Thursday, 18 April 2013

SUKAR TIDUR?




Mungkin dikalangan kita mengalami masalah sukar tidur. Mungkin ini disebabkan oleh tekanan kerja yang dialami atau sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang untuk tidur lewat dan sekejap.

Risiko Kurang Tidur
Tahukah anda, masalah gangguan tidur atau tidur yang tidak mencukupi membantutkan proses menurunkan berat badan bagi sesiapa yang dalam proses menurunkan berat badan. Jurulatih kecergasan Mike Mahlker menyatakan tidur yang cukup dan berkualiti akan meningkatkan penghasilan melatonin yang akan menurunkan hormon yang boleh menyebabkan lemak tersimpan. Ini bermakna tidur yang berkualiti dan mencukupi boleh membakar kalori dan mengelakkan kalori tersebut tersimpan sebagai lemak. Melatonin juga adalah merupakan antioksidan yang kuat, menghalang pengumpulan lemak perut dan peningkatan insulin dan sensitivity hormon leptin.

Tidur juga adalah cara semulajadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia. Ini diakui oleh pengarah Pusat Tidur University Glasgow, Profesor Colin Espie. Menurut kajian yang dilakukan di University Warwick, mereka yang kurang tidur 6 jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus meniggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Berdasarkan risiko-risiko diatas, kita sepatutnya berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, kepada anda yang mengalami kesukaran untuk tidur, tips dibawah mungkin dapat membantu ..

5 Makanan yang boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang sempurna

  1. Anggur:


  • Anggur secara semulajadi mengandungi kandungan Melantonin yang tinggi yang boleh membantu mengawal jam badan (body clock) anda.
    2.  Oat:
  •  Oat dan makanan yang berasaskan gandum akan meransang penghasilan serotonin dalam otak. Serotonin adalah sejenis hormon yang terdapat dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negative, dan membuat seseorang menjadi lebih bahagia.
    3.  Kacang Almond:
  •  Kacang Almond mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang membantu badan anda untuk tidur dan mendorong penghasilan serotin.
    4.  Susu:
  •  Susu adalah sejenis sumber kalsium yang baik kepada badan yang mana dengan kombinasi tryptophan akan akan menghasilkan serotonin dan melatonin. Ini akan menghasilkan tidur yang berkualiti.
   5.  Pisang:

  • Buah yang kaya dengan magnesium ini akan membantu merehatkan otot badan ketika tidur, ia akan membantu mengurangkan pergerakan badan ketika tidur yang boleh mengganggu tidur kita.  Jadi untuk mendapatkan tidur yang sempurna tidak salah untuk kita mencuba makanan diatas sebelum tidur , mungkin sedikit sebanyak akan membantu mereka yang mengalami masalah sukar. Tetapi perlu beringat setiap makanan yang diambil perlu dalam kuantiti  sederhana dan masih dalam ruang lingkup keperluan badan seharian. 
Selamat Mencuba.

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.