mengerti dan saling menerima kekurangan yang dimiliki pasangannya. 

Tidak benar bahawa cinta adalah perasaan yang lahir secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Hal itu hanya diterapkan pada perasaan tertarik dengan lawan jenis. Kedua perasaan itu lah yang lahir secara spontan. Sementara dalam cinta kita, kita  menentukan kriteria yang kita inginkan dari pendamping hidup kita, serta tidak menutup mata dari kriteria yang tidak kita kehendaki. 

Kita sepatutnya tidak berharap akan mampu mengubah sesuatu yang tidak kita senangi kerana secara psikologi , tidak seorang pun mampu mengubah orang lain selama orang lain tidak miliki keinginan untuk berubah. Apa yang selama ini ditulis oleh para pujangga hanyalah salah satu usaha untuk memuaskan jiwa dan usaha untuk menikmati fantasi yang dimilikinya. Mereka juga berusaha semaksima mungkin untuk meraih kejayaan hidup, Inilah yang harus kita lakukan.

Selain itu, agama tidak mengharamkan cinta yang hadir diantara para remaja , selama ia tidak melanggar batas-batas agama dan tujuan utamanya adalah Menikah dan bukannya mencari kesempatan untuk berdua-duaan ditempat yang sunyi atau dating dikhalayak ramai. Tambahan pula, banyak sekali cinta yang tumbuh subur dalam pernikahan tradisional. Yang mana dalam pernikahan moden ini, perkenalan diantara kedua belah pihak berlangsung dalam lingkungan yang penuh dengan kesucian, kemudian terjadilah pernikahan dan secara perlahan-lahan cinta itu lahir diantaa keduanya. 

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.