Tuesday, 30 April 2013

POLITIK DI MEDIA ELEKTRONIK

Assalamualaikum~ Menjelang hari PRU13 pada 5 Mei ni, saya nak ucapkan selamat mengundi kepada yang mengundi. Pilih lah pemimpin yang baik. Saya sebenarnya tak layak lagi nak mengundi. So sudah tentu lah saya belum mengundi kan. Tapi bila bercakap tentang politik, sudah pastinya setiap orang memiliki pilihan masing-masing untuk dijadikan pemimpin negara pada masa akan datang.



 Saya sejujurnya tidak faham macam mana cara stesyen TV dan radio di Malaysia ni bersiaran. 98% hanya terbuka kepada parti Barisan Nasional sahaja. Bukan nak kata parti itu buruk, tapi ini lah yang selalu saya fikirkan dan ada ketikanya saya akan bermonolog sendiri. Sebagai seorang pelajar dalam bidang Media dan lebih-lebih lagi dalam biang kewartawanan, saya melihat hal ini dari sudut yang serius. Adakah siaran yang dikeluarkan di media-media elektronik itu yang peratusnya lebih kepada pihak Barisan Nasional disebabkan takut lesen tidak diluuskan oleh kerajaan? atau pun telah dibayar mahal untuk melakukan penyiaran seperti itu?

Kenapa bila Parti Pembangkang disiarkan di TV, ia lebih bersifat negatif dan menjatuhkan pemimpin parti pembangkang tersebut? Apakah salah jika seorang rakyat menyuarakan soalan seperti ini? Dan kenapa tiada keadilan yang saya nampak dalam penyiaran parti-parti politik di media-media Elektronik? Secara jujurnya, suatu ketika dahulu sewaktu saya belum mula belajar tentang dunia media dan kewartawanan ni, saya tidak terfikir persoalan-persoalan seperti ini. Sehinggalah saya menyambung pelajaran di Tahun kedua dalam bidang ini dan sedikit sebanyak saya mengetahui dan mempelajari tentang penyiaran yang disiarkan oleh media-media di negara kita.

Tidak semua apa yang dikeluarkan di media itu benar. Ia lebih bersifat persuade iaitu memujuk penonton. Dan bila mana penonton yang melihat sudah termakan pujuk rayu yang dikeluarkan oleh media-media tu, sudah pastilah mereka akan lebih memihak kepada rancangan tersebut.
ok lah. yang lain aku pun tak mau menulis panjang sangat. jawapan yang diterima dari persoalan-2 ni tetap sama. good night. Assalamualaikum


2 comments:

Hafizah Alsa said...

dah nama tv kerajaan. tak dok la pakatan rakyat nya. kan kan? cam unfair kadang2

✗ ⓕⓘⓕⓘⓨ ⓕⓘⓣⓡⓘⓐⓝⓘⓔ ✗ said...

emmm, takkan lah semua stesen tv kat negara ni kerajaan punya. kata kerajaan yg adil. so keadilan yg dikatakan itu seperti tidak wujud.

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.