Tuesday, 31 December 2013

KERUGIAN 7 JUTA AKIBAT BANJIR?

KUANTAN, (Bernama) -- Banjir baru-baru ini mengakibatkan sebanyak 41 buah sekolah di enam daerah di Pahang mengalami kerosakan membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM7 juta.  

Pengarah Pelajaran Pahang Mohd Rosdi Ismail yang mendedahkan perkara itu berkata jumlah kerosakan buku teks di sekolah berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM30,000. 
Beliau mendedahkan butiran itu semasa memberikan taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Bandar Indera Mahkota dekat sini, hari ini.  

Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran tiba di sini untuk mendengar taklimat mengenai pasca banjir dan persediaan penggal persekolahan sesi 2014 di Pahang, di sini hari ini. 
Mohd Rosdi berkata sebanyak 16 buah di Kuantan terjejas oleh banjir itu di samping tiga buah sekolah di Jerantut , Bera (lima), Maran (tiga), Pekan (tujuh) dan Temerloh (tujuh).  

Katanya JPN akan memastikan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memantau peralatan persekolahan cukup di sekolah yang terjejas dan buku teks baharu diterima sebelum sekolah dibuka Khamis ini. 

Selepas sesi taklimat selama sejam itu, Muhyiddin melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak dan SK Tanah Putih Baru dekat sini bagi meninjau keadaan sekolah tersebut yang dilanda banjir baru-baru ini. 

SUMBER

Monday, 30 December 2013

CERITATERA TAHUN 2013

Assalamualaikum. Hari ni dah 31 disember 2013. Esok dah 1 Januari 2014. Dah masuk tahun baru dah esok ye. Tahun 2013 ni terlalu banyak kejadian yang berlaku bukan saja dalam hidup saya tapi yang berlaku di Malaysia. Antara kejadian yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun ini adalah, Ops Daulat di Lahad Datu Sabah, bot Karam di Belaga, Jerebu, Banjir di Johor, Terengganu dan Pahang, Ikan naik ke darat di LD.

Pengalaman saya secara peribadi pulak sepanjang tahun ini, terlalu sukar untuk dirungkai dengan kata. Yang pasti setiap ujian, dugaan, dan pengalaman yang terjadi dalam hidup saya lebih mematangkan saya. Dan setiap daripadanya akan saya jadikan pengajaran dan ambil iktibar dalam melangkah dalam hidup ini.

Yang pasti juga, setiap dari kita kena persiapkan diri dengan bekalan untuk kehidupan dialam sana nanti. Semoga tahun 2014 esok dan hari hari seterusnya, kita menjadi manusia yang lebih baik dan positif dalam setiap pemikiran, tingkah laku dan kata-kata.

Dan jangan lupa, make New Year's goals. Dig within, and discover what u would like to have happen in your life this year. This helps u do your part. It is an affirmation that u're interested in fully living life in the year to come.

Goals give us direction. They put a powerful force into play on a universal, conscious, and subconscious level. Goals give our life direction.

What would you like to have happen in your life this year? What would you like to do, to accomplish? What good would you like to attract into your life? What particular areas of growth would you like to have happen to you? What blocks, or character defects, would you like to have removed?

What would you like to attain? Little things and big things? Where would you like to go? What would you like to have happen in friendship and love? What would you like to have happen in your family life?

What problems would you like to see solved? What decisions would you like to make? What would you like to happen in your career?

Write it down. Take a piece of paper, a few hours of your time, and write it all down - as an affirmation of you, your life, and your ability to choose. Then let it go.

The new year stands before us, like a chapter in a book, waiting to be written. We can help write that story by setting goals.

Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Jan


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.


SUMBER

MAKAN- SEBELUM ATAU SELEPAS BERSENAM??


Senaman dan makan adalah dua perkara yang seiring. Seringkali timbul persoalan bilakah waktu yang sesuai untuk kita makan apabila kita ingin bersenam. Dan apabila kita ingin makan, pasti timbul pula persoalan lain iaitu makanan jenis yang bagaimanakah yang sesuai untuk diambil. Hal ini disebabkan, makanan yang diambil akan mempengaruhi prestasi kita. Artikel kali ini akan membincangkan serba sedikit tentang waktu dan jenis makanan yang harus diambil apabila kita ingin bersenam.
WAKTU
Waktu anda bersenam memainkan peranan penting kerana ia menentukan makanan yang bagaimanakah harus anda ambil sebelum atau selepas senaman. Kebiasaannya, makanan yang diambil selepas senaman adalah sama. 

Anda memerlukan makanan yang mengandungi protein seperti telur rebus dan segelas susu coklat kerana ia penting untuk pemulihan dan pertumbuhan otot badan anda. Kuantiti protein yang perlu diambil pula tidaklah terlalu banyak. Hanya dalam sekitar 10-20 gram sahaja. Dan ia boleh diambil sebaik sahaja anda selesai bersenam.


JENIS MAKANAN
Jadi, bagi menentukan makanan yang perlu diambil sebelum bersenam, anda perlu melihat waktu bila anda ingin memulakan senaman;
i. Pagi – Sekiranya anda ingin memulakan senaman di waktu awal pagi, maka anda memerlukan makanan yang kandungan karbohidratnya tinggi. Makanan seperti bijirin, roti dan sayuran segar adalah contoh yang sangat sesuai. Hindari makanan yang mengandungi fiber dan fruktosa yang tinggi seperti buah kerana boleh menyebabkan anda mengalami cirit-birit selepas bersenam. Akan tetapi, sekiranya anda bersenam selepas mengambil sarapan yang berat, pastikan jarak masa antara sarapan dan senaman anda dalam 2-3 jam. Ini untuk mengelakkan anda daripada mengalami kekejangan, sakit perut dan juga cirit-birit.


ii. Tengah hari – Apabila anda memilih untuk bersenam pada waktu tengah hari (1:00-3:00pm), anda tidak perlu mengambil sebarang makanan selagi mana anda sudah bersarapan ataupun makan tengah hari. Mungkin anda hanya perlu minum sedikit air untuk mengelakkan tubuh anda dari terhidrat.


iii. Petang – Jika anda bersenam lewat petang, makanan ringan seperti yogurt, ataupun roti sudah memadai. Ini kerana jarak senaman anda dari waktu makan tengah hari sudah agak jauh. Jadi anda memerlukan makanan dari karbohidrat untuk membekalkan tenaga.


iv. Malam – Bagi yang suka bersenam pada waktu malam, sekiranya anda bersenam selepas makan malam maka anda perlu jarakkan masa antara waktu makan dan senaman bergantung pada makanan yang anda ambil. Jika anda mengambil terlalu banyak makanan atau makanan yang berat, maka anda memerlukan masa yang lebih lama sebelum memulakan senaman.

Kesimpulannya, makan sebelum atau selepas bersenam, kedua-duanya mempengaruhi prestasi senaman dan prestasi tubuh badan anda berfungsi. Ingat! Jangan bersenam dalam kadar yang segera selepas mengambil makanan yang berat atau dalam kuantiti yang banyak. Minum banyak air dan jalani kehidupan yang sihat!



sumber

TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

Sunday, 29 December 2013

SEGMEN: JOM BLOGWALKING .

http://deenos.blogspot.com/2013/12/segmen-jom-blogwalking.html


Nak join? sila klik banner k. hehe. 


 Hadiah : RM50 x 3

tarikh tamat segmen pada 10 Januari 2014, 11.59pm

MAYAT PELAJAR U SINGAPURA DITEMUI MATI !


KUALA KRAI, (Bernama) -- Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.  

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong. 
Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ.  

Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa.  

Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.  

Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. 

sumber

Friday, 27 December 2013

Giveaway : VIRTUALMALAYSIA.COM PROMOTES VMY2014

Salam,


VirtualMalaysia.com dengan baik hatinya, nak bagi hadiah banyak untuk promote diorang punya website yang juga merupakan website yang boleh dirujuk/dipercayai untuk tourist/travel sempena Visit Malaysia 2014! Jom usha Hadiah dulu ye! Jumlah hadiah adalah 26 dan Pemenang yang terpilih seramai 26 orang!

1. VM merchandise (T-shirt/Payung/Mug) + RM10 mobile top up = 3x

2. Payung Virtual Malaysia = 3x
3. T-Shirt Virtual Malaysia = 3x
4. Mug Virtual Malaysia = 3x
5. Long Chiffon Skirt (Yellow) = 1x
6. Long Chiffon Skirt (Blue) = 1x
7. Long Chiffon Skirt (Red) = 1x
8. 5 keping Voucher 10% Cupcake Lily Cafe = 10x
9. Shawl (Handmade by Salju) = 1x

Jom tengok gambar-gambar hadiah, kalau bagi list je, xde la excited sangat kan? Hehehe











Okay tak hadiah? Ni baru first give away taw, next time diorang akan offer hadiah lagi masyuk! hehehe.

Nak join? Clik link dibawah! :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/giveaway-virtualmalaysiacom-promotes_27.html

Hehehe . Simple jeee. Cepat join ramai-ramai! ajak kawan-kawan :)


Contest End : 31th December 2013! 


*Entry pilihan saya? Semestinya saya fokuskan entry yang berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kota Kinabalu Sabah sebab saya nak bandar Kota Kinabalu ni semakin dikenali dimata dunia. hehe. Salah 1 tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara ni adalah http://www.virtualmalaysia.com/filipino-market-kota-kinabalu-art-food-mingle/ Kat situ bermacam-macam barangan diorang jual. Banyak pilihan. Yang nak melancong ke Sabah tahun depan tu, sesuailah klik link tu ye untuk mengetahui jenis-jenis makanan atau barangan yang dijual. hikhik 

NASIHAT DARI SAUDARA HILAL ASYRAF!


Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu kawan-kawan ^_^. Saya nak share pesanan/nasihat dari abang Hilal Asyraf ni. Sangat sesuai lah untuk semua manusia dibumi Malaysia ni dari yang kecil, miskin sehingga lah ke pangkat ORANG KAYA. haha.

Taknak type panjang-panjang. Mehh baca kat bawah ni:
Saya ada seorang Sheikh di Jordan yang sangat saya kasihi. Namanya Dr Sa'eed Bawa'anah. Saya belajar mata pelajaran hadith dengan beliau.

Dia seorang yang baik. Sopan. Lemah lembut. Kemas. Dia antara yang membantu saya menyiapkan hujah kala berdiskusi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad seputar isu hudud pada tahun 2012.

Selepas saya tamat belajar di Jordan, berlaku kenaikan harga barang yang agak tinggi, bermula dengan kenaikan harga minyak. Rakan saya yang masih belajar di Jordan menceritakan bahawa selepas peristiwa yang menekan rakyat itu berlaku, Sheikh Sa'eed Bawa'anah telah menjadi khatib Jumaat.

Di dalam khutbah beliau, Dr Sa'eed menasihatkan rakyat:

"Kita kena positif dengan apa yang berlaku. Setiap musibah ada hikmahnya. Dan kenaikan harga minyak ini akan membuatkan anak muda tidak lagi berkeliaran melakukan perkara sia-sia." Lebih kurang begitu antara yang beliau sebut.

Di tengah khutbah beliau, orang bangun dan memarahi statement beliau tersebut. Keadaan dikatakan hampir tidak terkawal kerana ramai yang marah dengan khutbah beliau. Hingga akhirnya Dr Sa'eed terpaksa memendekkan khutbah dan segera mendirikan Solat Jumaat.

Di Malaysia, perkara yang lebih kurang sama terjadi baru-baru ini.

Saya menghormati sheikh saya dan saya menghormati mereka yang jauh lebih tua daripada saya.

Tetapi apa yang saya boleh sebutkan dalam kedua-dua situasi mereka ialah, mereka naif.

Ya, memang ada yang hidup tak produktif, kerja tak bersungguh, suka habis masa buat benda sia-sia. Namun perlu diingat, bukan semua begitu. Ada di sana orang yang dah tak tahu dah nak jimat macam mana lagi, nak kerja keras yang macam mana lagi, nak positif yang tahap macam mana lagi. Dan bilangan mereka bukan sedikit.

Apa yang gagal dilihat ialah masalah yang lebih besar, iaitu keperluan urus tadbir yang baik daripada pihak kerajaan.

Kita tidak boleh naif, suruh rakyat pandang dari sudut positif dan pada masa yang sama rakyat terus menerima tekanan demi tekanan, dan yang menekan tidak menerima apa-apa teguran.

Rakyat dipaksa telan segala alasan seperti rasionalisasi subsidi, harga minyak sedunia memang tengah naik, tambang pengangkutan awam kita masih termurah, negara maju semua amal GST, macam-macam. Dipaksa positif dengan semua itu. Namun pada masa yang sama, pembaziran demi pembaziran, pemborosan demi pemborosan, ketirisan demi ketirisan, berlaku di tahap kepimpinan.

Ini yang rakyat marah dan tak boleh terima. Sebelum pilihanraya bukan main lagi rayu minta undi. Lepas pilihanraya, segala janji tinggal janji.

Kalau benar segala kenaikan harga ini perlu untuk masa hadapan negara, pemimpin kena tunjuk tauladannya. Kurangkan segala elaun menteri-menteri, kurangkan majlis keraian, kurangkan menganjur program tak bermanfaat dan sama-samalah dengan rakyat untuk berkorban demi masa hadapan negara. Bukan biar rakyat sahaja terkorban.

Ini yang sepatutnya sheikh saya, pakar motivasi dan orang agama nampak. Bukan naif, bila sesuatu terjadi, marhaen yang kena positif, marhaen yang kena redha itu ketetapan Allah dan sebagainya.

Marhaen dah terluka, lukanya pula besar, buat apa nak perah limau nipis pada luka tersebut? Limau nipis kalau buat air limau memang sedap, tapi kalau letak pada luka, sakitnya bukan kepalang. Harap faham analogi tersebut.

Kita kena keluar dari kenaifan ini.
Rawat luka masyarakat, dengan menyembuhkan 'penyakit sebenar' yang merosakkan semua ini.

Rakyat memerlukan figure yang boleh memberikan penyelesaian kepada masalah mereka, bukannya candu untuk mereka lupakan masalah sebenar yang mencengkam kehidupan mereka.

Secoret pandangan doif daripada saya yang hina.

Sumber

KEYWORDS NUFFNANG 27 DEC

Assalamualaikum. Nak share keywords dari Nuffnang untuk hari ini. hehe. Macam best ja nak share keywords ni kan. Tak nak cakap banyak, jom lah tengok k..


Okay itu ja yang saya nak share petang ni. hahaha. out~

ZIZAN GEMBIRA EMMA MAEMBONG BERTUDUNG

Pelakon dan pelawak Zizan Razak yang mempunyai hubungan rapat dengan pelakon cantik Emma Maembong mengakui bahawa dia berasa bangga dengan Emma kerana sudah berhijrah untuk terus bertudung.

Bagaimanapun, Zizan memberitahu yang tidak tidak pernah menyuruh Emma bertudung dan kehendak itu datang daripada dalam diri Emma sendiri.

“Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung.
Emma Maembong Bertudung Zizan
 “Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita” jelas Zizan.

Menurut Zizan, sebelum ini Emma sudah lama memberitahu niatnya untuk bertudung dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berubah. Tambah Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment lagi, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.

“Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!.

“Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak,” katanya.

sumber

Thursday, 26 December 2013

AMARAN ANGIN KENCANG & LAUT BERGELORA

AMARAN KATEGORI KETIGA.. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
 
Di Perairan Laut China Selatan


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM.
1. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013..

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3. AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
  •  Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak & Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.
  • Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
  •  Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor & Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.
  • Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN..

1. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak & Reef South dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3. AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH -Kemaskini :
  •  Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North, Palawan & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.
  • Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
  • Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Sabah (Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor & Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 
Dikemaskini pada 27 Disember 2013, jam 04:40AM

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT !

Mungkin ada di antara kita yang belum menyedari ataupun dah tahu tapi buat-buat tak tahu dan melengah-lengahkan masa untuk mengingatiNYA. Taknak cakap panjang, meh lah kita  perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat ini:
  • Dan perceraian banyak terjadi ويكثر الطلاق
  • Dan banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba) و الموت الفجاء
  • Dan banyak mushaf diberi hiasan (ornamen) و حلية المصاحف
  • Dan masjid-masjid dibangun megah-megah و زخرفت المساجد
  • Dan berbagai perjanjian dan transaksi dilanggar sepihak و نقضت العهود
  • Dan berbagai peralatan musik dimainkan و استعملت المأزف
  • Dan berbagai jenis khamr diminum manusia و شربت الخمور
  • Dan perzinaan dilakukan terang-terangan و فخش الزنا
  • Dan para pengkhianat dipercaya (diberi jabatan kepemimpinan) و اؤتمن الخائن
  • Dan orang yang amanah dianggap pengkhianat (penjahat/teroris) و خون الأمين
  • Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan) ظهور القلم
  • Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan تتقارب الأسواق
  • Penumpahan darah dianggap ringan استخفاف بالدم
  • Makan riba أكل الربا
Jadi kalau kita perhatikan, contoh-contoh di atas jelas sudah kita jumpai di zaman kita ni kan. Bahkan bila kita buka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan segera bergumam di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!” Hal ini akan selalu terjadi setiap habis kita baca satu hadits. Laa haula wa laa quwwata illa billah….

Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul seluruhnyaso maksudnya keadaani dunia sekarang ni berada di ambang menyambut kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Dan bila semua ini terjadi, maksudnya dalam waktu dekat kita semua sudah harus bersiap-siap untuk menyambut datangnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi ke tengah umat Islam. Hal ini menjadi selaras dengan isyarat yang diungkapakan Rasulullah SAW:
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kuasa dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Semoga kita lebih memperbaiki diri dari masa ke semasa dalam mengingatiNYA dalam apa jua keadaan dan dimana pun kita berada. In sha Allah. 

BELAJARLAH JADI ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF


Positive thinking doesn't mean that you keep your head in the sand and ignore life's less pleasant situations. Positive thinking just means that you approach the unpleasantness in a more positive and productive way. You think the best is going to happen, not the worst. 

Positive thinking often starts with self-talk. Self-talk is the endless stream of unspoken thoughts that run through your head every day. These automatic thoughts can be positive or negative. Some of your self-talk comes from logic and reason. Other self-talk may arise from misconceptions that you create because of lack of information. 

If the thoughts that run through your head are mostly negative, your outlook on life is more likely pessimistic. If your thoughts are mostly positive, you're likely an optimist — someone who practices positive thinking. 

Saya ada satu pepatah english: We don’t see things as they are, we see them as we are. So semua bergantung kepada cara kita berfikir dan apa yang berada dalam hati kita. Kalau buruk dihati dan cara berfikir, maka buruk jugaklah cara pandangan dan pemikiran kita kepada orang. Dan jika sebaliknya, maka baiklah hasilnya. As simple as that tapi kita merumitkan ia.

Wednesday, 25 December 2013

NEGATIVE PEOPLE PLEASE GO AWAY!

Assalamualaikum. Whatever course you decide upon, there is always someone to tell you that you are wrong. There are always difficulties arising, which tempt you to believe that your critics are right. To map out a course of action and follow it to an end requires courage.

Ada orang tu tak tahu lah terkena penyakit apa ntah. Asyik tak puas hati ja bila aku hapdet status dari UAI. Haha. Sebelum ni kat facebook dia kata aku ni macam ikan bilis okay malas nak layan. And dia add aku kat wechat okay aku accepted. Then bila aku hapdet status yang baik-baik dia kata aku berlagak baik walhal aku ni ada pengalaman lalu yang belum tentu baik! 


So what ? Kau ada ka masa aku susah dizaman silam aku? Kau tahu ka cerita kehidupan pahit manis sedih ketawa aku? Tak kan. Aku pun tak kenal kau so tak payah lah nak hangenn sangat bila aku hapdet status. asyik negatif ja pemikiran pompuan ni. ntah waras ntah tak.

Bila aku ada instagram, aku privatekan sebab taknak kena tgk oleh kaum lelaki. malu. haha. then dia sibuk-sibuk add aku. okay aku terima sebab aku dah mesej dia secara private bertanyakan apa yang dia tak puas hati. then dia tak puas hati sebab aku ni berkawan dengan bf dia. cemburu buta lah tu.ahaks :P

Walhal saya dah tak layan dah bf dia tu sebab hormati hubungan diorang. Dah lama tak layan bf dia tu. contact pun tak ada. Tapi yang peliknya bf dia tu add aku kat wechat tapi aku tak terima. kat insta pun aku taknak approve sebab taknak ada masalah.

Tapi sampai hari ini, rasanya ketidakpuasan hati dia kat aku tu masih ada lagi. Apa masalah dia aku pun tak tahu. At last aku ambil keputusan blocked ja kau dari tengok moments aku kat wechat tu. huh! Banyak sangat bunyi kau kan. so lepas aku blocked takyah bunyi lagi. harap kat fb pun kau tak bunyi lah k. haha.







Surround yourself with people who believe in you and believe in themselves, they will lift you higher and will be happy to see you grow. They will see you in your potentials and will see the good side of you.
out~

TIADA AMARAN TSUNAMI DI LAHAD DATU !







KOTA KINABALU, (Bernama) -- Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam. 

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa. 

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah. 
"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.  

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam. 

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami. 

sumber

CPUV TERKINI DARI NUFFNANG

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni nak kongsi CPUV dari pihak Nuffnang. Yang terbaru pun pada 21 Dicember hari tu. 22, 23, 24, 25, 26hb tak dapat. hikhik. Apapun Alhamdulillah. Terima Kasih pihak Nuffnang. Terima Kasih kawan-kawan bloggers yang sudi klik. thank you so much!

CPUV dari Nuffnang
 See, itu je CPUV yang ada kat blog saya buat masa ini. Yang still on going. hehe. Tak banyak mana pun sebenarnya. Tapi bersyukur dengan benda yang sedikit In sha Allah akan jadi banyak. 

Okay tu ja nak bagitahu. haahaha. tata titi tutuuuuu~

JENAKA USTAZ AZHAR IDRUS~

Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis kawan-kawan. Yang bercuti selamat bercuti ya. Now saya nak berkongsi lawak jenaka Ustaz Azhar Idrus disamping tazkirah untuk hari ini.. Ada manusia yang jarang and tak pernah langsung dengar tazkirah kan dalam sehari. So apa kata hari ni kita baca sedikit pesanan pesanan dari Ustaz UAI ni. Bukan saja berunsur jenaka tapi juga serius dan boleh menambah Ilmu pengetahuan kita. hihiii. Lihat dan baca gambar dibawah:

Bolehkah memberi mas kawin dengan senaskah Al-Quran?


perempuan wajib tutup aurat kecuali belum akil baligh. ekekeke


Ilmu akhirat kena upgrade jugak nohh


Wajib mencari dan menuntut Ilmu Agama yang betul dijalanNya


Manusia akhir zaman

Semoga bermanfaat untuk kita semua manusia Akhir zaman ni.

Tuesday, 17 December 2013

KEMALANGAN!!



Assalamualaikum. Selamat Pagi kawan-kawan. Ni cerita berlaku dua hari yang lepas. Masa tu saya dan ayah nak ke kompleks Karamunsing untuk menghantar laptop ke kedai. Nak install semua adobe kat lappy ni.

Then apabila ayah bagi signal untuk masuk ke simpang kiri ke kompleks itu, tiba-tiba motor dari arah belakang dengan laju merempuh kereta ayah dari tepi. Dan side mirror kereta ayah terbang.

Masa tu memang terkejuttt bapakkk lah sebab masa kitorang nak masuk simpang tu, kitorang tak nampak pun ada motor kat tepi. Rupa rupanya, motor tu dari arah tepi bas besar. Ofcoz lah kitorang tak nampak. Pakai baju pun warna hitam. Then kejadian tu berlaku lebih kurang pada jam 7 lebih malam.

Masa tu, ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya ialah, "paaaaaaaaaaaaaaa!!" Dan saya tengok penunggan dan pembonceng motor tu dah terpelanting ke hadapan. Ya Allah, masa tu saya dah tak fikir apa. Saya hanya fikir nyawa dua orang lelaki tu dan juga fikir ayah saya. 

Saya terus keluar dari kereta sebab saya tengok masa tu lelaki yg sorang tu dah maju ke arah kami dengan muka yang sangat marah. Saya turun dan minta maaf and tolong bangunkan dan tolak motor diorang ke arah tepi. Ayah pula, membantu mangsa yang seorang tu. 

Yang seorang tu dah marah sangat tapi yang sorang lagi tenang Alhamdulillah walaupun dia yang cedera. Tapi saya bersyukur sebab mereka tak cedera parah. Hanya luka kecil dibahagian pinggang dan sorang lagi luka dibahagian kaki sebab terseret. Saya cuba menenangkan lelaki yang sorang tu sebab kami sangat sangat tak sengaja dan kami memang tak nampak diorang. Konduktor bas pulak kata, kalau ikut betul ayah memang tak salah sebab ayah memang dah masuk ke arah simpang tu. Mangsa yang tiba-tiba muncul dari arah belakang bas besar.

Tapi ayah dan saya taknak panjangkan cerita. Saya bagitahu kat diorang, kami akan bertanggungjawab dengan luka luka dibadan kamu. Kami akan bawa kamu ke hospital. Kami akan bayar kos rawatan kamu di hospital. Tapi lelaki yang sorang tu langsung tak layan apa kitorang ckp. Yang sorang lagi kata, "tak apa tak apa. Ini cuma luka kecil. Nanti okay lah ni." Dan saya nak kepastian, saya tanya sekali lagi, dan jawapan yang sama juga saya terima.

Ayah taknak tanya tentang lesen or what. Just fikir tentang nyawa dan keselamatan mereka ja masa tu. huhuhu. At last, kami minta maaf sebab kami pun tak tau benda ni akan berlaku. then ayah hulurkan duit kat diorang untuk beli ubat dan barang-barang yang rosak.

Alhamdulillah benda tu setel disitu saja. Saya bersyukur sebab tak ada kemalangan jiwa. 

Sunday, 15 December 2013

IM WORRIED~~


Assalamualaikum. Selamat berhari Isnin kawan kawan. Ada tak yang dalam mud monday blues hari ni? ekeke. Saya pulak tak tahu dalam mud monday blues or tidak. Tapi apa yang pasti dalam mud kerisauan yang sangat menebal.

Risau sebab tak tahu nak buat web page menggunakan nested frame. zzZzz~ Dah try dah tapi tak jadi. hahaha. Stress! Jumaat ni dah nak kena hantar pulak tu. Hari ni dan esok kena lebih struggle lah untuk siapkan web page tu.

Ada tak sesiapa yang tahu nak buat web page menggunakan nested frame macam mana? Kalau ada sila share dengan saya ye. Sebab sangat sangat memerlukan bantuan korang ni.

Okay lah tu ja nak bagitahu. out~

Friday, 13 December 2013

ENTRY DI PETANG HARI JUMAAT~

Assalamualaikum. Selamat Petang kawan-kawan. Kat tempat y'all hujan tak? Kat sini hujan lah. Tapi Alhamdulillah nikmat. Tak ada apa pun sebenarnya nak hapdet petang petang macam ni. Just nak share keywords and CPUV dari Nuffnang ja. hhehehe.

Hari ni keywords kat blog lebih sikit lah. Mehh tengok kat sini.

keywords Nuffnang di blog fifiy-fitrianiee.blogspot.com
Ramai jugak lah ye yang mencari produk-produk Hai-O ni. Antaranya, Minuman BB plus collagen, Sabun dan syampu Marine Essence and Bio-ever Nano cream. Sebelum ni memang ada share kat entry yang lepas tentang produk-produk tu. Alhamdulillah ada jugak yang mesej nak order. Rezeki datang tiba-tiba. Syukur Alhamdulillah.

Lepas ni In sha Allah I share senarai harga kat y'all pulak k. Mana tahu ada yang berkenan nak order kannnnn? hihi. Okay next, CPUV dari Nuffnang pulak. Sebenarnya saya tak ada lagi CPUV yang terbaru. Tpi bersyukur sebab masih ada lagi CPUV yang ON GOING. Jom tengok kat bawah.



Bagi yang setia berkunjung ke blog saya tu, teruskanlah kunjungan anda ye and boleh klik nuff saya sekali. Yaa sekali ja kalau tak mampu nak klik berkali-kali. Ahaha! Sayang kawan-kawan bloggers ! Yang berkunjung tu jangan lupa tinggalkan jejak anda sebab saya akan balas kunjungan anda semula. Terima Kasih.  ahaa~

Thursday, 12 December 2013

YANA SAMSUDIN NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK


Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin menafikan dakwaan sesetengah peminat yang mengatakan dia telah membuat pembedahan plastik selepas melihat ada perubahan di wajahnya ketika menghadiri Anugerah Skrin 2013 baru-baru ini.

Jelas aktres berusia 28 tahun itu, perubahan wajah dan penurunan berat badannya  adalah disebabkan baru pulang menjalani penggambaran program realiti "Fear Factor" di Afrika Selatan bulan lalu yang meyaksikan penurunan empat kilogram selepas melakukan pelbagai aktiviti lasak.


Malah jelas Yana yang pernah berduet bersama Shaheizy Sam menerusi lagu "Begini Caranya" ini turut menegaskan  hidungnya yang kelihatan lebih mancung  adalah hasil daripada solekan dan bukannya disebabkan pembedahan plastik.


Tambah pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini, dia tidak menyorok atau melarikan diri daripada sesiapa sebaliknya sedang berehat seketika daripada melakukan aktiviti seni.

"Saya bukan melarikan diri atau bersembunyi. Saya ada saja muncul dan tak pernah gagal menghadiri majlis-majlis hiburan. Cuma saya berehat seketika daripada penggambaran buat masa ini," ujarnya seperti dipetik dari Harian Metro.


Sebelum ini,menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, ramai peminat telah memberi komen merasakan wajah Yana semakin pelik, tua dan tidak comel seperti dulu.



sumber.

Wednesday, 11 December 2013

MORNING MALAYSIA~~

Assalamualaikum.. Gud morning everyone. Have a lovely day and please be positive. Thin positive and do the posisitve things. jangan give up yeahh *kata-kata semangat untuk diri sendiri jugak sebenarnya* hahahaha. 



Okay sayang sayang semua. Thats all from my entry this morning. OUT nak ke class. see u soon~

LIFE~

Tuesday, 10 December 2013

PERSONAL PAGE GUNA NESTED FRAME?

Assalamualaikum. Wowwww kat tempat saya dah hujan lebat lah sekarang ni. Kelmarin tak pulak.. Mudah-mudahan tak dok gapo yg jadi.

Straight to the point ja lah k. Sebenarnya saya ada final assignment untuk subjek Creative Web Design. Kena suruh buat personal page guna nested frame. Ada tak yang tahu macam mana nak buat personal pae menggunakan Nested Frame? Tak boleh

Monday, 9 December 2013

EARNING 8SHARE SAYA~~


Assalamualaikum. Alahaii~ Apa dah jadi dengan earning 8share saya ni tak bertambah-tambah setelah sekian lama. Sedihnyeeeee~

Ada tak yang sudi bantu untuk tambahkan earning 8share saya? ekeke. Sikit aje lagi tu. Nak jugak merasa cashout. Dah lama tak share dengan kawan-kawan ni.

I love blogging .
kenapa saya suka blogging?
 Perlu ke saya bagitahu kamu? .
kalau bagitahu pun, ada ke yang nak kisah?
  Ehh betulke ni nak tahu?
 Yalah-yalahh. jap I bagitahu .
Taraaaaa... selesai pun.. 
Yezzaaaa selesai. Silakan lah klik pada soalan-soalan diatas tu okay. Then lepas tu sila bagitahu kat kotak komen. Thank you kawan-kawan :)

Sunday, 8 December 2013

KEYWORDS & CPUV NUFFNANG.

Assalamualaikum. Tak tahu nak hapdet apa. So mehh lah I bagi tengok kawan-kawan keywords yang dicari untuk pagi ini. ekekke. Jom tengok kat bawah ni:

keywords 9 dicember 2013

Yang gambar kedua dibawah ni pulak adalah CPUV blog saya yang masih on going. hehe. Kalau rasa-rasa nak klik tu, klik ja k. In sha Allah esok bila dapat login balik, I will click yours. Tak banyak pun CPUV ni. Yang latest pun 5hb ja. Now dah 9hb kan. So dah  hari tak ada CPUV. sobssss :( 
Apapun, thanks kawan-kawan semua thanks Nuffnang. Love uolls lah macam ni. muehehe

earning yang masih on going.

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour

TENGKU PUAN PAHANG JELMAAN PUTERI DIANA??




Pasti anda semua setuju apabila saya katakan bahawa Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan ikon permaisuri berjiwa rakyat.
Pernahkah anda melihat seorang kerabat diraja menyinsing lengan, memasak di kawah bersama rakyat? Bukan itu sahaja, malah tidak memohon sebarang layanan eksklusif, turut sama makan perkara sama seperti yang dijamukan kepada rakyat.

Apabila melihat Tengku Puan Pahang turut sama turun padang membantu mangsa banjir baru-baru ini, seakan melihat bayangan mendiang Puteri Diana yang cukup terkenal dengan sifat pentingkan rakyat.

Apa lagi persamaan mereka berdua? Mari kita lihat bersama.

Cantik semulajadi
Memang diakui Tengku Puan Pahang dan mendiang Puteri Diana dua-duanya jelita, namun yang menjadikan mereka lebih cantik adalah hati mereka dan simplicity yang ditampilkan. Mana nak cari wanita bertaraf tinggi yang rendah diri sebegini? Untung sungguh Tengku Mahkota dan sesiapa yang berpeluang mengenali Tengku Puan Pahang.

Pentingkan anak dan keluarga
Ingat lagi zaman Putera William dan Putera Harry kecil lagi? Mendiang Lady Di begitu menjaga kedua anak bujang beliau dan melindungi mereka daripada dunia luar dan paparazzi. Malah beliau cukup terkenal dengan cara mendidik anak beliau agar berjiwa rakyat dan jangan begitu dimanjakan istana. Sama seperti Tengku Puan Pahang, yang bijak mendidik anak-anak beliau. Putera sulung beliau, Tengku Amir Nasser dilihat turut sama turun padang baru-baru ini, bersama adik-adik beliau membantu bonda masak dan bergotong-royong bersama mangsa banjir.

Semoga kita semua boleh ambil iktibar daripada Tengku Puan Pahang. Di samping itu, jangan lupa hulurkan bantuan dan doa untuk kaum keluarga dan sahabat yang menempuh banjir.
 


sumber

Thursday, 5 December 2013

MAYAT LELAKI DITEMUI TERSANDAR DI POKOK GEORGETOWN

Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui tersandar pada sebatang pokok di tepi Jalan Tun Dr Awang di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata, polis menerima panggilan mengenai mayat lelaki yang memakai seluar slack hitam dan kemeja berjalur itu, pada pukul 5.43 pagi.  

"Tiada kesan kecederaan luaran ditemui pada mayat lelaki itu dan beliau dipercayai telah meninggal dunia kurang daripada 12 jam," menurutnya dalam kenyataan di sini.  

Mohd Hatta berkata, lelaki berkenaan tinggi lampai dan berkulit gelap. Justeru, orang ramai atau waris yang kehilangan anggota keluarga yang mempunyai ciri fizikal sebegitu dinasihatkan membuat laporan di balai polis berdekatan, katanya.  

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut, katanya. 


Contest SEO Eridy

Assalamualaikum. Sementara masih kat lab ni eloklah juga bila joined contest SEO Eridy ni. Sebab banyak sangat manfaatnya.

Yalah saya ni blogger semata-mata nak menulis sahaja. hihihi. Mnalah tahu kan hasil joined contest ni I dapat menaikkan pengunjung blog ni kan. Tak gitu? hihihihi. Tak mengharap akan menang pun sebab dah tahu syaa tak pemes. Orang tak kenal pun blog ni.

Tapi apa yang lebih penting, saya joined untuk manfaat blog saya jugak and untuk support bro Eridy. hehehe. Hopefully dapat faedah daripada contest ni. kannn~ 

Hadiah untuk bakal pemenang adalah :
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Yang nak join, meh lah join. Just klik link ini k ?
Tamat : 30.12.13

AM TIRED



Assalamualaikum dan selamat petang. Fuhh. Finally segala layout I dah siap. Penat memang pemnat tapi pengalaman dan ilmu yang saya dapat sangat berguna. hehehe.

Lepas ni saya perlu siapkan final project untuk subjek  Creative Web Design lagi. Arghh ! Malasnya nak bermain dengan coding. huhu. Nested frame pulak tu. siapa tahu camna nak buat personal page in nested frame? Only in nested frame okay !! Saya ulangi ! Nested frame sahaja !

Kot-2 lah ada yang tahu kan. Boleh sharing dengan saya sebab saya kena buat personal page menggunakan nested frame tu. huhu.

Okay lah. Taknak cakap banyak. Alhamdulillah am happy sebab am done doing my layout. Next week kena presentation pulak. grr~ Tak sabar nak cuti. jyeahhh ! Out

Tuesday, 3 December 2013

BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.

Berita baik untuk semua blogger Malaysia!



Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!




Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)


Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :



3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]


4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIKE TERBANYAK akan dikira pemenang. Kira adil bukan? ^_^





JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.



Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.