Wednesday, 14 August 2013

WANITA TERLEPAS CUBAAN CULIK DI BANGSAR





PETALING JAYA, (MLP) - Seorang wanita 28 tahun cedera setelah melawan penyerangnya dalam cubaan menculik di Bangsar pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Mengikut laporan The Star, penasihat guaman itu sedang berjalan di simpang Jalan Maarof berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika diserang oleh seorang lelaki yang dipercayai warga asing.

Setelah gagal dalam cubaan menculik, lelaki tersebut yang bersenjatakan sebilah pisau melarikan diri menaiki Toyota Vios berwarna kelabu yang dipandu seorang lagi lelaki.

Malangnya, tiada sesiapapun yang membantu wanita tersebut ketika dia bergelut dengan penyerangnya. Hanya setelah penyerang tersebut melarikan diri, sebuah Toyota Alphard hitam berhenti dan membawanya ke hospital berdekatan.

Wanita tersebut telah meminta pihak polis untuk memeriksa rakaman video litar tertutup tetapi diberitahu kamera tersebut berada di bawah bidang kuasa DBKL dan tidak beroperasi.

Kes tersebut telah dilaporkan di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (Malaysian Crime Awareness Campaign) dan telah dikongsi oleh 161 orang. 
 
 

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.