Thursday, 5 December 2013

MAYAT LELAKI DITEMUI TERSANDAR DI POKOK GEORGETOWN

Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui tersandar pada sebatang pokok di tepi Jalan Tun Dr Awang di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata, polis menerima panggilan mengenai mayat lelaki yang memakai seluar slack hitam dan kemeja berjalur itu, pada pukul 5.43 pagi.  

"Tiada kesan kecederaan luaran ditemui pada mayat lelaki itu dan beliau dipercayai telah meninggal dunia kurang daripada 12 jam," menurutnya dalam kenyataan di sini.  

Mohd Hatta berkata, lelaki berkenaan tinggi lampai dan berkulit gelap. Justeru, orang ramai atau waris yang kehilangan anggota keluarga yang mempunyai ciri fizikal sebegitu dinasihatkan membuat laporan di balai polis berdekatan, katanya.  

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut, katanya. 


No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.