Saturday, 8 June 2013

KEMENTERIAN TARIK BALIK 'BUBBLE TEA PEARL' ??

Kementerian-arah-tarik-balik-bubble-tea-pearl/

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari Syarikat Wang Tai di Taiwan, menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya kerana mengandungi asid maleik (maleic acid).

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd Othman berkata sehingga kini, sebanyak 66 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering dan tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah dianalisis.

Beliau berkata keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.
"Walau bagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Tapioca Starch Pearls biasanya digunakan sebagai makanan dalam minuman.
Dengan perkembangan itu, jumlah produk makanan yang digantung pengimportan oleh kementerian itu kini berjumlah 16 produk.

Katanya kementerian memantau rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau melayari laman web kementerian.. Ok

Sumber: Launchpad

1 comment:

~cik atin~ said...

2 la.. penah jugak dengar psal info nih..

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.