Saturday, 2 March 2013

Rindu nak main bola Jaring

Assalamualaikum. Hye selamat malam semua. Harap korang sihat-sihat semua sebab aku ni dha berapa minggu demam+selsema+batuk. Sabar ja lah. Ohh yaa, malam ni tengok Red Carpet untuk FFM. haha. Sambil-sambil tengok tv and update entry ni, aku bermain dengan camera Canon D650 aku. kihkihkih.

aisehh. ni lah camera aku tu. haha.

ceh ! kalau lah aku pandai ambil gambar macam ni kan. hahaha !
Ohh yaa. Sebenarnya ada benda penting yang aku nak tulis sebenarnya. hmm, penting lah sangat kan. haha. Aku rindu nak main net ball. Dha lama aku tak main net ball ni. huhu. Aku ada simpan niat kan, kalau suatu hari nanti kat kolej aku ada orang anjurkan kelab untuk net ball ni atau buat pemilihan pemain net ball, aku akan join ja walaupun kawan-kawan rapat aku tak ada yang nak main atau join. hihihi.

Dan minggu lepas, aku ada nampak satu notis ditampal kat pintu berdekatan cafe kolej aku tu. Notis tentang sesiapa yang nak join net ball club. Aku ambil lah masa sehari untuk berfikir sebelum join club ni. Aku tanya lah kawan-kawan aku yang rapat dengan aku kalau ada yang nak join, dan seperti yang aku fikirkan, diorang memang tak minat nak join. So aku pun join lah sorang-sorang. Aku terus cari junior aku kat bawah, dan tulis nama dengan diorang. Aku punya lah excited nak join club ni. Alhamdulillah, walaupun aku tak berharap sangat akan ditubuhkan kelab net ball ni kat kolej aku, tapi aku bersyukur jugak sebab Allah perkenankan impian dan angan-angan aku. heheehe.

Nanti 15 March, akan ada meeting untuk kelab ni, harap-harap lah tiada halangan yang menghalang aku untuk datang meeting tu nanti. Aku tau memang banyak saingan untuk jadi pemain utama. Tapi aku tak kisah lah. Dimana-mana pun akan ada saingan. Walaupun aku tak dapat jadi pemain utama atau pemain simpanan if ada apa-apa pertandingan, aku redha ja lah. Yang penting aku akan cuba yang terbaik. Ohh ya, aku pernah main 3 posisi dari darjah 5 sampai lah aku form 4. Aku main posisi WA, WD atau C. Tak dinafikan memegang posisi C ni memang agak penat jugak lah sebab boleh masuk semua kawasan kecuali kawasan D kan. Tapi memang best sebab mencabar jugak. 

Kali pertama aku join bola jaring ni, masa aku darjah 5. Masa tu aku join kawan aku ja suka-suka nak main. Memang susah jugak lah masa first nak main dulu. Segala gerakan kaki, cara balingan bola, dan lain-lain kena kawal. Tapi Alhamdulillah, berbaloi jugak lah usaha aku join training tu hari-hari sebab dapat wakil sekolah walaupun sekadar pemain simpanan. haha. Dan masa sekolah menengah pun aku pernah wakil sekolah jugak tapi tak menang. And aku pernah training kawan-kawan aku main bola jaring ni masa diorang nak pertandingan walaupun aku tak lah hebat. At least, apa yang aku tau aku ajar so tak lah sia-sia ilmu aku tu kan.

The last one aku nak cakap, aku harap lah usaha aku tak sia-sia bha. hmm. Apa yang penting, buat yang terbaik walaupun tak sehebat kawan-kawan lain. Ok lah taking care. Assalamualaikum. Good night everyone ^_^.

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.