Thursday, 9 January 2014

KERAJAAN BELUM BUAT KEPUTUSAN KENAIKAN TOL !

RAWANG, (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol lebuh raya tahun ini.  

Beliau berkata sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas perbincangan makmal dijalankan secara mendalam yang antara lain bertujuan mencari kaedah terbaik untuk mengurangkan beban pengguna. 

"Tunggulah masanya...jangan hanya fikir macam seolah-olah kerajaan langsung tak sensitif terhadap masalah rakyat," katanya ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Plaza Tol Sungai Buaya dekat sini hari ini. 

Najib berkata kerajaan sememangnya sentiasa peka dan prihatin terhadap setiap permasalahan rakyat dan ia terbukti dengan penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013. 

Menurut perdana menteri, bagi tempoh 2008 hingga 2011 kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM459 juta, 2012 (RM329 juta) dan 2013 (RM343 juta) kepada syarikat konsesi pengendali lebuh raya berikutan penangguhan kenaikan tol.

SUMBER

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.