Sunday, 9 June 2013

TENGAH GODEK-GODEK YOUTUBE, TIBA-TIBA...........

Assalamualaikum hamba Allah semua. Selamat Tengah hari. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan gembira ^_^. *macam nak berucap ja kan*. Sebenarnya saya  tengah godek-godek youtube tadi mencari music video dari Hyper Act tu. Dan Alhamdulillah ada lah terjumpa and dengar. Saya putar video yang sama dalam dua kali sebab suka dengar lagu tu. Tapi lepas ja dengar lagu tu, saya cari lagi video lain untuk ditonton. Tiba-tiba....................

Tiba-tiba saya terjumpa sebuah video yang sangat menghayat dan menyentuh hati kecil saya ini. First memang rasa malas nak tengok video tu sebab agak sedikit panjang dalam 12 minit +++ macam tu lah. Tapi saya paksakan jugak diri ini disebabkan tajuk video tu yang membuatkan saya tertarik nak terus klik pada video tu. Pengalaman bermimpi Rasulullah itu yang membuatkan saya semangat nak terus tengok video tu.

Dan saya cuba untuk tidak menitiskan setitik pun airmata saya ketika melihat video ini tapi saya tak boleh. Airmata saya tetap berderai disebabkan sebak and tersentuh hati kecil ni. Saya taknak cakap banyak, jom lah kita tengok sendiri video yang saya maksudkan tu. Semoga selepas menonton, timbul rasa kesedaran dalam diri kita betapa kita ini manusia beruntung di muka bumi Allah.



Saya kongsikan video ini agar sama-sama kita bersyukur menjadi hamba Allah dan memperbaiki diri. Layan~

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.