Tuesday, 3 December 2013

Lana Nordin: Johan Dah Beri Syarat No More Short Skirt!





KUALA LUMPUR, 3 DIS 2013: Meskipun, pasangan selebriti Johan As’ari dan Lana Nordin sudah mengesahkan yang mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius, namun pelakon wanita itu akui masih dalam proses untuk memperbaiki diri bagi menambat hati ibu kekasihnya.

Lana Nordin berkata Johan sentiasa membimbing dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik, malah untuk permulaan kekasihnya itu melarangnya untuk memakai skirt pendek seperti sebelum ini.
“Kalau saya nak bertudung, kerana Allah. Bukan kerana Johan dan dia juga tidak memaksa. Tapi kalau saya dah berkahwin, kalau suami saya suruh saya bertudung, saya akan pakai sebab dosa saya suami saya yang tanggung.

“Tapi Johan ada bagi syarat kat saya, dia kata selepas ini no more short skirt (tiada lagi skirt pendek). Saya kata saya terima dan saya setuju dengan syarat itu. Insya Allah, perlahan-lahan saya cuba berubah. Saya rasa tak ada masalah,” katanya kepada murai.com.my
Hujung minggu lalu, pasangan ini mengejutkan industri hiburan tanah air apabila Johan membuat pengakuan sudah melamar Lana untuk menjadi isterinya.

Menurut Lana lagi, dia percaya Johan merupakan satu-satunya lelaki yang serius untuk memperisterikannya kerana sudah menunjukan kesungguhan terhadapnya “Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya. 

"Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah,” jelasnya lagi.

SUMBER..

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.