Tuesday, 30 April 2013

POLITIK DI MEDIA ELEKTRONIK

Assalamualaikum~ Menjelang hari PRU13 pada 5 Mei ni, saya nak ucapkan selamat mengundi kepada yang mengundi. Pilih lah pemimpin yang baik. Saya sebenarnya tak layak lagi nak mengundi. So sudah tentu lah saya belum mengundi kan. Tapi bila bercakap tentang politik, sudah pastinya setiap orang memiliki pilihan masing-masing untuk dijadikan pemimpin negara pada masa akan datang.



 Saya sejujurnya tidak faham macam mana cara stesyen TV dan radio di Malaysia ni bersiaran. 98% hanya terbuka kepada parti Barisan Nasional sahaja. Bukan nak kata parti itu buruk, tapi ini lah yang selalu saya fikirkan dan ada ketikanya saya akan bermonolog sendiri. Sebagai seorang pelajar dalam bidang Media dan lebih-lebih lagi dalam biang kewartawanan, saya melihat hal ini dari sudut yang serius. Adakah siaran yang dikeluarkan di media-media elektronik itu yang peratusnya lebih kepada pihak Barisan Nasional disebabkan takut lesen tidak diluuskan oleh kerajaan? atau pun telah dibayar mahal untuk melakukan penyiaran seperti itu?

Kenapa bila Parti Pembangkang disiarkan di TV, ia lebih bersifat negatif dan menjatuhkan pemimpin parti pembangkang tersebut? Apakah salah jika seorang rakyat menyuarakan soalan seperti ini? Dan kenapa tiada keadilan yang saya nampak dalam penyiaran parti-parti politik di media-media Elektronik? Secara jujurnya, suatu ketika dahulu sewaktu saya belum mula belajar tentang dunia media dan kewartawanan ni, saya tidak terfikir persoalan-persoalan seperti ini. Sehinggalah saya menyambung pelajaran di Tahun kedua dalam bidang ini dan sedikit sebanyak saya mengetahui dan mempelajari tentang penyiaran yang disiarkan oleh media-media di negara kita.

Tidak semua apa yang dikeluarkan di media itu benar. Ia lebih bersifat persuade iaitu memujuk penonton. Dan bila mana penonton yang melihat sudah termakan pujuk rayu yang dikeluarkan oleh media-media tu, sudah pastilah mereka akan lebih memihak kepada rancangan tersebut.
ok lah. yang lain aku pun tak mau menulis panjang sangat. jawapan yang diterima dari persoalan-2 ni tetap sama. good night. Assalamualaikum


CHANTIQUE DE MATA : BEAUTY CONTEST


Assalamualaikum kawan-kawan bloggers semua. Alhamdulillah malam ni saya join contest dari aina rahman. Contest yang Aina anjurkan ini merupakan beauty contest. Dan sudah tentulah ia berkaitan tentang kecantikan. hehe. Dan saya suka bila orang nampak saya cantik walaupun saya ni tak lah cantik sangat. Tapi setahu saya, ciptaan Allah ni semua lawa-lawa belaka. Ye tak? Tapi tak semua orang boleh tengok kecantikan yang kita miliki. "Tapi biarlah kecantikan yang kita miliki dari hati  dan tutur kata yang cantik juga. Dan secara automatik akan terpanjar Nur pada wajah kita." *sambil-sambi bercontest, kita pelajari sesuatu juga so tak lah sia-sia kita membaca entry orang yang panjang-panjang macam saya ni kan. panjang ke? hehe. tak lah panjang mana pun.*

Oh yaa.. beauty contest ni bukan hanya tertumpu pada kecantikan wajah sahaja. Tetapi juga barangan-barangan yang cantik-cantik. seperti casing phone tu. perghh, saya memang suka. Tapi tak tahu lah layak dapat ke tak. Lagi pun fon saya bukannya canggih (samsung gio ja). Selalu casing fon yang comel-comel ni untuk fon yang mahal-mahal je. heee :) . Apa-pa pun saya memang sukakan page Aina ni. so saya menjemput rakan-rakan bloggers untuk sama-sama join beauty contest dari Aina ni.Tak rugi pun kita join untuk support.

Saya menjemput rakan-rakan bloggers saya CIK FIE, Uiiya yang comel , Fieyna pinkies :) , Super girl , Syiera , Coretan girl , Ismah recipe . semoga semuanya sudi join. saya undur diri dulu. Assalamualaikum~

Sunday, 28 April 2013

BUKAN TAKNAK BERUBAH, TAPI AKU PERLUKAN SOKONGAN

Assalamualaikum. Selamat malam sahabat bloggers. Allahu rabbi. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan syukur Ahamdulillah dengan segala nikmat pemberian dari Allah SWT. Kita tak perlu jadi kaya untuk hidup bahagia. Kita tak perlu harta yang banyak untuk tambah Iman dan Ilmu kita. Sentiasa bersyukur dengan segala yang kita miliki.

Semua orang nak berubah jadi baik kan? Tapi untuk berubah dan tetap Istiqamah ni bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika orang sekeliling kita tak sekepala dengan kita dalam meraih cinta Allah. Bukan diri ni taknak berubah. Saya nak sangat-sangat. Tapi bagi orang yang bukan berlatar belakangkan pendidikan sekolah agama, ia sedikit susah bagi saya.

Tapi saya akan berusaha untuk tetap dengan niat baik yang dipendam ini. Tak semua orang suka bila kita nak berubah. Saya ada juga mendengar suara-suara yang mengatakan saya ni seorang yang hipokrit dan berpura-pura baik seperti Ustazah. But is okay lah. Saya bukan manusia sempurna yang tak ada masa lampau dan bukan juga manusia teruk yang tidak ada masa depan. Sekarang, saya sedang berusaha meninggalkan beberapa perkara yang melalaikan saya seperti couple. Kadang kala couple ini salah satu sebab mengapa anak muda sekarang susah untuk berubah disebabkan susah hendak melawan hawa nafsu. Tetapi saya bersyulur, kerana hawa nafsu yang membawa saya kepada zina hati dapat saya jauhi.

Orang kata, bila kita buat benda macam ni kat pasangan kita itu tandanya kita dah tak sayang kat diorang. Tapi saya tak setuju. Malah sebaliknya. Saya buat semua ini disebabkan rasa sayang itu. Disebabkan rasa sayang itu lah saya taknak membiarkan diri dikuasai nafsu tanpa ikatan yang halal. Kita nak berubah ni bukan terus berubah 100%. Saya perlu berubah dari benda yang kecil-kecil sehinggalah perkara yang besar.



Salah satu kesukaran yang saya hadapi juga, kat Sabah ni saya tak tahu kat mana tempat yang sesuai untuk saya mendalmi Ilmu Agama selain dirumah. Saya perlukan sahabat-sahabat yang sehati sejiwa dengan saya untuk mendalami Ilmu ini. Banyak benda yang saya perlu  terokai. Terasa jahinya diri ni. huaa :(

Alhamdulillah saya dikurniakan hati yang suka melihat ceramah-ceramah Agama para Ulamak, mendengar nasyid, ayat-ayat AlQuran, dan hadis. Dari benda ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat saya untuk teruskan niat di Jalan Allah. In sha Allah. Semoga Allah memberi kesempatan untuk saya kembali bertaubat dan mempelajari IlmuNya.


Semoga kelak kita kembali kepada Allah daam keadaan bersih dan suci seperti mana sewaktu kita dilahirkan ke dunia. In sha Allah. Muhasabah diri sama-sama.

BAGAIMANA HARUS KAU MENJADI PEJUANG?

  • Engkau ingin berjuang tapi termakan tidur dan hiburan melalaikan. Tarbiyahmu hanya sandaran dimasa lapang. Bagaimana haru kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang, madah agama banyak kau huraikan, Kalamullah jarang benar kau berdampingan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang, Semangatmu dilaung lantang, amalmu terbiar kontang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tapi kau inginkan pujian, bila di kritik hatimu sakt tak tenteram. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Pada masyarakat aktif kau menyumbang, keluargamu dibiar tidak diutamkan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Ukhwah Fillah mu hanya pada teman-teman pilihan, mereka yang bukan dikalanganmu kau biar-biarkan. Bagaimana haus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Bermanis muka engkau jarang, hanya ceria pada mad'u pilihan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tapi ingin menjadi pemimpin, dipimpin pula agak kau segan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tolak ansur tidak kau amalkan, pendapatmu dilaung lantang disanggah jangan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?Engkau ingin berjuang. Kesihatan dan kerehatan kau korbankan hanya mahu bergerak senang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin menjadi pejuang. Kata-kata kemas diucapkan, tiada amal, lintang pukang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tapi amal diri tidak ditingkatkan. Tarbiyahmu sama tiada perubahan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang? 
  • Engkau ingin menjadi pejuang. Tetapi mengharap juga selain imbalan dari Tuhan, Tajdid niat engkau lupakan. Bagaimana  harus kau menjadi pejuang?

Sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?

#jua untuk diri sendiri yang selalu lupa. Refleksi jujur untuk kita semua bermuhasabah diri.


Saturday, 27 April 2013

SESI MENGKLIK IKLAN NUFFNANG BLOGGERS MALAYSIA.

Assalamualaikum. Selamat tengah hari bloggers semua. Saya penat sebenarnya baru balik dari tolong mak saya jualan. hihi. Jualan apa? Family saya bisnes biasa-biasa sahaja. Iaitu bisnes jual kain bundle. hehe.
Walaupun penat, saya gagahkan jua diri ini untuk melawat blog saya dan juga melawat blog milik bloggers lain. hee :D .

Saya tak melawat dengan lawatan kosong ye. Hari ni saya melwat blog sahabat dengan meninggalkan jejak pada blog mereka dan paling penting pada iklan mereka juga. Saya tahu ramai yang menginginkan iklan nuffnang mereka di lawati. Betul tak? haha.

Hari ni saya dah serbu beberapa blog mereka-mereka yang bertuah. Bertuah ke? Haha. of course lah bertuah sebab saya klik pada iklan Nuffnang mereka, yang taknak kena klik pada iklan tu, tak pa lah. Saya tak kisah sangat. lagi pun dalam dunia blog ni kita juga perlu saling menolong. Tak salah rasanya bila kita tolong kawan-kawan bloggers untuk meningkatkan side income mereka.

Hmm, ada lagi ka yang tak tahu apa itu iklan nuffnang? Saya rasa, most bloggers kat Malaysia dah tahu kot apa itu iklan Nuffnang. Bagi yang tak tahu lagi, IKLAN NUFFNANG  tu sebenarnya adalah sebuah iklan lah. Haha. Dari iklan tu kita boleh buat side income.  




So siapa yang tak sign up lagi tu, boleh lah sign up ye.  Tak rugi pun sign up Nuffnang. Take care assalamualaikum~

Thursday, 25 April 2013

RINDUKU PADA ARWAH ADIK-ADIK.

Assalamualaikum. Malam ni, tiba-tiba teringat kisah adik Arwah Yasmin Hunwick yang telah pergi ke Rahmatullah pada 3 Jun 2012. Arwah adik Yasmin ni adalah salah seorang blogger muda di Malaysia. Arwah sangat cantik orangnya. Bila teringat dekat arwah adik Yasmin, saya pun terus buka internet dan search tentang arwah di google dan saya terus baca blog-blog arwah dan juga Facebook arwah. Blog dan juga Facebook arwah adik Yasmin diuruskan oleh mama kesayangan arwah sendiri.

Menitis airmata saya bila membaca kisah-kisah yang telah dituliskan oleh mama beliau sendiri. Terkenang juga pemergian adik-adik tersayang pada malam 21 Dicember 2009 kerana tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran :'( . Terasa kerdilnya diri ini bila melihat Qada' dan Qadar Allah. Kita tidak dapat menghalang ketentuan yang sudah Allah tetapkan.

Terasa rindu nak bergurau senda. emmm, teringat dihari terakhir arwah adik Noor Rafidah, arwah mengikut kemana saja saya pergi dan nak makan bersama-sama saya.  Saya juga teringat bila arwah adik Firmansyah yang kami panggil 'boy' *nama samaran* , rajin membersihkan rumah. Kerajinan arwah mengalahkan kerajinan saya. :'( Ya Allah sedihnya bila rindu kat arwah adik-adik..


Ya Allah, sampaikan lah salam rinduku pada kepada arwah adik-adik yang tersayang Firmansyah bin Ramli dan juga Noor Rafidah binti Ramli. Sampaikan juga doaku pada mereka Ya Allah.


Untukmu adik tercinta, doa kakak sentiasa mengiringi kalian di alama 'sana'. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu di Taman-taman Indah Allah. Dapat kita berkumpul semula kerana tidak dapat dikira rindu yang terkumpul didalam hati ini. AL FATIHAH BUAT ARWAH ADIK-ADIK YANG TERSAYANG DAN TERCINTA .. Untuk arwah adik Yasmin juga, Al-Fatihah. Semoga kalian dalam lindungan Allah di alam sana.

NORMAN HAKIM BONGKAR MEMEY MENANGIS SEBELUM BERHIJAB




25 APRIL 2013, Meskipun tidak pernah memaksa isterinya untuk berhijab, namun aktor Norman Hakim amat gebira dan terharu apabila melihat perubahan serta penghijrahan terbaru Memey Suhaiza. Norman Hakim berkata penghijrahan Memey amat ikhlas dan suci selepas mendapat petunjuk ketika mimpi dimalam hari sehingga terharu dan terus menangis ketika terjaga daripada tidur.

"Sebenarnya sehari sebelum dia berhijab penuh pada hari sukan anak kami, dia ada cerita yang dia ada terpanggil untuk berhijrah ketika dalam mimpinya. Dia sangat sayu dan sedih kerana hatinya terbuka untuk menerima hidayah daripada Allah lalu dia menangis. Sejak  daripada itu, dia memberitahu dia mahu terus berhijab. Saya gembira dan sejuk hati bila melihat dia manis bertudung, kata Norman Hakim ketika dihubungi Murai.Com.my."

Memey telah membuat  kemuncula pertama berhijab ketika ke hari sekolah anak tirinya bersama Norman Hakim dan Abby Abadi pada 17 April lalu. Norman memberitahu dia gembira kerana akhirnya dia berjaya melembutkan hati isterinya untuk meneruskan hijab.

"Sebenranya sebelum ini memang saya pernah menyatakan hasrat saya untuk melihat Memey berhijab kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab isteri untuk menjaga aurat untuk suami. Namun saya tidak pernah untuk memaksa dia berubah serta merta. Tetapi saya gembira kerana dia tidak mengambil keputusan yang lama untuk berhijab penuh. Saya akan terus memberi sokongan penuh kepadanya kerana dia telah memberi contoh yang baik kepada anak-anak," jelas Norman.
Norman menambah lagi, bekas isterinya iaitu Abby Abadi juga telah banyak memberi dorongan kepada Memey untuk berhijab.

"Selain saya, Abby juga memnag banyak memberi dorongan kepada Memey dan makin lama hatinya makin terbuka untuk berhijab tambah paksaan," luahnya lagi.

Norman dan Memey bernikah pada 24 September 2011 dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung bernama Mohamed Darwisz Hakim.

*Doa : Semoga terus bahagia hingga ke syurga dalam mencari redha Allah. Amin~*

Friday, 19 April 2013

SEMAKIN DIRI DIUJI SEMAKIN KU KUAT

"Everybody want happiness. Nobody want pain. But we can't have a rainbow wothout a little rain".


Assalamualaikum. Dalam hidup ni manusia mana yang tak pernah merasakan ujian dari Allah. Semua pun pernah merasa diuji. Bahkan Rasulullah yang bersifat sangat baik dan mulia juga pernah diuji dengan bermacam-macam dugaan dalam hidup Baginda. Tetapi baginda Rasulullah SAW terus tabah dan sabar menghadapi semuanya tanpa sedikit pun merungut. Rasulullah juga diuji lebih dasyat dari kita. Baginda dikeji, dibaling dengan najis ketika solat dan bermacam-macam lagi namun Rasulullah tidak pernah membalas segala kejahatan orang yang membuat jahat kepada baginda.

Namun berbeza dengan umat manusia diakhir zaman ini. Ketika diri terasa diuji dengan cobaan, kita lupa siapa kita dibumi Allah ini. Mudahnya diri rebah dan merungut walaupun hanya diuji dengan merasa demam beberapa hari. Malunya kita pada Sang Pencipta.

Dari itu saya mula belajar bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Dengan ujian, cobaan dan dugaan yang DIA berikan, saya belajar bangkit dari kelemahan. Belajar menjadi manusia yang kuat peribadinya dalam menempuh kehidupan. Semakin Aku diuji, semakin terasa dekat diri ini  dengan Allah. Semakin dikesali dosa-dosa yang lalu.

Saya tahu, dugaan itu datangnya dari Allah. Allah nak uji saya. Allah nak uji keimanan dan kesabaran saya dalam melaluinya. Tidak dinafikan, adakalanya terasa letih dan penat dalam menghadapi segala dugaan hidup ni.Tapi saya yakin, Allah nak tegur saya dengan cara begini. Dengan cara DIA berikan dugaan macam ni. Yeahh !! Mungkin ini cara Allah supaya saya lebih mendekatiNYA. Lebih kerap mengingatiNYA. Lebih kerap bersyukur dengan NikmatNYA. Alhamdulillah.



Ujian adalah Tarbiyah dari Allah. Semakin kita ingin mendekatiNYA, semakin kuat ribut taufan melanda diri, Usah resah bila diuji, pasti kebahagiaan bakal dimilik. Janji Allah SWT itu pasti. Dan aku yakin Allah telah merancanakan sesuatu yang terbaik untukku..

Thursday, 18 April 2013

KESEDIHAN MELANDA DIRIKU

Assalamualaikum. Selamat tengah malam sahabat bloggers yang masih beum tidur. Malam ni saya tersangatlah sedih. Ya Allah :'( hamba tahu Engkau tidak akan menduga hamba Mu ini melebihi tahap kemampuan hamba. Emmm..

Setelah lama saya tidak menangis dan mengalirkan airmata kesedihan, malam ni hati terasa dicucuk-cucuk. Masalah memang susah nak setel kalau kita tak jujur. Masalah ni bukan masalah cinta. Saya lagi sanggup putus cinta daripada macam ni. Disebabkan orang lain, kita yang jadi mangsa. Kita yang ditanam hidup-hidup. Kita yang kena tanggung semuanya.



Mudah-mudahan dikuatkan hati ni agar tetap redha atas TakdirNya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan hati dan jwa untuk menempuhi dugaan ini. Walaupun terasa sakit hati dengan orang yang buat masalah ni, tapi saya tetap sabar. Kalau ikutkan emosi dalam diri ni, memang saya sepak trajang ja orang tu walaupun hakikatnya saya tak pandai nak bertumbuk. hmm

Semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental melalui semua dugaan ini. Amin~

SUKAR TIDUR?




Mungkin dikalangan kita mengalami masalah sukar tidur. Mungkin ini disebabkan oleh tekanan kerja yang dialami atau sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang untuk tidur lewat dan sekejap.

Risiko Kurang Tidur
Tahukah anda, masalah gangguan tidur atau tidur yang tidak mencukupi membantutkan proses menurunkan berat badan bagi sesiapa yang dalam proses menurunkan berat badan. Jurulatih kecergasan Mike Mahlker menyatakan tidur yang cukup dan berkualiti akan meningkatkan penghasilan melatonin yang akan menurunkan hormon yang boleh menyebabkan lemak tersimpan. Ini bermakna tidur yang berkualiti dan mencukupi boleh membakar kalori dan mengelakkan kalori tersebut tersimpan sebagai lemak. Melatonin juga adalah merupakan antioksidan yang kuat, menghalang pengumpulan lemak perut dan peningkatan insulin dan sensitivity hormon leptin.

Tidur juga adalah cara semulajadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia. Ini diakui oleh pengarah Pusat Tidur University Glasgow, Profesor Colin Espie. Menurut kajian yang dilakukan di University Warwick, mereka yang kurang tidur 6 jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus meniggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Berdasarkan risiko-risiko diatas, kita sepatutnya berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, kepada anda yang mengalami kesukaran untuk tidur, tips dibawah mungkin dapat membantu ..

5 Makanan yang boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang sempurna

  1. Anggur:


  • Anggur secara semulajadi mengandungi kandungan Melantonin yang tinggi yang boleh membantu mengawal jam badan (body clock) anda.
    2.  Oat:
  •  Oat dan makanan yang berasaskan gandum akan meransang penghasilan serotonin dalam otak. Serotonin adalah sejenis hormon yang terdapat dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negative, dan membuat seseorang menjadi lebih bahagia.
    3.  Kacang Almond:
  •  Kacang Almond mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang membantu badan anda untuk tidur dan mendorong penghasilan serotin.
    4.  Susu:
  •  Susu adalah sejenis sumber kalsium yang baik kepada badan yang mana dengan kombinasi tryptophan akan akan menghasilkan serotonin dan melatonin. Ini akan menghasilkan tidur yang berkualiti.
   5.  Pisang:

  • Buah yang kaya dengan magnesium ini akan membantu merehatkan otot badan ketika tidur, ia akan membantu mengurangkan pergerakan badan ketika tidur yang boleh mengganggu tidur kita.  Jadi untuk mendapatkan tidur yang sempurna tidak salah untuk kita mencuba makanan diatas sebelum tidur , mungkin sedikit sebanyak akan membantu mereka yang mengalami masalah sukar. Tetapi perlu beringat setiap makanan yang diambil perlu dalam kuantiti  sederhana dan masih dalam ruang lingkup keperluan badan seharian. 
Selamat Mencuba.

Tuesday, 16 April 2013

ASSIGNMENT UNTUK SUBJEK REPORTING

Assalamualaikum. Hai kamu. Kamu kamu semua sudah dinner ka ni? hihi. Ke ada yang tengah on diet sekarang ni sampai taknak makan malam sebab takut gemuk. kan kan kan? haha.Ok lah tu tapi jangan pulak tak makan sampai pengsan nanti. huhu. Let's going the stories in details now. Saya tak mau banyak sangat merepek benda yang kurang baik. hehe.

Kalau kamu tengok pada title entry ni, sebenarnya ia berkaitan tentang tugasan yang telah diberikan oleh lecturer saya kepada saya dan classmates yang lain. Sebagai seorang pelajar Diploma, memang akan berhadapan dengan assignment yang banyak. Walaupun kekadang terasa agak malas nak buat, tapi kena paksa diri untuk buat jugak. Sebab sometimes dalam melakukan sesuatu perkara yan baik, kita kena paksa jugak diri kita buat. Dari keterpaksaan itu kita akan belajar tentang keikhlasan yang akhirnya akan membawa banyak kebaikan dalam hidup kita. Ye tak? muehehe. Macam tu jugak lah diri ni. Memang ada masanya akan terasa malas nak buat semua tugasan yang diberikan. Ataupun buat tugasan last minit. Perkara begini kerapa berlaku kepada pelajar. Siapa yang menuntut di IPTA or IPTS tu akan faham lah macam mana kan kan. hahaha.Tapi saya perlahan-lahan membuang sifat suka buat kerja last minit ni sebab takut rugi dikemudian hari. huhu.

 Dan 2 minggu yang lepas saya dan classmates telah diberikan tugasan mencari beberapa berita English dan practice . Untuk apa kami nak cari berita tu ? Dan untuk apa kami nak practice? Ok, mari saya jelaskan. Sebenarnya saya dan classmates disuruh buat benda tu semua sebab kami diberikan tugasan untuk menjadi anchor woman secara individu. Secara individu ye, bukan berdua bertiga atau berempat. Anchor woman ni macam pembaca berita lah.
haaa.. macam ni lah anchor woman tu bagi sesiapa yang tak tau lagi.

Dan akhirnya masa 2 yang telah diberikan itu telah habis pada pagi tadi. And bila our lecturer suruh kami baca berita yang telah dicari tu dihadapan kawan-kawan lain dan yang jadi judge tu semestinya lah kan lecturer kami iaitu Sir Ivan. Bila sir Ivan suru kami semua ready untuk bacakan berita yang telah kami cari tu, semua pun taknak jadi orang pertama present kat depan. Termasuk lah saya. haha. Nampak tak betapa tak confidentnya saya membaca berita. Hahaha ! Tapi at the last, sir yang pilih dengan menyanyikan lagu sambil tunjuk ke arah kami seorang satu. Siapa yang kena tunjuk bila habis lagu yang dinyanyikan, means dia lah orang pertama yang akan buat presentation kat depan. Malang tak berbau, saya lah orang pertama yang terpilih untuk jadi pembaca berita tu. Perghh !! Masa tu saya dah berusaha try kawal rasa neves dalam diri ni.  

Sebelum mula membaca berita tu, sempat lagi sir Ivan gambar. Hahaha. Sebagai record katanya. Tapi gambar tu saya tak sempat lagi nak bluetooth kat sir tadi sebab sibuk sangat. hehe. Tanpa membuang masa, saya pun start lah membaca berita saya tu. Kena baca seperti real situation pembaca berita pulak tu. hmm so baca je lah. Bila baca tu, memang yang terlintas dalam fikiran nak buat yang termampu ja. Dan Alhamdulillah. Lepas habis baca ayat terakhir "That's all from Galaxy Tv News. Thank you for listening". Sir pun bagi komen. Dannnnn yang paling menggembirakan saya, semua komen dari sir positive. Dari segi intonation it was very natural, dress up pun nice, pronounciation pun jelas , eye contact dengan audience pun ada, voice kuat dan sangat jelas, and overoll it was very good Fitriani. Wahhhhhhhhhhhhh !! Tak ke bangga tu. Alhamdulillah. Dan saya terus say thank you kat lecturer saya tu. Bia kawan-kawan semu dah selesai membaca berita masing-masing, sir umumkan the highest mark is Fitrianiee. Memang bersyukur sangat. 

Walaupun ini bukan experince pertama saya, tapi perasaan gementar tu memang susah nak elak. Lagi pun saya tak confident nak jadi pembaca berita ni sebab suara pun tak lah cantik sangat. huhu. 

Moral of the story, keyakinan dalam diri tu penting bia nak melakukan sesuatu. Tapi jangan sampai over confident okai kawan-kawan. Take care, dadaaaa~

Saturday, 13 April 2013

ADIK-ADIK BLOGGER YANG HEBAT

Assalamualaikum~. Memandangkan malam ni agak free, so saya ambil masa untuk update entry dalam blog saya ini. Sebenarnya saya tak tau nak letak tajuk apa yang sesuai untuk entry kali ni so saya letakkan saja tajuk seperti diatas. haha. Hopefully korang sudi membaca entry dari saya ni.

Ok, goings on the stories in details now. Saya sebenarnya agak kagum dan bangga jugak melihat hasil-hasil kerja tangan mengedit blog oleh bloggers-bloggers Malaysia ni. Tak dinafikan mereka sangat pandai dalam bab-bab mengedit blog. Dan yang lebih mengkagumkan lagi, mereka kreatif menghasilkan pelbagai doddle, header, template blog, dll. ni link dia Aimi

Saya ada terjumpa blog seorang bloggers ni. Dia salah seorang yang pandai dalam menghasilkan doodle. header dan template yang cantik-cantik dan unik. Seriously, first tengok blog dia, saya ingatkan dia seorang yang berumur 20-an. Then bila saya klik pada Menu Tab "Owner" tu, saya baca lah in details tentang dia. Nak tau umur bloggers tu berapa? Dia lahir tahun 2001. So korang kira lah sendiri ye berapa umur dia. Memang saya tak percaya dia sangat lah muda dari saya disebabkan hasil tangannya yang kreatif. Nampak tak betapa kreatif dan bijaknya adik-adik blogggers Malaysia berbanding saya ni. Ishk Ishk ishk. kesian saya. Buta IT sangat :( !

Apa-pa pun, saya nak ucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang bijak dan keratif dalam menghasilkan hasil tangan sendiri. Semoga berjaya dan keep it up ye. tatatataaaa~

SEGMEN SAHABAT SELAMANYA BY DIYANAHANI

Assalamualaikum. Selamat Malam. Malam ni saya join lagi segmen dari DiyanaHani dimana segmen ni sangat unik dan sangat-sangat menarik perhatian saya. Lihat saja pada tajuk segmen ini "Segmen Sahabat Selamanya". Wahhhhh :D !! Siapa yang taknak kan mempunyai sahabat selamanya. Tajuk ini juga sangat-sangat menarik kerana segmen yang kelihatan begitu kecil ini kemungkinan akan membawa kepada perubahan yang besar dalam perhubungan silaturrahim kita. Ye tak? hehehe. Ok lah. Sesiapa yang nak join segmen ni, boleh terus klik pada caption dibawah banner itu. Semoga berjaya semuanya.




Segmen ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan  silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah “ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama seminggu,bermula pada 12/4/2013 sehingga 11.59 malam 19/4/2013.


Syarat yang perlu dipatuhi:

1)Mempunyai blog.
2)Follow blog ini dan like page blog ini.(kat sidebar)
3)Follow dan like sponsor.
4)Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
5)Letakkan URL entri di ruangan komen. 

Sponsor:

Blog
Vanida/Ismah/Aimi

Page:



Copy Coding ini:

Hadiah yang bakal dimenangi:

Peplum(1),Keychain.(3),Pashmina.(1),Kerongsang.(1),Review blog.(5),Topup RM5(2),Header(1),Cursor(1)
Pemenang akan dipilih melalui top referral dan cabutan bertuah oleh saya sendiri.


Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanaHani,The Rossele,Ismah, Vanida,dan Aimi

Segmen copy paste ini inspired by Kak Mia Liana.

Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.

Apa tunggu lagi..Klik banner dan Join!
p/s: Kalau tak boleh klik banner.Klik kat ayat bawah banner tu k.






Friday, 12 April 2013

WAK GELAS PARIS- MASAI GIVEAWAY

Nak join? klik sini  Wak Gelas

Assalamualaikum. Perghh ! Alhmadulillah dah kenyang pun sebab baru lepas dinner. kihkih. Bila bukak ja blogternampak pulak contest dari Wak Gelas ni. So tanpa membuang masa, saya pun joined lah contest ni sebagai tanda sokongan kepada Wak. Saya jemput bloggers lain untuk join contest ni. Syarat-syarat yang Wak tetapkan pun tak lah susah malah amat mudah untuk saya ikut syarat tu. So korang pun boleh join sekali jugak. Mana lah tau kan ada rezeki, so tak rugi pun. Kalau tak menang pun tak apa. Just think positive and jangan give up.

Contest seperti ini memang amat bagus untuk para bloggers Malaysia. Tak semestinyaa bila menang ja kan baru kita rasa happy. Bila kita join apa-apa contest pun, kena lah enjoy and happy so tak lah tension sangat nanti bila tak ada rezeki nak menang. Ye  tak? hahaa. So, apa-pa pun, jom kita join contest dari Wak Gelas ni. Hadiah yang dia tawarkan pun memang menarik dan best. Tapi pastikan korang ikut syarat yang Wak tetapkan dulu ok. Kena jujur tau ! Tak nak join pun tak apa. Wak tak paksa tapi kena tolong dia LIKE gambar dia yang ni Mall of Medini dan Finding Europe in Malaysia. Jangan lupa like pages tu sekali ya. Jangan silap Like pulak. Kalau tak pasti, tanya pada Wak.

Ok good luck semua kepada yang joined contest ni. Semoga berjaya. daaaaaaa~

Saturday, 6 April 2013

TIPS NAK ELAKKAN MENGUMPAT ATAU SESI MENGATA !!






Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan takde rasa, mandi tak basah, tidur mengigau, (cam melampau jek --')Haihh perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar. Dosa besar. ye. 
Dalam Islam,mengumpat ni ibarat makan daging saudara seislam sendiri. Rasanya semua tahu. tapi belum ada kesedaran je kot. MasyaAllah2  !
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan. kan2..Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain? KITA LANGSUNG TAK LAYAK. hanya Allah :)

Ok fokus balik--> Tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni
01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi,.........opsss !
Nasihatkan diri sendiri. Masa ni lah kita kena banyak-banyak ingat Allah.Sedarlah diri sikit, yang kita ni punsama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat jugak, apa tunggu lagi ? Pergi tinggalkan je lah situasi yang kritikal tu.


02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing? Haa pekena sekali  ! Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita kann.
Tak payah lah cerita tandas pun nak cerita --' tapi kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.hmpphh.


03.Bila yang nak ajak mengumpat tu senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan? So apa kata kalau.. sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah! :)


04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu.. dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib. Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doaMinta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah. Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.


05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar. Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke. Better lah dari bibir tu mengata hal-hal tepi, dalam kain orang. Cet ! tepi kain sendiri pun entah koyak ke, tersangkut kat mana-mana.. Guna dua telinga. Sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..ok  ?


06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..Bila diumpat, eh boleh pulak beri hadiah tuu.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT. MasyaAllah2  . Agaknya kita nilah antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang tu, paling tak pun, mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia. Balas dendam lah konon. ceh ! Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita yang sempit macam lubang semut ni. Bila kita diumpat, tu bermakna ada orang cuba nak beri ingat. Ada yang nak bagi pendapat. *Haa saya paling suka tips ni. ehehe Dengan Tuhan kita terasa dekat. Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan. oh hebatnya idola kita Nabi Muhammad. Sollu 'ala Nabi.


07.And the last but not least, minum air banyak-banyak. Mulakan dengan selawat dan bacaanbasmallahSemoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya. Banyak lagi tips yang ada. Tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Saya bukan nak sindir sapepun tau . Ingatkan diri sendiri lah ni ^^,

MENANG GIVEAWAY DARI ALJA



Assalamualaikum. Morning. Saya nak bagitau, dalam entry yang sebelum ni saya ada join GA by Alja. Dan tarikh tutupnya adalah pada 5 April iaitu 3 hari yang lalu. Dan pemenang telah pun diumumkan oleh Alja sendiri. Cara undian adalah melalui random.org so memang saya tak simpan apa-apa pun harapan nak menang.

Saya join GA tu pun sebab nak support dan nak isi masa yang teluang dalam berblogging ni. hihi. Lagi pun saya join GA dari Alja tu adalah pada pagi hari terakhir sebelum contest itu ditutup. Dan Alhamdulillah saya merupakan salah seorang dari pemenang itu. errrrrr, apa hadiahnya? haha.

Hadiah yang saya dapat tak lah hadiah topup semua tu. Saya menang bloglist untuk Ana Ahmad ja. Masalah sekarang, saya tak dapat lagi nak hubungi Ana Ahmad ni sebab FB beliau hanya lah untuk following sahaja dan tak boleh nak inbox beliau. So maknanya, saya tak tuntut lagi lah hadiah tu. hehe. Apa-apa pun, saya bersyukur jugak sebab menang. This is my first time tau menang sejak join beberapa contest sebelum ni. hahaa.

So sesiapa yang tak join lagi contest tu, boleh lah join. Dan macam biasa lah kan dalam apa-apa contest pun pasti ada pemenang dan pasti ada yang tak menang. Yang tak menang tu bukan bererti kalah. Mungkin rezeki tak ada kot. Jangan putus asa. Boleh berusaha lagi. ok. Saya undur diri dulu untuk entry kali ni. jaga diri jaga peribadi. Assalamualaikum~ :D

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com

Friday, 5 April 2013

BIRTHDAY GIVEAWAY FROM ALJA


Photobucket
Klik sini untuk keterangan lanjut

Assalamualaikum. Hari ni merupakan hari terakhir untuk join contest GA from Alja. Memang menarik jugak kan contest ni sebab tu saya joined. Dan semua syarat saya dah double check untuk pastikan syarat itu dipenuhi. hehe. Baik tak saya? kikikii :D . Ohh ya, sebenarnya, niat nak join contest ni 2 hari yang lepas. Masa tu tengah nak follow semua syarat then tetiba saya tertekan X pulak. Dan hilanglah jejak untuk join contest nii. Tapi Alhamdulillah hari ni hari terakhir contest ni saya terjumpa jugak entry ni. haha. Dan dapat lah saya joined walaupun dah last day. harap alja still menerima. huhu

Errr, ada yang kata, saya ni asyik ikut contest itu ini tapi menang pun tidak. hahaha. Rezeki bukan milik saya lah tu maksudnya if tak menang. Tapi rezeki saya sebab dapat join contest ni dan dalam masa yang sama dapat support first GA dari saudari Alja ni. Hadiah yang ditawarkan pun memang menarik dan hebat-hebat belaka. Tarikh tamat contest ni pada jam 11.59 malam nanti. So means, sempat lagi lah kan saya joined contest ni.. haha. 

Thursday, 4 April 2013

FABULOOUS GIVEAWAY


Nak join? Silakan. klik pada banner ni untuk keterangan lanjut.
*hihihi*



Assalamualaikum. Selamat tengah hari. Hari ni saya joined sebuah contest lagi. Menang ke tidak, itu rezeki masing-masing kan. At least, kita try lah joined dan dalam masa yang sama dapat jugak support GA dari FaraFiza ni kan. hihi. 

Bagi sesiapa yang tak tau lagi hadiah yang ditawarkan kepada pemenang dalam contest ni, hadiah tu semuanya comel-comel belaka naaaaaaa~ . Tak rugi kot joined. hehe. Jom tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam GA ni:




TONY MOLI LIP TINY~ Cherry Pink





Banyak jenis kaler. hehe. sweet tak?


TONY MOLY PETITE BUNNY GLOSS BAR - random color







TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITENING




TONY MOLY TOMATOX MAGIC WHITENING PACK SAMPLE






FASK MASK-Random






 





BB CREAM SAMPLES 








THE FACE SHOP BIG  FRESHIAN MASCARA






ETUDE HOUSE STYLING EYELINER



Perghhh ! memang suka sangat hadiah-hadiah yang disenaraikan oleh Fara ni. Much Love !!!

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.