Tuesday, 31 December 2013

# MyLauchpad

KERUGIAN 7 JUTA AKIBAT BANJIR?

KUANTAN, (Bernama) -- Banjir baru-baru ini mengakibatkan sebanyak 41 buah sekolah di enam daerah di Pahang mengalami kerosakan membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM7 juta.  

Pengarah Pelajaran Pahang Mohd Rosdi Ismail yang mendedahkan perkara itu berkata jumlah kerosakan buku teks di sekolah berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM30,000. 
Beliau mendedahkan butiran itu semasa memberikan taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang di Bandar Indera Mahkota dekat sini, hari ini.  

Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran tiba di sini untuk mendengar taklimat mengenai pasca banjir dan persediaan penggal persekolahan sesi 2014 di Pahang, di sini hari ini. 
Mohd Rosdi berkata sebanyak 16 buah di Kuantan terjejas oleh banjir itu di samping tiga buah sekolah di Jerantut , Bera (lima), Maran (tiga), Pekan (tujuh) dan Temerloh (tujuh).  

Katanya JPN akan memastikan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memantau peralatan persekolahan cukup di sekolah yang terjejas dan buku teks baharu diterima sebelum sekolah dibuka Khamis ini. 

Selepas sesi taklimat selama sejam itu, Muhyiddin melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak dan SK Tanah Putih Baru dekat sini bagi meninjau keadaan sekolah tersebut yang dilanda banjir baru-baru ini. 

SUMBER

1 comment:

Dzureen Darwis said...

Harap-harap tak teruk sangat ek. BTW, jom join http://dzureendarwis.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-blog-list-2014.html