Tuesday, 14 May 2013

AFIQ MUIZ: APA DOSA SAYA DIGELAR ANAK DERHAKA?


KUALA LUMPUR: 14 Mei 2013, Dek kerana harta dan wang ringgit , ibu kepada pendatang baru dunia lakonan, Afiq Muiz atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah didakwa telah sanggup memburukkan anaknya sendiri disebuah portal hiburan hari ini. Hal ini dilihat telah merosakkan reputasi dan seolah olah telah menabur pasir ke dalam periuk nasi Afiq Muiz yang kini bergelar pelakon sepenuh masa.

Kenyataa ibu Afiq, Hasliza Mohd (48), di portal Mstar yang mendakwa bahawa pelakon itu telah membuang keluarga sendiri telah disangkal sekeras-kerasnya oleh Afiq yang ditemui disidang akhbar tergempar sebagai membalas dakwaan tersebut.

Sebaliknya, Afiq berkata, sebenarnya dia telah diusir sendiri oleh ibunya yang mengakui tidak suka serta tidak merestui hubungannya dengan pelakon baru, Ainur Syakina Azman atau Ina dan menganggap Ina hanya mahu mengikis harta milik anaknya. Dia turut membidas semua dakwaan yang dibuat ibunya itu serta amat kecewa dengan tindakan wanita yang dianggap seperti membuka pekung di dada sendiri.

"Memang dia ibu saya tapi apa yang dia buat telah menjatuhkan maruah saya kerana dia telah memburukkan nama saya. Saya tidak tahu apa salah saya sampaikan ibu saya sendiri sanggup berbuat demikian. Selama ini apa saja yang mereka minta saya penuhi. Saya cuba membantu yang termampu dan tak pernah mengabaikan tangungjawab sebagai anak. Sekarang hal keluarga telah melibatkan orang luar serta mengeluarkan dakwaan yang tidak betul. Bila masa saya bagi duit kepada Ina. Saya sendiri rasa hairan setiap kali ibu menghubungi saya, dia tidak pernah pun bertanyakan pasal kesihatan atau masalah saya. Sebaliknya yang dia selalu tanya ada;ah pasal duit. Bila dah jadi macam ni, semua ahli keluarga salahkan saya. Semua cakap saya jahat anak derhaka, mereka maki sumpah saya. Saya ada semua mesej yang mereka hantar," jelas Afiq Muiz kepada Murai.com.my."

Dalam anda hiba hingga menitiskan airmata, anak muda berusia 21 tahun itu menyatakan perasaannya yang teramat malu dengan apa yang telah terjadi terhadap dirinya yang baru mahu mengenal erti hidup.

"Saya tak tahu apa yang ibu mahukan sebenarnya. Saya tersangat sangat malu apabila dipanggil sebagai anak derhaka. Orang akan kenal saya ini adalah Afiq Muiz anak derhaka. Sebagai seorang yang baru nak bermula, mana saya nak letak muka saya bila ibu sumpah dan maki saya macam-macam. Tetapi, Alhamdulillah rezeki saya Allah tetap beri sebab saya tidak salah. Saya teraniaya !" Tambahnya lagi.
 Afiq menambah walaupun dia sangat sedih kerana terjadinya perkara sebegini, namun dia tidak mahu mengalah kerana dia seorang yang berpendirian. Dia berharap ibunya akan tampil dan memohon maaf terutama kepada pihak yang telah diburukkannya iaitu Ina dan ibu Ina.

"kenapa mesti melibatkan orang luar dalam masalah keluarga dan menuduh mereka sembarangan. Saya berharap ibu saya akan tampil memohon maaf kepada Ina dan Ibunya serta tidak mengulangi kesilapan ini. Saya sering kali nigin membetulkan semua kesulitan yang telah berlaku tapi akhirnya mereka tetap juga memburuk burukkan nama saya," cerita Afiq Muiz dalam nada kecewa setelah menyedari dia tidak mempunyai saudara untuk mngadu, malah bimbang akan dicederakan seandainya mereka termakan dengan cerita ibunya itu.

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.