Wednesday, 21 August 2013

TEPAT SEMINGGU ...

Assalamualaikum. Hope semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Baru ada masa nak update entry hari ni. Dah tepat seminggu ni tak update entry disebabkan kesibukan yang sangat-sangat membuatkan I jugak menyibukkan diri. huhu. Dalam seminggu tu, kena ulangkaji untuk focus dengan final exam dan juga pergi wedding anak buah di Pitas. So tu yg membuatkan diri ni tak sempat nak menghadap blog ni. 

Tapi Alhamdulillah final exam dah pun selesai tadi. Fuh ! Memang dapat dirasakan betapa ringannya bahu and kepala otak I ni. Tu yang baru hari ni sempat nak menghadap blog. Kalau sebulan I exam sebulan jugak lah I tak hapdet entry. hahaha ! (overrrr -.-). Tapi seriously memang agak tekanan jugak lah bila nak menghadap buku and nota-nota ni. Lebih-lebih lagi bila dah semester 7 ni nak dekat-dekat penghujung dah. huahuahua tak sabarnya nak habis study and tunggu graduate lepas tu I nak cari  keja nak bayar hutang PTPTN. Hahaha~

Ok. Cerita exam sampai situ ja. I nak cerita tentang pengalaman I pergi kampung anak buah I pulak. First time lah I masuk kawasan pedalaman ni. huhu. Mana tak nya sebab dapat jemputan pergi wedding anak buah I. Kemainn lagi excitednya bila nak masuk kawasan kampung ni sebab asyik kat bandar ja kan. hehe. So sekali sekala pergi luar bandar ni best jugak. Stay 3 hari 2 malam kat sana memang best and tercipta lah pengalaman yang sangat menarik. 

Hari pertama sampai kat sana, terasa agak pelik and bosan jugak sebab tak tahu nak buat apa. Tapi untunglah ada cousin so kejanggalan tu dapat dielakkan. Rumah kat sana sangatlah dekat dengan air laut so memang kedengaranlah bunyi ombak and I ni jenis trauma and sangat takutkan air laut semenjak tsunami dulu tu. Bila tengok air laut, mesti akan terbayang benda tu. Tapi kalau nak diikutkan rasa takut ni, mesti tak best kan . So lawankan ja lah rasa takut yang ada ni dan Alhamdulillah I mampu lawan. hihi

Masa petang hari pertama kat sana, kazen-2 I ajak I pergi jalan-jalan dekat Jeti yang area-area kampung tu jugak. So, I pun taknak lepaskan peluang and cepat-cepat lah naik rumah ambil baby DSLR I tu untuk bergambar. haha ! Semangat nak bergambar tu ada bila pergi tempat yang tak pernah I pergi. 

Hari kedua kat sana, I pun tolonglah apa yang boleh di tolong macam cuci piring, menyapu, buat air and lain-lain. Memang rasa bosan bila tiada benda nak kena buat. So untuk hilangkan rasa bosan tu, lebih baik tolong apa yang boleh di tolong kan daripada duduk saja-saja goyang kaki. Maluu weiii~
Petangnya pulak jam 4, majlis akad nikah anak buah pun berlangsung. Lepas tu direct lah sannding kat pelamin sampai jam 11 malam. 

Memang sangat-sangat menyeronokkan. Ramai jugak lah tetamu yang datang. Lepas tu ada tarian and nyanyian lagu hindi, rungus, and lain-lain. haha. 1 Malaysia sangat~ Lepas tu kan, I nampak budak yang sangattttttttttttttttttt comel. Budak lelaki adik beradik kot. Ada dua orang. Yang adik tu nama dia Aiman kalau tak silap I, yang abang tu pulak oyek (nama panggilan *kalau tak silap lah*) . Muka diorang sangat bersih and diorang macam anak orang putih. And mama diorang memang berkulit putih mungkin sebab tu diorang pun putih jugak.. 

Mula-mula, diorang malu-malu bila I usik haha. Tapi lepas tu, diorang dah layan bila I tegur. ishkkkkkkkkk~ memang tersangat comel. Ohh ya, pakcik budak tu pun hensem tau. haha :P ! 

Ok lah cukup sampai sini ja. kbaii. Mohon maaf if terselit kegedikan I.
Gambar kat sana nanti I hapdet k :)

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.