Thursday, 18 April 2013

KESEDIHAN MELANDA DIRIKU

Assalamualaikum. Selamat tengah malam sahabat bloggers yang masih beum tidur. Malam ni saya tersangatlah sedih. Ya Allah :'( hamba tahu Engkau tidak akan menduga hamba Mu ini melebihi tahap kemampuan hamba. Emmm..

Setelah lama saya tidak menangis dan mengalirkan airmata kesedihan, malam ni hati terasa dicucuk-cucuk. Masalah memang susah nak setel kalau kita tak jujur. Masalah ni bukan masalah cinta. Saya lagi sanggup putus cinta daripada macam ni. Disebabkan orang lain, kita yang jadi mangsa. Kita yang ditanam hidup-hidup. Kita yang kena tanggung semuanya.



Mudah-mudahan dikuatkan hati ni agar tetap redha atas TakdirNya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan hati dan jwa untuk menempuhi dugaan ini. Walaupun terasa sakit hati dengan orang yang buat masalah ni, tapi saya tetap sabar. Kalau ikutkan emosi dalam diri ni, memang saya sepak trajang ja orang tu walaupun hakikatnya saya tak pandai nak bertumbuk. hmm

Semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental melalui semua dugaan ini. Amin~

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.