Thursday, 23 May 2013

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW UNTUK MANUSIA AKHIR ZAMAN~

Assalamualaikum. Morning. Kita belajar tinggi mana pun, atau lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tu, tapi kalau kita ni bodoh dan sombong dalam bab Ilmu Islam, nescaya sesat lah kita. Berapa ramai yang belajar tinggi sampai ke negara om puteh tu, tapi bila berbicara soal ilmu akhirat dan Agama, mereka ketinggalan zaman. Dan yang paling teruk lagi, study tinggi-tinggi mengalahkan puncak menara pencakar langit, dapat gelaran doktor Falsafah, datuk, datin tapi bab agama mereka membuta tuli. So, perlahan-lahan dan secara terus menerus kita perlu cari dan belajar Ilmu kekal abadi sebagai bekalan 'dialam sana' nanti. Enjoy-enjoy juga, jangan sampai lupa diri, keluarga, Agama, negara.


So, Jom sama-sama kita baca dan sebarkan pesanan terakhir Rasulullah kepada kita semua sebagai umat manusia akhir zaman ni :
Wahai manusia, dengar lah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan ota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilinya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."
"Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan Agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

1 comment:

Nur Aqilah said...

peringatan utk kita sesama Islam. thank you, :)
jom singgah blog sy.
http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.