Thursday, 28 March 2013

RENUNGKANLAH WAHAI PARA MUSLIMAH !

Cuba kita renungkan pertanyaan-pertanyaan dibawah ini. Pertanyaan seperti ini adalah untuk menyedarkan diri saya sendiri dan juga untuk sahabat-sahabat blogger(s) dan sahabat diluar sana. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua, In sha Allah.


  • Apakah kamu dapat berlaku jujur memberitahu tentang hl sebenar yang pernah kamu lakukan semasa bercoule dengan si A,B,C,D,E kepada calon pasangan yang akan menjadi isteri atau suami kamu?? Kalau tak sanggup, kenapa kamu mengatakan COUPLE merupakan satu bentuk pengenalan peribadi dua insan yang saling jatuh cinta yang kononnya dilandasi dengan sikap saling percaya. Padahal dilandasi dengan nafsu semata-mata.
"AKU INGIN CALON SUAMI YANG BAIK" . Seringkali mengatakan ayat seperti ini, tapi kenapa  kamu masih bercople?
  • Jika kamu disuruh memilih diantara dua calon utnuk menjadi  pasangan hidup kamu, antara salah seorang pernah bercouple dan yang satu lagi begitu teguh memegang syariat agama, yang mana yang akan kamu pilih? - Tentu saja kamu memilih yang teguh dalam syariat  agama kan? Tetapi, kenapa kamu masih bercouple dengan yang lain sementara kamu menginginkan teman hidup yang bersih..
  • Bagaimana perasaan kamu jika mengetahui isteri atau suami kamu mempunyai pengalaman  bercinta sehingga terjadi tidak suci lagi? Tentu kecewa bukan kepalang kan? - Tetapi mengapa sekarang kamu melakukan itu kepada orang yang akan menjadi Teman hidup (milik) orang lain??
  • Kalaupun isteri/ suami kamu sekrang mahu membuka mulut atau bercerita tentang pengalaman bercouple sebelum menikah dengan kamu, apakah kamu percaya jika dia mengatakan pada masa itu kami berdua hanya berbual biasa-biasa dan tidak saling bersentuhan tangan atau yang lainnya??
Semoga sama-samalah kita berubah kearah kebaikan dan tidak lagi mendekati maksiat. Saya pun bukan manusia yang terlalu baik dan sempurna. Namun selagi mana saya mampu menulis dan berkongsi sesuatu kebaikan, selagi itu lah saya akan lakukan. Sama-sama kita saling mendoakan agar mampu berubah ke arah kebaikan walaupun secara perlahan-lahan :D

Credit to pakarcinta

2 comments:

Nur Faie said...

Bagus perkongsian info ni , moga - moga pembaca dapat manfaat dr entry awak ni ^ ^

fifiyfitrianiee said...

Thank you Nur Faie :)

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.