Thursday, 9 January 2014

20 ADAB MAKAN & MINUM MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH

Assalamualaikum. Sebentar tadi, saya baru sahaja berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang sunnah Rasulullah SAW ketika minum. Dan ini pula saya kongsikan tentang 20 Adab dan Sunnah Rasulullah berdiet so meh lah kita baca. 

Jangan malas sangat nak baca benda ilmu-ilmu akhirat macam ni.. Selalu baca surat khabar berita Harian 42 muka surat sanggup je kan.. Utusan 46 muka surat dan Metro 52 muka surat tu sanggup baca sampai habis kan? hahaha. so yang ni ada 20 sahaja. Jemputlah baca. Paksa diri !!

Mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Sunnah yang dapat membentuk keintiman dan keharmonian didalam rumahtagga dan keluarga kita. Insya-allah.


1. MEMBASUH TANGAN

Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)
Satu lagi hadis menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”

2. MEMBACA BISMILLAH

Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim).. Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.


3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN

Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)


4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)
6. TIDAK TONGKAT TANGAN.

Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)..
Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.

Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.

7. TIDAK MENCELA MAKANAN.

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari).
8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN.

Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH.

Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim).

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN

Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi).


11. TIDAK MAKAN BANYAK.

Nabi SAW bersabda:
“Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari).


12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP.

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:
“Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.” (HR Ibnu Maajah)..

13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”

Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:
“… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari). Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI.

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda:
 “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)
Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari).

15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT.

Hadis menyebut:
“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)..


16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN.

Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN.

Nabi SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi). Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN.

Hadis menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang Arab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.” (HR Bukhari dan Muslim).

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR.

Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim).


20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK.

Hadis menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)..

Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan. Wallahu a’lam

semoga bermanfaat dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita demi kesihatan bukan sahaja untuk kehidupan didunia tetapi juga akan mendapat pahala sehingga kematian kita. In sha Allah..

1 comment:

Norhasniza Khalid said...

entri bermanafaat... terima kasih atas perkongsian hebat ini..

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.