Monday, 20 January 2014

EXCIDENT LAGI...

Assalamualaikum. Selamat petang warga bloggers.. Entry kali ni saya nak menceritakan tentang kejadian semalam dimana sekali lagi kami terlibat dengan kemalangan. Memang teruk jugak lah bahagian hadapan kereta remuk..

yang ni sumber dari google sahaja
 Nampak kan gambar kat atas ni? Haaa lebih kurang macam tu lah remuknya kereta saya. Tapi saya bersyukur kerana Allah selamatkan nyawa dan tiada apa berlaku kerana kereta saya mempunyai beg udara. Mungkin jika beg udara tu tiada, adik saya dah terhempas teruk ke depan sebab melanggar besi penghadang jalan.

Dan kami di saman RM200 sebab langgar besi tu. huhu. Dan now kereta dah masuk bengkel. Alhamdulillah nasiblah ada insuran kereta tapi lupa dah apa nama insuran apa yang kitorang ambil. Bulan 12 tahun lalu pun baru ja kemalangan. nak baca entry tersebut, ada disini --> kemalangan melibatkan kereta dan motor.. 

Yang pasti, saya tak nak mengeluh bila kejadian macam ni menimpa keluarga sebab saya tahu, Allah dah rancang semua ni. Semalam memang agak kencang jugak degupan jantung ni, tapi Alhamdulillah, saya cuba tenangkan diri sendiri dengan istighfar dan mengucap serta yakinkan diri bahawa setiap qada' dan qadar dari NYA itu tidak lain tidak bukan untuk mendidik, mengajar serta menyedarkan hamba-hambaNya yang sering kali lupa dan lalai.

So, berhati-hati dijalan raya. sebelum melangkahkan kaki kluar umah, pastikan membaca doa keluar rumah dan naik kenderaan pun wajib baca doa tau.. Kita ingat DIA, DIA akan ingat kita..

4 comments:

Teena Tna said...

Alhamdulillah, tak berlaku kemalangan jiwa. Alhamdulillah juga Allah masih beri kita kesempatan untuk bernafas :)

Hati2 ye :)

ct cheery said...

kete tu xpe yg penting alhamdulillah fify selamat...

Abak Lorong Cinta said...

Alhamdulillah.. sama2 bhtai-hati.. :D

Ida Yuni said...

YaAllah....ngeri klu dgr bab2 xcident ni..Alhamdulillah fify skluarga slmt..

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.