Monday, 26 August 2013

FAKE RELAY? ANDA SEPERTI PELACUR?


Assalamualaikum.. Ramainya adik-adik yang membuat status:

"Nak fake relay satu boleh?"
"Siapa nak couple dengan saya?"
"Nak pakwe satu! Anyone?"
"Still single. Who want to be my couple?"

Setiap kali I baca status adik-adik, I selalu buat mimik muka I sewaktu I buka penutup jamban di tandas awam.

Bila orang cakap adik murah, adik selalu cakap, "kau bukan Tuhan nak judge2 orang."

Bila orang cakap adik gedik, adik selalu cakap, "setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat."

Bila orang burukkan adik, adik selalu cakap, "please don't bash me. setiap orang ada cerita masing-masing. aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?"

Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, adik tetap bersalah dalam hal ini. Adik tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah adik pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan adik itu?

PELACUR.

Pelacur sahaja yang meminta-minta maruahnya dirobek. Malah, adik buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta-minta di Facebook. Kalau adik ada 2000 friends di Facebook,maknanya adik meminta-minta kepada 2000 orang untok maruah adik digadai. Adik ingat,bila adik buat benda tu, orang akan kata adik hot ke? Atau adik rasa, adik akan dapat pasangan terbaik ke? TIDAK. Orang akan mengata adik dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap adik.

Pasangan yang akan couple dengan adik bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah, apatah lagilah orang baik ye tak?

Orang akan memandang rendah terhadap adik. Orang cakap adik murah, orang cakap adik desperate, orang cakap adik poyo, orang cakap adik jahat. Lepas tu adik kata mereka suka judge orang kan? Padahal dik, adik sendiri yang buat orang judge adik. Kalau adik tak buat, orang tak judge. Kalau adik tak buat, orang takkan keji. Adik jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri.

Buruk sangat perangai tu, dik. Bila adik sunyi, couple bukan penyelesaian. Adik ada mak ayah. Kalau tiada, adik ada kawan-kawan. Kalau tiada, adik ada orang sekeliling. Kalau adik tiada sesiapa, adik jadilah orang yang soleh dan solehah kerana Allah sentiasa ada untuk adik.

Perangai yang buruk, ibarat tahi. Meminta-minta couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk. Meminta-minta couple kepada orang dikhalayak ramai, maka berlonggok-longgok tahi dicampak ke seluruh badan adik. Bila orang kata adik busuk, adik marah orang tu. Apa yang adik buat, sebenarnya adik perlu bersihkan semula tahi itu. Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu.

Adik, perjalanan maseh jauh. Di universiti,di tempat kerja, di mana-mana yang adik akan berada, ramai lagi peneman sunyi adik. Kita nak couple, kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash, buang masa sahaja. Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena.

sama-sama beringat selamat hari Raya dan hari Kemerdekaan.

1 comment:

Nur Irdina said...

Saya sokong entri ni . Tak suke bile tengok orang yang nak promote diri dia untuk dijadikan pasangan couple. Rasa macam diri sendiri tu murahh sesangat.. Bagi peluang kat orang yang bukan mahram untuk berhubungan secara haram dengan kita. Na'uzubillah .....

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.