Monday, 28 October 2013

Sebab Ezani Masterchef Pilih Doktor Sakit Puan Sebagai Suami.

gambar perkahwinan Ezani Master Chef dgn suami
Majlis pernikahan dan dua majlis persandingan juara Masterchef Malaysia pertama, Dr Ezani Monoto bersama suaminya iaitu Dr Azrai Abu sudah pun selamat dilangsungkan pada pertengahan September dan Oktober lalu. 

Namun, masih ramai tidak tahu hakikat sebenar doktor gigi ini memilih doktor pakar sakit puan sebagai suaminya yang mula dikenali pada Jun 2013.

“Saya kenal dia Jun 2013. Dia satu hospital dengan kakak saya. Actually ,saya dikenenkan oleh kakak dan kawan-kawan. Dia approach saya melalui Facebook. Mulanya saya dapat friend request dari dia, tapi saya tidak terimanya. 

“Seminggu selepas balik dari umrah, barulah saya tergerak hati nak approve dia dalam Facebook. Kebetulan pula masa tu dia pun baru balik umrah.
“Kalau tidak silap, masa tu dia baru lepas dua minggu balik umrah. Dia berasal dari Seremban dan saya pula berasal dari Johor,” kata Ezani. 

Bercerita lanjut mengenai perkenalan itu, Ezani tidak ada rasa ragu untuk menerima Azrai sebagai suami walaupun hanya berkenalan dalam masa yang singkat.

“Suami saya tidak tahu saya ni juara Masterchef Malaysia yang pertama. Dia tahu tentang saya pun melalui kawan-kawan dia. Terus-terang, dalam bab memilih suami ni, saya pun tidak pernah ada menetapkan kriteria tertentu. 

“Kami dah pun pergi honeymoon selepas kami bernikah September lepas. Kami hanya pergi ke Tanjung Jara selama 4 hari saja. Sejujurnya, suami saya seorang yang sporting. 

“Dia tidak kisah saya ni keluar TV. Dia tidak ada masalah. Lagipun saya muncul di kaca TV untuk memasak. Keluarga mentua pun terima saya lebih kepada diri saya sendiri dan bukan sebagai juara Masterchef,” jelasnya. 

sumber

3 comments:

TelingaBulat said...

untung dapat suami dan mertua yg sporting ;)

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..moga hingga akhir hayat hendaknya..amin..

Chenta Ummi said...

baru tau dia dah kawen... dapat suami [pakar sakit puan eh.. senang nak bersalin nanti :)

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.