Thursday, 25 April 2013

RINDUKU PADA ARWAH ADIK-ADIK.

Assalamualaikum. Malam ni, tiba-tiba teringat kisah adik Arwah Yasmin Hunwick yang telah pergi ke Rahmatullah pada 3 Jun 2012. Arwah adik Yasmin ni adalah salah seorang blogger muda di Malaysia. Arwah sangat cantik orangnya. Bila teringat dekat arwah adik Yasmin, saya pun terus buka internet dan search tentang arwah di google dan saya terus baca blog-blog arwah dan juga Facebook arwah. Blog dan juga Facebook arwah adik Yasmin diuruskan oleh mama kesayangan arwah sendiri.

Menitis airmata saya bila membaca kisah-kisah yang telah dituliskan oleh mama beliau sendiri. Terkenang juga pemergian adik-adik tersayang pada malam 21 Dicember 2009 kerana tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran :'( . Terasa kerdilnya diri ini bila melihat Qada' dan Qadar Allah. Kita tidak dapat menghalang ketentuan yang sudah Allah tetapkan.

Terasa rindu nak bergurau senda. emmm, teringat dihari terakhir arwah adik Noor Rafidah, arwah mengikut kemana saja saya pergi dan nak makan bersama-sama saya.  Saya juga teringat bila arwah adik Firmansyah yang kami panggil 'boy' *nama samaran* , rajin membersihkan rumah. Kerajinan arwah mengalahkan kerajinan saya. :'( Ya Allah sedihnya bila rindu kat arwah adik-adik..


Ya Allah, sampaikan lah salam rinduku pada kepada arwah adik-adik yang tersayang Firmansyah bin Ramli dan juga Noor Rafidah binti Ramli. Sampaikan juga doaku pada mereka Ya Allah.


Untukmu adik tercinta, doa kakak sentiasa mengiringi kalian di alama 'sana'. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu di Taman-taman Indah Allah. Dapat kita berkumpul semula kerana tidak dapat dikira rindu yang terkumpul didalam hati ini. AL FATIHAH BUAT ARWAH ADIK-ADIK YANG TERSAYANG DAN TERCINTA .. Untuk arwah adik Yasmin juga, Al-Fatihah. Semoga kalian dalam lindungan Allah di alam sana.

2 comments:

yu mi said...

Al-Fatihah...banyakkan berdoa tuk mereka...hanya itu yg mereka harapkan dari fifiy...^^

✗ ⓕⓘⓕⓘⓨ ⓕⓘⓣⓡⓘⓐⓝⓘⓔ ✗ said...

Jazakallahu khairan kathira @yu mi ..In sha Allah doa saya dan keluarga akan mengiringi mereka di sana :'(

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.