Thursday, 22 August 2013

SOO WINCCI BERMAIN BOLA PULAK DAH !

Soo Wincci Dah `Gila` Main Bola Sepak Pulak?

 Lain padang, lain belalang. Lain lubuk, lain ikannya. Ha..Sesuai sangatlah peribahasa Murai Batu untuk menggambarkan tentang perkembangan terbaru mengenai bekas ratu cantik Malaysia, Soo Wincci yang bukan saja pernah mencabar dirinya untuk menyertai program realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 tetapi juga sudah menceburkan diri menjadi seorang pereka fesyen kasut serta penyanyi.

Terbaru, Murai Batu dengar Soo Wincci dah minat pulak nak main bola sepak. Dah sudah... Takkan Soo Winci dah berjangkit dengan demam Liga Perdana Inggeris yang sudah pun mula berlangsung dalam tempoh seminggu ni kot?

Tapi, apa yang pasti, Murai Batu bukan propa macam si Miss Propa tu ya. Sebab, apa yang Murai Batu kasitau korang ni memang cerita betul. Malah, So Wincci khabarnya dah tak sabar nak pakai but dan tendang bola.
Hai! Macamalah agaknya rupa bekas ratu cantik kita tu bila main bola kat atas padang ya. Kalau futsal tu, Murai Batu masih dapatlah bayangkanlah. Tapi, kalau game bola sepak atas padang yang betul tu memang susah.

Apapun, kalau korang nak tengok macam mana Soo Wincci beraksi sebagai pemain bola sepak, korang kenalah datang ke Stadiun Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos 2013 ni.

Sebab, Soo Wincci bakal mewakil pasukan ERA FC dalam perlawanan bola sepak menentang Arena All Stars FC. Selain Soo Wincci, pasukan ERA FC akan turut diwakili beberapa artis terkemuka lain termasuklah penyampai radio ERA fm sendiri, krew ERA fm serta pemain skuad Harimau Muda. datang tau!

SUMBER

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.