Tuesday, 27 August 2013

SELAMATKAN KERJAYA DAN PERKAHWINAN.

Kerjaya dan perkahwinan- Bagaimana untuk selamatkan keduanya


Menemui cinta hati merupakan separuh perjalanan, destinasi sebenar terletak dalam mengekalkan hubungan positif dan penuh rasa sayang, biarpun sibuk bekerja.

Perkahwinan sesuatu yang sudah lazim. Mungkin kerana tarikh, masa dan tempat. Tetapi yang paling penting adalah pasangan anda. Tiada sesiapa pun yang bilang perkahwinan ini mudah dan bagi kebanyakan pasangan zaman sekarang, memastikan perkahwinan kekal disamping keperluan pekerjaan sangat rumit.

Sudah biasa lihat pasangan suami isteri berpisah tidak lama setelah berjanji sehidup semati. Ini kerana zaman ini kerjaya serta kos hidup sudah lebih utama berbanding kehidupan keluarga. Perkahwinan akan menjadi sesuatu yang bosan, menimbulkan kemarahan dan lain-lain perasaan negatif jika tidak dijaga dengan baik.

Tiada jalan mudah namun di sini diberikan sedikit tips untuk membantu kekalkan perkahwinan anda.


#1 Masa itu Emas

Anda sudah berjanji sehidup semati, jadi sudah lumrah untuk mengharapkan sesuatu. Namun tidak semudah itu. Perkara pertama yang harus diingat adalah masa akan menjadi suatu masalah. Pasti selalu ada projek dan mesyuarat untuk dihadiri, namun tidak salah mencuba.

Mudah untuk katakan tiada masa untuk perkahwinan anda, namun anda ada sahaja masa untuk perkara lain sehingga tiada masa untuk pasangan anda. Berkahwin bukan alasan untuk abaikan pasangan anda. Jangan berhenti mencuba.


#2 Romantik

Sudah berkahwin tidak bermakna tidak boleh romantik. Tetapi jangan harapkan romantik ibarat yang dibaca dalam novel cinta Danielle Steel atau filem jiwang.

Mungkin sukar untuk bahagikan masa antara kerja dan anak tetapi sediakan sedikit masa sekurangnya sebulan sekali sebagai "date night" atau gunakan hari minggu sebaiknya. Nikmati masa bersama, berborak, lakukan sesuatu yang tiada kaitan dengan kerja atau anak. Luangkan masa hanya berdua.


#3 Asingkan kerja daripada rumah

Kita lebihkan kerjaya dan sukar bagi pasangan untuk tidak bawa pulang kerja bersama. Namun apabila menghabiskan masa dengan computer atau menyiapkan report, anda kurangkan masa untuk habiskan bersama pasangan. Ini akan membuatkan beliau juga terdorong untuk membawa pulang kerja.

Di rumah seharusnya dikhususkan untuk keluarga. Di sini anda boleh mencari ketenangan disamping insan tersayang. Jika boleh, asingkan kerja daripada rumah.


#4 Berbicara

Komunikasi membantu mengekalkan hubungan. Penting untuk berkomunikasi dengan pasangan. Ya, setelah penat bekerja anda inginkan masa sepi namun jangan sampai tidak hiraukan pasangan anda. Rasanya seolah mereka tidak lagi penting dalam hidup anda.

Luangkan petang bersama cinta hati. Rehat sambil bicara tentang hari anda. Kajian membuktikan bahawa pasangan yang berbicara lebih 30 minit sehari lebih bahagia berbanding mereka yang kurang bersama.


#5 Kongsi kerja rumah

Mungkin tampak remeh namun kebanyakan pasangan bergaduh kerana perkara ini. Pasangan yang tinggal serumah, persoalannya siapa yang harus mengemas rumah? Jawapannya mudah: dua-dua.

Jangan berdalih mengenai siapa yang harus lakukan kerja rumah lebih. Ambil masa untuk senaraikan tugasan seminggu dan lihat bagaimana anda bahagikan tugasan dengan adil untuk elakkan sebarang pertelingkahan.




sumber

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.