Tuesday, 16 April 2013

ASSIGNMENT UNTUK SUBJEK REPORTING

Assalamualaikum. Hai kamu. Kamu kamu semua sudah dinner ka ni? hihi. Ke ada yang tengah on diet sekarang ni sampai taknak makan malam sebab takut gemuk. kan kan kan? haha.Ok lah tu tapi jangan pulak tak makan sampai pengsan nanti. huhu. Let's going the stories in details now. Saya tak mau banyak sangat merepek benda yang kurang baik. hehe.

Kalau kamu tengok pada title entry ni, sebenarnya ia berkaitan tentang tugasan yang telah diberikan oleh lecturer saya kepada saya dan classmates yang lain. Sebagai seorang pelajar Diploma, memang akan berhadapan dengan assignment yang banyak. Walaupun kekadang terasa agak malas nak buat, tapi kena paksa diri untuk buat jugak. Sebab sometimes dalam melakukan sesuatu perkara yan baik, kita kena paksa jugak diri kita buat. Dari keterpaksaan itu kita akan belajar tentang keikhlasan yang akhirnya akan membawa banyak kebaikan dalam hidup kita. Ye tak? muehehe. Macam tu jugak lah diri ni. Memang ada masanya akan terasa malas nak buat semua tugasan yang diberikan. Ataupun buat tugasan last minit. Perkara begini kerapa berlaku kepada pelajar. Siapa yang menuntut di IPTA or IPTS tu akan faham lah macam mana kan kan. hahaha.Tapi saya perlahan-lahan membuang sifat suka buat kerja last minit ni sebab takut rugi dikemudian hari. huhu.

 Dan 2 minggu yang lepas saya dan classmates telah diberikan tugasan mencari beberapa berita English dan practice . Untuk apa kami nak cari berita tu ? Dan untuk apa kami nak practice? Ok, mari saya jelaskan. Sebenarnya saya dan classmates disuruh buat benda tu semua sebab kami diberikan tugasan untuk menjadi anchor woman secara individu. Secara individu ye, bukan berdua bertiga atau berempat. Anchor woman ni macam pembaca berita lah.
haaa.. macam ni lah anchor woman tu bagi sesiapa yang tak tau lagi.

Dan akhirnya masa 2 yang telah diberikan itu telah habis pada pagi tadi. And bila our lecturer suruh kami baca berita yang telah dicari tu dihadapan kawan-kawan lain dan yang jadi judge tu semestinya lah kan lecturer kami iaitu Sir Ivan. Bila sir Ivan suru kami semua ready untuk bacakan berita yang telah kami cari tu, semua pun taknak jadi orang pertama present kat depan. Termasuk lah saya. haha. Nampak tak betapa tak confidentnya saya membaca berita. Hahaha ! Tapi at the last, sir yang pilih dengan menyanyikan lagu sambil tunjuk ke arah kami seorang satu. Siapa yang kena tunjuk bila habis lagu yang dinyanyikan, means dia lah orang pertama yang akan buat presentation kat depan. Malang tak berbau, saya lah orang pertama yang terpilih untuk jadi pembaca berita tu. Perghh !! Masa tu saya dah berusaha try kawal rasa neves dalam diri ni.  

Sebelum mula membaca berita tu, sempat lagi sir Ivan gambar. Hahaha. Sebagai record katanya. Tapi gambar tu saya tak sempat lagi nak bluetooth kat sir tadi sebab sibuk sangat. hehe. Tanpa membuang masa, saya pun start lah membaca berita saya tu. Kena baca seperti real situation pembaca berita pulak tu. hmm so baca je lah. Bila baca tu, memang yang terlintas dalam fikiran nak buat yang termampu ja. Dan Alhamdulillah. Lepas habis baca ayat terakhir "That's all from Galaxy Tv News. Thank you for listening". Sir pun bagi komen. Dannnnn yang paling menggembirakan saya, semua komen dari sir positive. Dari segi intonation it was very natural, dress up pun nice, pronounciation pun jelas , eye contact dengan audience pun ada, voice kuat dan sangat jelas, and overoll it was very good Fitriani. Wahhhhhhhhhhhhh !! Tak ke bangga tu. Alhamdulillah. Dan saya terus say thank you kat lecturer saya tu. Bia kawan-kawan semu dah selesai membaca berita masing-masing, sir umumkan the highest mark is Fitrianiee. Memang bersyukur sangat. 

Walaupun ini bukan experince pertama saya, tapi perasaan gementar tu memang susah nak elak. Lagi pun saya tak confident nak jadi pembaca berita ni sebab suara pun tak lah cantik sangat. huhu. 

Moral of the story, keyakinan dalam diri tu penting bia nak melakukan sesuatu. Tapi jangan sampai over confident okai kawan-kawan. Take care, dadaaaa~

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.