Sunday, 28 April 2013

BAGAIMANA HARUS KAU MENJADI PEJUANG?

  • Engkau ingin berjuang tapi termakan tidur dan hiburan melalaikan. Tarbiyahmu hanya sandaran dimasa lapang. Bagaimana haru kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang, madah agama banyak kau huraikan, Kalamullah jarang benar kau berdampingan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang, Semangatmu dilaung lantang, amalmu terbiar kontang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tapi kau inginkan pujian, bila di kritik hatimu sakt tak tenteram. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Pada masyarakat aktif kau menyumbang, keluargamu dibiar tidak diutamkan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Ukhwah Fillah mu hanya pada teman-teman pilihan, mereka yang bukan dikalanganmu kau biar-biarkan. Bagaimana haus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Bermanis muka engkau jarang, hanya ceria pada mad'u pilihan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tapi ingin menjadi pemimpin, dipimpin pula agak kau segan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tolak ansur tidak kau amalkan, pendapatmu dilaung lantang disanggah jangan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?Engkau ingin berjuang. Kesihatan dan kerehatan kau korbankan hanya mahu bergerak senang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin menjadi pejuang. Kata-kata kemas diucapkan, tiada amal, lintang pukang. Bagaimana harus kau menjadi pejuang?
  • Engkau ingin berjuang. Tapi amal diri tidak ditingkatkan. Tarbiyahmu sama tiada perubahan. Bagaimana harus kau menjadi pejuang? 
  • Engkau ingin menjadi pejuang. Tetapi mengharap juga selain imbalan dari Tuhan, Tajdid niat engkau lupakan. Bagaimana  harus kau menjadi pejuang?

Sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?

#jua untuk diri sendiri yang selalu lupa. Refleksi jujur untuk kita semua bermuhasabah diri.


No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.