Tuesday, 27 August 2013

PENGALAMAN CAMPFIRE 2012 #PART 1

Assalamualaikum. Tiba-tiba I nak share dengan korang tentang my experience going to Campfire di Tambunan Sabah. Siapa yang tak tahu, Tambunan Sabah tu kat mana? Ok maii aku bagi tunjuk kat hang.


Haa, nampak tak map tu? Tambunan ni tak lah besar mana pun. Tapi kat sana memang best dan sejuk macam especially bila malam.

Ok berbalik kepada cerita asal yang mana I nak share dengan korang semua tentang pengalaman menarik I camping. *pengalaman hujung tahun lalu, tapi bari hari ni nak share* Hahaha ! Silalah jangan menyampah k. And please teruskan membaca kerana I sure u'all tak akan rugi bila baca entry ni.

I memang suka bab-bab aktiviti lasak ni sebab I ni jenis yang lembik so bila kawan-kawan Architecture buat aktiviti camping macam ni, mesti lah I tak nak lepaskan peluang. Yuran yang I bayar masa tu RM45 kot. Dan yeahh, I pujuk kawan I, Jessica untuk join benda ni dan Alhamdulillah dia pun berminat so dapat lah kitorang join. haha. Hari Jumaat lepas solat Jumaat tu, kitorang gerak dah ramai-ramai.

yg ni masa kitorang baru nak gerak dari kolej.
ni masa nak naik kereta sewa masing-2. ni adalah antara student yang join campfire tu

Perjalanan ambil masa dalam 2-3 jam jugak lah. Masa dalam perjalanan tu I dah mula pening-pening tapi nasib baik tak muntah. hahaha.

otw
nampak tak kabus tu. huhu. s.e.j.u.k

Dan finally, kitrang sampai jugak kat dewan perkampungan kat Tambunan tu. Stay kejap kat dewan tu sementara menunggu masa Maghrib lepas and baru lah kitorang memulakan perjalanan. Sebelum memulakan jungle tracking tu, kitorang diberi taklimat oleh ketua kampung and ketua penganjur tentang pantang larang bila masuk kampung and kawasan hutan ni.  Macam biasa lah, salah satu larangannya adalah, mulut tak boleh celupar.

masa ni baru sampai.

erkkk -,- kenapa senget pulak ni. korang terbalikkan lah kepala ye.

ni budak-budak kampung area situ.

budak-budak ni bahagia je bermain bola. hahahaha
yang ni kitorang kena bagi taklimat ttg apa yg patut kami buat and apa yg tak patut.

haa ! yg ni bergambar lepas selesai kena bagi taklimat.
amboii. semangat kan nak warmup sebelum bertolak

haha ! trak ni digunakan untuk mengangkut barang-barang yang terlebih berat tu.

yang berdiri kat jalan tu adalah guide kitorang sepanjang ekspedisi. kecik je diorang kan?

sekali lagi kami diberi taklimat oleh ketua ekspedisi

ready nak gerak mulakan ekspedisi selama 5 jam. nampak tak dah malam?




Setelah selesai diberi taklimat, kami pun bergerak dalam 1 kumpulan ramai-ramai berjalan kaki. Ohh ya, lecturer yang join campfire ni hanya dua orang sahaja. Dua-dua pun lecturer lelaki. Lecturer perempuan takda yang join mungkin tak berminat kot. Tapi student perempuan ada dalam berbelas orang jugaklah yang join. So kali ni, kena pandai jaga diri sendiri and pelajar lelaki diberi tanggungjawab lebih sedkit untuk menjaga pelajar perempuan. Excited bebenar saya nak memulakan ekspedisi ni. *dalam fikiran I, ekspedisi ni tak jauh sangat*. Ekspedisi hutan kali ni, kami kena guide oleh beberapa orang penduduk kampung yang dah hafal selok belok hutan tu. kecik-kecik ja budak kampung tu, (perempuan and lelaki) tapi stamina boleh tahan woooo~


Dalam perjalanan yang agak kelap and suram, kami pun teruskan berjalan. Turun naik bukit you all ! Dah lah sebelum campfire tu I langsung tiada excercise so badan agak tak fit jugak lah. Mujurlah kaki I tak kejang. Jalan punya jalan, I dengan kawan I tak sedar yang kami dah berjalan terlalu cepat ke hadapan mengikuti kawan-kawan yang juga ada dihadapan kami masa tu. Rupanya, hanya kami berdua sahaja pelajar perempuan yang berada di kelompok hadapan ekspedisi hutan malam tu yang lain lelaki and guide.. Dan paling tak boleh blahhhh bila kami dah jauh dihadapan, kelompok dibelakang akan mnjerit, "oiiiiii stoppppp stopppp !! Jangan laju sangat !!" hahahaha ! Then apa lagi, kami pun duduk lah berehat sebentar sementara menunggu mereka yang berada di kelompok belakang.

#Perjalanan kami teruskan lagi. Masa tu dalam hati I hanya mohon kekuatan kaki dan stamina dari Allah saja. And I balik-balik tanya, "nak sampai dah kah?" And guide tu kata, "kat depan lagi tu" . And I pun teruskan lah berjalan dengan kawan-kawan lain. Masa tu dah 2 jam perjalanan kalau tak silap I. Tapi kami masih belum sampai. Kau tak terasa longlai ke bila dah 2 jam berjalan turun naik bukit tapi maish tak sampai-sampai. Sampai 1 tahap, I cakap "OhhmyGod jauhnya!" Then my senior masa tu kata, erhhh keep strong and just move on. Kuatkan semangat tak lama lagi sampai" . Masa tu dalam hati I dah kata, "Huyeahhhhhhhh dah nak sampai"

#4 jam berjalan masih jugak tak sampai-sampai ke destinasi pertama malam tu. Aku and kawan aku masa tu dah tergelak kepenatan dah sebab tak sangka perjalanan ni terlalu jauh. Dan stock air minum masa tu dah pun nak out of stock. So korang bayangkan aje lah mana nak cari air dalam hutan gelap-gelap macam  dengan beg yang berat kat belakang badan lagi. Memang sangat-sangat mencabar tau. Bila kami terlalu jauh dihadapan meninggalkan kawan-kawan lain jauh di belakang, kami pun singgah kejap di sebuah pondok untuk berehat. Pondok tu macam rumah kecil. Singgah minum kopi panas kejap tengah-tengah malam hahaha ! Tapi I tak pandai minum kopi hitam yang pekat tu so I minum sikit aje. Bila dah terdengar kawan-kawan di kelompok belakang tadi tu semakin menghampiri, kami pun teruskan lagi perjalanan untuk sampai ke destinasi yang betul-betul destinasii sebab kami dah pun penat tapi masih tetap bersemangat. hehe. (maaf. gambar semasa dalam perjalanan tak ada oleh kerana semuanya kepenatan dan save battery camera).

Dan setelah sejam jugak berjalan, akhirnya sampai jugak lah kami ke destinasi yang hendak di tuju. Ingatkan destinasi tu adalah rumah-rumah perkampungan. Rupanya hanyalah sebuah pondok yang diperbuat daripada bambu hutan.Takda tingkap dan takda pintu. Pelajar perempuan sahaja dibenarkan tidur di pondok bambu tu. Memang mulanya agak tak biasa sebab sakit badan (menyesal tak dengar cakap mama supaya bawa sleeping bag) ! Tapi kena lah faham kan yang masa tu bukan kat rumah sendiri tapi kat dalam hutan. Pelajar lelaki tidur kat khemah atas rumput haha. Tapi seriously, memang sangat-sangat sejuk. Pasang 10 aircond besar kot baru tahap kesejukan aircond tu sama dengan tahap kesejukan dalam hutan yang membuatkan I tak dapat nak tidur nyenyak.

ni bila dah sampai ke destinasi. nak release kepenatan tu, diorang pun dok main gitar and nynayi
gelap tak? hahaha

yang baju kotak-kotak kemeja tu BEN. dia jenis serius je bila buat kerja.

diorang tgh memanaskan badan.

nyanyi jangan tak nyanyi depan unggun api.

aahaha. nampak tak semua kesejukan dan kepenatan

haha

sibuk dah semua mamat ni nak dirikan khemah
nampak tak makanan kitorang dalam hutan? I pun tak tahu ni apa sebenarnya. hehe

Banyak lagi gambar dan story. Tapi untuk hari ni, ni je I mampu. Part seterusnya ntah bila baru I akan update. hahaha.. Nantikan aje lah ye. kbai.

1 comment:

Teena Tna said...

Best nyerr, sy suka join camping cmni.

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.