Wednesday, 22 January 2014

SHILA AMZAH MAHU TAWAN NEGARA APA PULA LEPAS NI...



Selepas berjaya mengembangkan karier seni muziknya di China, penyanyi tersohor, Shila Amzah akui merancang untuk menawan industri muzik di Korea Selatan pula.
 
Namun, Shila berkata itu hanya perancangan awal dan dia kini dalam persedian menguasai serba sedikit bahasa Korea.
"Sebenarnya dah lama saya simpan untuk untuk ke Korea tapi tak tahu lagi bila masanya itu. Yelah muzik K-Pop kini mengembang luas hampir ke serata dunia termasuk Malaysia, jadi apa salahnya saya mencuba nasib di sana pula.
"Namun saya tahu bukan mudah. Buat masa ini biarlah saya buat persiapan sebelum ke sana iaitu pertama sekali perlu belajar bahasanya dulu.

"Tapi apa-apa pun, biarlah perjuangan saya di China selesai dahulu," katanya kepada murai.com.my ketika dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihak Warner Music Malaysia baru-baru ini.
Sementara itu, Shila turut berkongsi tidak lama lagi sebuah konsert solo impiannya bakal direalisasikan.

"Alhamdulillah, akhirnya impian saya beraksi di pentas konsert besar bakal menjadi kenyataan dan berharap sambutan akan mencapai tahap kami sasarkan.

"Lebih menggembirakan saya apabila saya mendapat penajaan penuh daripada syarikat koporat. Konsert ini dijangkakan akan memuatkan ramai penonton dalam skala yang besar iaitu dalam tiga hingga lima ribu.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan lagi lokasi dan bila. Apa yang boleh saya beritahu ia akan berlangsung pada April ini. Apa-apa pun sebuah sidang media akan diadakan nanti,"jelasnya lagi.

Shila bersama tiga artis lain iaiti Azlan & The Typewriter serta dua band lain akab mewakili Malaysia ke Festival Muzik Cannes, Perancis pada 1 hingga 4 Ferbruari ini.

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.