Sunday, 24 March 2013

TIPS KETIKA BERHADAPAN DENGAN ANJING GANAS

Assalamualaikum. Dah berminggu-minggu saya tak update kan. Rasa malas nak update entry. Rajin ubahsuai blog saya je. hehe. Berdasarkan tajuk entry saya kali ni, saya nak kongsi sedikit tips jika kita berhadapan dengan anjing-anjing yang suka menyalak tak tentu pasal bila kita lalu. haha. Macam pelik ja bunyi ayat tu. Idea nak menulis tentang tajuk ni pun dapat pagi tadi bila tengok seorang pakcik dikejar oleh anjing-anjing jiran.

Saya ni bukanlah pakar hebat. Tapi berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan anjing-anjing jiran dekat tempat tinggal saya ni, bolehlah saya kongsikan sedikit tips. Harap-harap berguna jugak lah untuk korang. So dibawah ni saya kongsikan sedikit tips:


  • Bila kita jalan, dan tiba-tiba ada seekor, dua anjing yang yang nak mendekat dengan kita sambil menunjukkan giginya yang tajam itu, kita jangan lari. Sebab bila kita lari, anjing juga akan mengejar kita.
  • Kita dah tau kekuatan anjing iaitu berlari dengan pantas sedangkan kita hanya mempunyai dua kaki dan tidak dapat menandingi kelajuan anjing-anjing itu. So, kita jangan lawan kekuatan anjing dengan kelemahan kita
  • Bila anjing tu nak mendekat dengan kita, kita jangan takut atau panik, sebab anjing ni ada deria bau yang sangat kuat. 'Diorang' boleh hidu rasa takut kita. Itu yang anjing-anjing tu semakin suka nak menyalak dekat kita sebab 'diorang' tahu  kita takut.
  • Kita berdiri sahaja bila anjing tu mendekat. Memang pegang kayu atau batu itu perlu bila berhadapan dengan anjing-anjing ganas ni. Tapi kita boleh elak dari guna kekerasan terhadap haiwan.
  • Contohnya macam saya, ada beberapa kali saya keluar jalan kaki pergi kedai dengan adik saya then suddenly ada seekor anjing tiba-tiba menyalak dan semua anjing pun ikut menyalak jugak. Dan yang paling mengejutkan 3 ekor anjing terus meluru mendekat dengan kami. Masa tu adik saya sangat panik dan saya suruh dia diam and jangan takut sebab bila perasaan takut menyelubungi diri, kemungkinan besar adik saya akan terus lari dan itu  akan membahayakan lagi kami berdua. So apa yang saya buat masa tu, saya hanya berdiri diam dan peluk adik saya sebab saya tak nak dia nangis dan panik. Dan akhirnya, anjing-anjing tu pergi beredar mencari haluan masing-masing tanpa menghiraukan kami. hahaha. (Saya dah beberapa kali berhadapan dengan situasi macam ni dan perkara yang sama saya akan buat bila berhadapan dengan anjing-2 tu).
Saya harap tips yang sedikit ni dapat membantu kawan-kawan supaay jangan cepat panik atau lari bila berhadapan dengan anjing-anjing macam tu. Berhati-hati itu perlu tapi jangan pula sampai membahayakan diri.
Setakat ni sahaja perkongsian dari saya. Take care. out~

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.