Wednesday, 15 January 2014

Tak Sampai Dua Bulan, Bob Lokman Masuk Hospital Kali Kedua



Walaupun Bob Lokman kini telah meninggalkan dunia hiburan kerana memilih untuk berhijrah, namun dia tetap merupakan antara personaliti yang dikenali ramai dan mempunyai pengaruh yang tersendiri.
Bekas pengacara popular ini dahulunya seringkali tampil mengacarakan anugerah-anugerah besar seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) dan merupakan penulis lirik bagi lagu popular nyanyian Search iaitu Isabella.
Dalam masa tidak sampai dua bulan, Bob Lokman atau nama penuhnya Mohd Hakim Lokman telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan melibatkan jantung. Pertama kali dia dimasukkan ke Hospital Taiping pada awal Disember lalu dan baru-baru ini sekali lagi dia dikatakan ditahan di wad Hospital Sg Buloh kerana masalah yang sama.
Perkara ini telah dikongsi oleh sahabat Bob Lokman yang kini pendakwah bebas itu iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di Facebook miliknya dan memohon supaya orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pendakwah itu.
“Kesempatan setelah ceramah malam maulidurrasul, saat jam menghampiri tengah malam, bergegas ke Hospital Uitm Sg Buloh, bersama sepupu Yb Ust Nik Mohammad Abduh dan Ust Dr Riduan Mohd Nor menziarahi Saudara Bob Lokman, namanya pernah di puncak persada seni suatu ketika dahulu, doakan kesihatannya, ini kali kedua beliau memasuki hospital ini di CCU, setelah jantungnya lemah kembali.. saat ini doa kita sekali lagi ditagihkan.
Inilah kelebihan apabila menjadi selebriti atau pernah menjadi selebriti. Diharapkan dengan doa daripada orang ramai, Bob Lokman akan kembali sembuh dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.