Tuesday, 29 October 2013

NEW YORK SOLUTION PENIPU !!

Nota Tersepit : Niat penulisan bukanlah untuk memburukkan sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman yang dilalui sendiri oleh penulis buat tatapan insan² innocent yang mungkin akan melalui perkara yang sama jika tidak diberitahu.. 
 Harini time aku tengah scroll² timeline FB tetiba terjumpa satu cerita mengenai New York Skin Solutions yang kawan aku share. Then bila baca cerita dalam entry tu.. sob sobs.. tetiba kan... teringat pulak satu peristiwa tak best yang pernah aku lalui time pergi kat situ dulu² + cerita dalam entry yang di share tu 70% sama dengan apa yang berlaku kat aku..


new york skin solution promotion, nyss, nyss penipu

  Al kisahnya dulu muka aku ni memang banyak gile jerawat batu, konkrit & segala macam spesis jerawat yang ade kat atas muka bumi ni semuanya ade kat atas muka aku. Sedih sangat ok. Semua ni start bila aku reach puberty lepas PMR. Makin lama makin teruk. Time tu kan budak skolah lagi, so financially miskinlah aku ni.. Semuanya mengharapkan fulus parents + biasiswa.. Pendekkan cerita dah macam² produk aku try semuanya ke laut. Rawatan tradisional dari asap sampai ke lipas tanah semua aku dah buat, tapi maintain jenglot je muka aku ni. Masa tu New York Skin Solutions (NYSS) ni memang tengah meletop. Setiap 10 minit iklan dia keluar kat TV3, sabojelah & at that time ada satu program ni ape ntah tajuknye pengacaranya si Dynas & Arash kalau aku x silap. Masa tengok program ni lah aku terpengaruh untuk pergi kat NYSS ni sebab testimony yang ditunjukkan terbaik + orang yang dijemput dalam program tu pun student macam aku. Siap ade drama pendek lagi tunjukkan perempuan tu nangis dalam toilet sebab malu nak jumpa dengan member die.. plastik sangat. Di akhir program dia ade bagitau yang NYSS tengah buat promotion FREE TREATMENT + TRIAL SET untuk semua customer baru. Time tu mata aku dah bersinar-sinar (dalam kepala otak dah set esok nak pi)


          So esoknya aku pun pergilah kan. Segan giler actually coz aku x pernah masuk tempat² macam tu + time tu aku sorang je lelaki, keliling semuanya mak datin dan kak datin yang nampak macam berlagak tapi cantik haha.

 Aku pun pergilah kat kaunter cakap nak buat free treatment promotion pastu die suruh tunggu. Then ahmoi cantik pun panggil aku masuk untuk buat analisis kulit katanyer. Die pun sekolahkanlah aku jap pasal muka aku ni teruk ape jadah semua tu then tunjukkan testimony customer yang datang kat situ (x delah segempak macam dalam TV tu).

 Then aku ternampak testimony seorang lelaki yang kulit die agak teruk macam aku. Aku pun tanya berapa kos laki tu bayar untuk recover. Ahmoi tu cakap that guy dah buat lebih dari 10 kali treatment kos nyer nak dekat 10K. (WTF man.. 10 hengget aku adalah)

           After buat analisis tu aku pun cakaplah aku datang nak buat free treatment je, then die bisik dengan member die pastu tetibe ramai plak ahmoi datang kerumun aku ceritakan betapa perlunya aku buat treatment kat situ. Ciskek tol. Aku ni ade masalah x suke dengar perempuan membebel so aku iyakan jelah. Treatment yang kononnnya free tu rupanya kene bayar.. beratus ok! Aku tetibe plak bleh jadi pak turut & pergi buat treatment tu, dalam setengah jam jugaklah muke aku ni dikerjakan.

          Bila dah habis kepala aku agak tingtong sket sebab muka aku tengah sakitkan. Then proceed pergi kaunter time ni pengurus die dah ade kat depan get ready nak pujuk aku untuk beli produk muka pulak. Pastu aku cakaplah aku x nak sebab treatment tadi pun dah beratus. Then die pujuk cakap kalau x beli muka x baiklah, kene pakai satu set baru berhasil bla bla bla. Then die panggil semua staff die untuk sekolah kan aku balik. Kebabian apakah ini. Then die cakap "adik muka u tu teruk lah, malulah sikit kalau orang tengok sama u" pastu ahmoi yang lain² semua jawab "YA LOHH" secara beramai-ramai. Time ni aku rasa down giler.. sedih sangat tau.. dah lah time tu muke aku double teruk lepas buat treatment tu. Pujuk punya pujuk akhirnya aku pun belilah skali set produk NYSS tu.. demmm

Beli produk NYSS yang beg color biru tu baru dapat free trial set yang beg kecil tu.. nampak x permainannya

          Perlu diingatkan time ni aku masih belasan tahun lagi, noob & x matang, kalau sekarang dah je aku flying kick sebelum sekolahkan diorang tu semua balik. Ok sambung citer tadi, then time nak bayar tu aku bagitau duit aku dalam dompet tak sampai seratus. Pengurus yang muka bajet ayu tadi terus jadi ketat, dah macam orang jahat pompuan citer power rangers plak aku tengok. Pastu die startlah tanya aku ade kad bank ke x, credit card? guna akaun ape bla bla bla...



power rangers 2013, evil power rangers

          Aku pun tanyalah berapa ratus actually total treatment & produk tu semua, dia kata RM500++.. WTF! *__* Pastu aku bagi je kad bank aku sebab malas nak panjangkan citer + meluat tengok muka diorang. Happy je pengurus tu swapkan kad aku, siot tol. Ikutkan nak je aku swapkan kad tu balik kat muka die kasi calar-balar. Bila dah settle payment muka pengurus & staff tu semua ceria balik. Time tu muka aku pulak yang ketat sebab dah pokai haha. Semenjak hari tu almost every month (in fact sampai sekarang) aku dapat call dari NYSS untuk buat appointment tapi aku x layan sebab dah serik. Pisang x kan berbuah dua kali ok! Nyesal den pi bagi no tepon kat diorang tu. Btw, produk yang aku beli kat NYSS tu aku pakai beberapa kali je sebab x berkesan sebelum dengan selambanya aku campakkan keluar melalui tingkap bilik asrama.

          Nasihat aku kepada adik² di luar sana yang mengalami masalah yang sama, tak payahlah terpengaruh & pergi tempat² rawatan muka mengarut macam kat atas ni. Diorang ni claim nak bantu atasi masalah kulit tapi hakikatnya bantu memufliskan pelanggan adalah. It's up to you actually, kalau korang tu memang banyak duit sesuailah kot pergi tempat macam ni. Buat beberapa kali treatment, habis riban² then feeling Paris Hilton.



          Untuk bagi gambaran masalah jerawat aku masa dulu kat korang, aku tepekkan pic kat atas ni. Jangan ade yang muntah pulak. Pic innocent ni diambil menggunakan kamera handset touchscreen pertama aku, Nokia Express music (handset tu dah jahanam masuk dalam mesin basuh). Time ni muka aku dah 50% baik ok.. So imagine jelah my face yang sebelumnya... fengsan..

InsyaAllah kalau dapat hidayah aku akan buat entry My Severe Acne Story untuk kongsikan kat korang dengan lebih detail amende yang aku duk makan watsoeva untuk overcome masalah jerawat aku yang teruk ni and transforming myself from 0 to Hero.. So stay tunee! XD


Kat bawah ni merupakan cerita seorang blogger yang kawan aku sharekan kat FB : 

          Nak story sket pengalaman temankan my younger sis pegi New York Skincare Solution (NYSS). My lil sis, Nurul gatal tangan sms ke NYSS for free facial trial and free travel kit. So one of NYSS's staff called her and after some chit chatting and after Nurul confirmed with her that there will be no hidden charges or she doesn't have to sign up with any of the packages, that fella sets an appointment for her last friday at NYSS Mid Valley Megamall.

          So here goes, when we arrived there around 1 pm, her name wasn't in the appointment list. So that's fine with us as it was a free facial. Owh... lupa nak bagitau, masa tgh tunggu nak fill up forms tu Nurul bagitau yang dia tu student. We realized that staff dkt situ semua buat muka tak puas hati bila dengar she is a student. Berbalik pada cerita tadi. After she fill up the forms and so on and after we were given some explanation which I can assure you semua tu tipu belaka, the FREE FACIAL treatment started. I thought kalau service dia bagus, I myself pun nak sign up for the treatment. Maklumla NYSS kan masuk paper, tv commercials and so on...

          As I were waiting for her to finish, aku tengok, bagus la everybody yang dtg for free treatment semua sign up for the package. Aku pun macam kagum, mesti bagus treatment and service dia. Lepas kagum² tu dan lepas jln² kat dlm MV, Nurul pun call bagitau dah siap treatment. So aku pun pegi la. Dia cakap best jugakla facial sebab dia pun mmg x penah buat facial, so pada dia dah best gile la. Sementara tunggu turn utk discan balik muka dia tu, aku bisik² la kat Nurul, gile la semua consultant dia bila keluar je dari dari consultation room mesti bwk keluar duit at leats pun RM 50. Yang kitorg ni takde plan pun nak amek package apa² coz kitorg bwk RM 50 je that day. Bila sampai turn kitorg je dia pun scan muka adik aku balik which I know semua tu tipu gak. Bagi penerangan apa ke jadah semua dan bagitau harga package dia which RM 280 per session! My sister needs 20 sessions to make her face looks beautiful.... Wahhhhh... cuba you guys darabkan RM 280 dgn 20 session. Lepas tu ckpla yg mereka akan bagi mask free which cost RM 90, ultrasound free worth RM 50 and so on sampai ckp 1 treatment sebenarnya berharga RM 500! Tapi kalau sign up sekarang RM 280 je. Padahal benda² yg dia ckp tu dah masuk dalam RM 280 tu je.

RM 280 x 20 = RM 5 600

Dia minta half for the deposit :

RM 5 600 / 2 = RM 2 800

Kitorg ckp la too expensive lagipun Nurul student lagi. So let her discuss with our mum first before we sign up. Consultant tu pun bagi lagi satu package for 10 sessions.

RM 280 x 10 = RM 2 800

Deposit half of it :

RM 2 800 / 2 = RM 1 400

Kitorg still refuse to sign up. Sebab kitorg takde duit masa tu! Dia pun panggil la sorang lagi consultant, she introduced herself as CARMEN. Dia pok pek pok pek dgn kitorg. Aku pun dah rasa tak selesa coz tgh marah sgt. Aku takut la bleeding sebab dulu penah sekali aku marah org sampai kuar darah. All I care now is to get out of there. Sebab aku betul² tak puas hati dgn service yang PAKSA - PAKSA org ni. Carmen tu bagi pakej utk 5 session pulak.

RM 280 x 5 = RM 1 400

Deposit half :

RM 1 400/2 = RM 700

Kitorg refuse lagi. I stressed out to them let Nurul discuss with our mum first! And then diorg ckp dkt sini ada rules & regulations. Semua customer who come for free trial MUST sign up for their package! Nurul cakap, your consultant tak cakap pun masa telefon because she already asked about that! Aku lagi angin bila dengar. Aku cakap kitorg x nak sign up apa² pun. Then CARMEN tu keluar, masuk sorang lagi. Tak reti nak introduce diri sendiri terus attack my sis and I. She said something like this,

"Siapa yang buat facial tadi? You?" she pointed at me. Aku geleng and pointed to Nurul. She said "You?" Nurul angguk. "Then I will talk to you only. I won't talk to you. You can keep quiet" sambil tangan dia suruh aku diam. Kurang ajar punya org. Dia pok pek pok pek to my sis and reduce the package to 3 session dengan home product which kitorg tau yg dia akan suruh tambah lagi session and pay another price for the product sooner or later. Talking about tactics...

RM 280 x 3 = RM 840

Half of it :

RM 840 / 2 = RM 420

Kitorg still refuse sebab kitorg memang TAK NAK! Plus TAK ADA DUIT! My sis cakap kalau bayar monthly maybe dia mampu but with the unreasonable price memang dia tau dia tak mampu. Sekali treatment pun tak mampu. Elaun dia belajar RM 600 sebulan sebab dia nursing student, buku² lagi and ada few lagi yuran² nak kena bayar end of this month lagi. She explained to them. 

And then boleh minah tu cakap, "You pakai akaun apa?" "Maybank" Nurul answered. "Then kita boleh deduct from your account for deposit". Nurul cakap dalam akaun dia ada RM 50 je. Minah Cina tu ckp "You bayar RM 50 dulu la. Lepas tu you discuss dgn mama you, bayar balance la. You cakap dgn I you ingat your mama akan bagi you buat treatment ka dgn harga mcm ni. I guarantee la your mom takkan bagi". Celaka.

Ini boleh mendatangkan marah. RM 50 adik aku tu pun dia nak kebas.

Aku cakap "kitorg tak minat nak ambil package you. Plus kalau I ada duit skrg ni pun. I won't pay for her here. I rather pay for her at DermaGenesis or Klinik Ayu Jelita. I have experiance pergi buat face and body treatment. You name it. TCA, Pixel, MDB, Lipo semua I pernah try before I got married".

"Parent you bayar ke abg you yg bayar? Kalau pernah buat kenapa muka you tak cantik? Kenapa badan you gemuk?" she said.

Aku balas balik "This is because I'm pregnant!".

Dgn sinisnya dia cakap "You pregnant before you kawin?".

Aku balas "Don't be ridiculous. Of course I'm married. I gemuk because I'm pregnant. I look like this because I'm pregnant. I've got pimples because of my hormones. Everything I buat before I got married. For the wedding. I pergi 2 tempat tu, consultant sana beri masa utk discuss with parent and to think about it. And guess what my parent agreed. So I don't think my parent are so typical about this. Plus the price lebih reasonable and result guaranteed. Dengan you setakat facial treatment, sampai RM 50 pun nak kebas".

Masa tu aku dah pegang perut coz it hurts a little bit. Minah cina tu tanya lagi "You pegi mana?". " DermaGenesis and Ayu Jelita" I replied. Dia tak mau mengalah jugak "Then why don't you bring her there?" " I will. I like the service + the treatment. Kat sana takde PAKSA - PAKSA punye service. Affordable". Dia senyap. "Okay la, you balik discuss with your mama. Esok you datang bawa your mama. I bagi your mama free facial. Tapi your mom je. Your sister tak boleh" she pointed at me again!


"Okay" my sis replied walaupun dalam hati dah berjanji takkan jejakkan kaki kat dalam New York Skin Solution tu lagi. Dengan penuh sakit hati aku berkata dalam hati "I wouldn't recommend you to my friends. Your service sucks!" Kitorg keluar dari premis dia dgn tangan kosong. Mana ada dapat free travel kit tu. Penipu! Walaupun kitorg tau, kitorg MESTI kena kutuk dengan diorg. We don't care. At least kitorg boleh sebarkan kat org lain mcm mana diorg ni menipu pelanggan.

2 comments:

Niena Reen said...

eii benci gila dengan minah2 NYSS tu. paksa2 orang pulak. dah org tak berminat, tak berminat lahh.. ish ish kesian org yg dah terkena tu. geram betul baca. >.<

Anonymous said...

hampeh punya nyss!

NEW YORK SKIN SOLUTIONS MEMANG PENIPU BESAR!

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.