Friday, 21 June 2013

TAHNIAH ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA







KUALA LUMPUR, 21 JUN 2013: Dalam kesibukan menghabiskan penggambaran filem Rentap The Movie, Zahiril Adzim atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 29, telah disambut berita gembira yang datang dua minggu lebih awal daripada jangkaannya dan isteri, Shera Aiyob.
Kehadiran putera sulung dalam hidup pasangan bahagia ini pada 19 Jun lalu telah melengkapkan kehidupan mereka yang mendirikan rumah tangga pada November 2011. Zahiril ketika dihubungi berkata, dia sangat teruja dengan kelahiran itu dan tidak menjangkakan Shera akan melahirkan bayi mereka lebih awal daripada tarikh sebenar.

                    "Syukur Alhamdulillah atas anugerah yang Allah SWT berikan ini. Semuanya berada dalam keadaan yang sempurna dan baik. Shera telah pun discaj daripada hospital dan kini berada dirumah dan dijaga oleh ibunya.

"Saya hari ini telah kembali bekerja setelah bercuti dua hari lalu kerana menguruskan isteri dan anak kami yang baru lahir itu. Semuanya bermula pada pagi hari Rabu lepas. Seawal jam 4.30 pagi dia mengadu kesakitan dan selepas itu sekitar jam 7.30 pagi saya hubungi doktor.

         "Dia memberikan saya panduan untuk mengenali kesakitan yang dialami Shera, samada ia adalah kesakitan biasa atau sudah tiba masa untuk dia melahirkan. Satu jam yang diberi doktor supaya saya memantau Shera dan selepas itu doktor mengesahkan dia akan melahirkan bayi hari ini.
"Selepas itu kami bergegas ke Hospital Ampang Puteri sehinggalah jam 3 petang, Shera dimasukkan ke labor room dan pada jam 3.47 petang dia selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Tetapi saya terlupa beratnya tetapi semua berada dalam keadaan sihat sahaja,"cerita Zahiril mengenai cahaya mata pertamanya yang belum diberikan nama lagi.

               Mengenai nama, Zahiril dan Shera belum lagi menamakan anak mereka itu, tetapi sudah mempunyai beberapa di dalam pilihan. Dia juga belum bersedia untuk mengumumkan pilihan nama anaknya tersebut dan akan berbuat demikian apabila tiba masanya nanti.

                       "Saya dan Shera memang dah tahu jantina anak kami sebelum dilahirkan dan saya ada beberapa nama dalam pilihan. Tetapi saya belum menentukan yang mana satu nak diberikan untuk anak saya itu. Bila sampai masa nanti saya akan umumkan kepada semua,"ucapnya bila ditanyakan nama putera sulungnya itu.

Bergelar seorang bapa buat pertama kalinya, Zahiril mengakui ia sedikit sebanyak memberi impak kepada perjalanan hidupnya. Kini dia mengaku agak malas untuk keluar bekerja kerana mahu sentiasa bersama anaknya itu.

"Sekarang saya macam malas nak keluar daripada rumah sebab seronok untuk ada bersama-sama dia(bayi). Macam hari ini saya kembali ke set penggambaran asyik teringatkan dia. Kalau rindu sangat saya tengoklah gambar dan video yang ada di dalam telefon.

"Suasana di dalam rumah juga sudah berbeza sebab ada tangisan bayi, ia sebuah perasaan yang mengujakan dan kalau boleh nak cepat-cepat pulang bersamanya,"tambahnya lagi.

Pelakon Lelaki Terbaik di FFM 25 lalu itu kini sedang menghabiskan penggambaran untuk filem Rentap dan bakal kembali sibuk dengan projeknya akan datang itu untuk filem Juvana The Movie. Filem itu bakal menjalani penggambaran untuk dua filem serentak iaitu Juvana The Movie 2 dan 3.


Teks oleh Kheme Rosly

1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

alhamdulillah..dh selamat shera bersalin..comey je baby dye

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.