Sunday, 8 December 2013

TENGKU PUAN PAHANG JELMAAN PUTERI DIANA??




Pasti anda semua setuju apabila saya katakan bahawa Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan ikon permaisuri berjiwa rakyat.
Pernahkah anda melihat seorang kerabat diraja menyinsing lengan, memasak di kawah bersama rakyat? Bukan itu sahaja, malah tidak memohon sebarang layanan eksklusif, turut sama makan perkara sama seperti yang dijamukan kepada rakyat.

Apabila melihat Tengku Puan Pahang turut sama turun padang membantu mangsa banjir baru-baru ini, seakan melihat bayangan mendiang Puteri Diana yang cukup terkenal dengan sifat pentingkan rakyat.

Apa lagi persamaan mereka berdua? Mari kita lihat bersama.

Cantik semulajadi
Memang diakui Tengku Puan Pahang dan mendiang Puteri Diana dua-duanya jelita, namun yang menjadikan mereka lebih cantik adalah hati mereka dan simplicity yang ditampilkan. Mana nak cari wanita bertaraf tinggi yang rendah diri sebegini? Untung sungguh Tengku Mahkota dan sesiapa yang berpeluang mengenali Tengku Puan Pahang.

Pentingkan anak dan keluarga
Ingat lagi zaman Putera William dan Putera Harry kecil lagi? Mendiang Lady Di begitu menjaga kedua anak bujang beliau dan melindungi mereka daripada dunia luar dan paparazzi. Malah beliau cukup terkenal dengan cara mendidik anak beliau agar berjiwa rakyat dan jangan begitu dimanjakan istana. Sama seperti Tengku Puan Pahang, yang bijak mendidik anak-anak beliau. Putera sulung beliau, Tengku Amir Nasser dilihat turut sama turun padang baru-baru ini, bersama adik-adik beliau membantu bonda masak dan bergotong-royong bersama mangsa banjir.

Semoga kita semua boleh ambil iktibar daripada Tengku Puan Pahang. Di samping itu, jangan lupa hulurkan bantuan dan doa untuk kaum keluarga dan sahabat yang menempuh banjir.
 


sumber

1 comment:

TelingaBulat said...

sifat mcm ni la yg ptt dipupuk org warga istana..baru mesre rakyat

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.