Tuesday, 29 October 2013

HELIKOPTER YANG MEMBAWA PESAKIT MENDARAT CEMAS !!

KUCHING, (Bernama) - Sebuah helikopter yang membawa dua bayi kritikal dari Sibu ke Hospital Umum Kuching (HUS) terpaksa membuat pendaratan cemas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata helikopter yang membawa lima orang termasuk juruterbang, dua pesakit, masing-masing seorang doktor dan jururawat itu membuat pendaratan cemas di Jeti Muara Tebas, dekat Sebuyau.

"Pada 1 tengah hari pusat kawalan polis menerima maklumat dari Menara Kawalan bahawa sebuah helikopter telah mendarat cemas di kawasan lapang sebelah Jeti Muara Tebas.

"Polis yang menerima laporan itu segera menuju ke lokas kejadian, namun disebabkan helikopter itu mendarat di seberang sungai, kami tidak dapat pergi ke helikopter itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata dua bayi, doktor dan jururawat itu kemudian dibawa ke HUS oleh sebuah helikopter lain. 


SUMBER
 

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.