Thursday, 25 April 2013

NORMAN HAKIM BONGKAR MEMEY MENANGIS SEBELUM BERHIJAB




25 APRIL 2013, Meskipun tidak pernah memaksa isterinya untuk berhijab, namun aktor Norman Hakim amat gebira dan terharu apabila melihat perubahan serta penghijrahan terbaru Memey Suhaiza. Norman Hakim berkata penghijrahan Memey amat ikhlas dan suci selepas mendapat petunjuk ketika mimpi dimalam hari sehingga terharu dan terus menangis ketika terjaga daripada tidur.

"Sebenarnya sehari sebelum dia berhijab penuh pada hari sukan anak kami, dia ada cerita yang dia ada terpanggil untuk berhijrah ketika dalam mimpinya. Dia sangat sayu dan sedih kerana hatinya terbuka untuk menerima hidayah daripada Allah lalu dia menangis. Sejak  daripada itu, dia memberitahu dia mahu terus berhijab. Saya gembira dan sejuk hati bila melihat dia manis bertudung, kata Norman Hakim ketika dihubungi Murai.Com.my."

Memey telah membuat  kemuncula pertama berhijab ketika ke hari sekolah anak tirinya bersama Norman Hakim dan Abby Abadi pada 17 April lalu. Norman memberitahu dia gembira kerana akhirnya dia berjaya melembutkan hati isterinya untuk meneruskan hijab.

"Sebenranya sebelum ini memang saya pernah menyatakan hasrat saya untuk melihat Memey berhijab kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab isteri untuk menjaga aurat untuk suami. Namun saya tidak pernah untuk memaksa dia berubah serta merta. Tetapi saya gembira kerana dia tidak mengambil keputusan yang lama untuk berhijab penuh. Saya akan terus memberi sokongan penuh kepadanya kerana dia telah memberi contoh yang baik kepada anak-anak," jelas Norman.
Norman menambah lagi, bekas isterinya iaitu Abby Abadi juga telah banyak memberi dorongan kepada Memey untuk berhijab.

"Selain saya, Abby juga memnag banyak memberi dorongan kepada Memey dan makin lama hatinya makin terbuka untuk berhijab tambah paksaan," luahnya lagi.

Norman dan Memey bernikah pada 24 September 2011 dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung bernama Mohamed Darwisz Hakim.

*Doa : Semoga terus bahagia hingga ke syurga dalam mencari redha Allah. Amin~*

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.