Tuesday, 21 January 2014

# artis # Artis & selebriti

ISU BERCUMBUAN: ZIZAN NAFI..


Pelawak Zizan Razak enggan mengiyakan atau menafikan tentang gosip bahawa dia dan aktres Emma Maembong telah dilihat bercumbuan dalam kapal terbang sewaktu ke Los Angeles baru-baru ini.

"Apa yang dilihat itu mungkin ya atau mungkin tidak kerana memang saya duduk bersebelahan dengan Emma. 

"Saya juga rasa mungkin keakraban saya dan Emma yang sesekali ada juga bertepuk bertampar itu disalah tafsir," kata pelawak Zizan Razak apabila diminta mengulas mengenai gosip dari sebuah akbar tersebut.

Zizan yang membaca mengenai gosip itu menganggap ianya sebagai dugaan yang perlu diterimanya sebagai seorang artis.
"Kelakar juga bila gosip ini keluar kerana secara logiknya tak mungkin saya boleh berbuat demikian kerana bukan kami berdua sahaja ke sana. Malah kami bersama pengurus saya dan staff yang lain.

"Tapi tak mengapa, saya anggap ini dugaan yang saya perlu lalui," jelasnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Emma yang kini tidak dapat diselindunginya lagi, Zizan akui sedang mengenali hati budi pelakon kacukan itu dan keluarganya.

"Sebenarnya kami memang rapat dan sekarang saya baru sahaja dalam proses mengenali hati budinya dan keluarganya juga,"luahnya lagi.
Zizan kini sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bersama Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan ramai lagi di sekitar lembah Klang.

1 comment:

TelingaBulat said...

thakns for sharing ;)