Tuesday, 4 February 2014

CUAI NYA AKU..

Assalamualaikum. Fuh penatnya. Jalan kaki dari office then tunggu bas untuk ke kk and then sampai kk naik teksi pulak untuk balik ke rumah. Nasiblah tak jam sangat hari ni sebab masih ramai lagi yang bercuti. Rasanya start esok dah jam lah kot sebab esok orang dah mula bekerja. hehe.

 Alhamdulillah tambang teksi taklah mahal sangat. Dalam RM20 saja. Ingatkan RM20 untuk 1 kepala, rupanya RM20 untuk sekali jalan sampai ke rumah. Ada sesetengah teksi, dia akan cas RM20 untuk 1 kepala. So maksudnya, kalau 4 orang dah RM80. 

Tapi tadi RM20 ja so dah kira murah lah tu. Tapi yang tak bestnya tadi, boleh pulak handphone saya tinggal dalam teksi. Arghhh !! Stress memang stress. Ingatkan tercicir tengah jalan ke hape tadi. Tapi mustahil gak sebab saya ada jugak pegang handphone tu tadi. huhu..

Sampai rumah baru perasan handphone dah takda dalam poket. Pergghh ! Panik memang panik. Terus suruh adik kol number tu. Dapat kol tapi takda orang sambut. Saya dah mula pasrah..

Tapi selang beberapa minit.. Pakcik teksi tu pusing balik ke depan gate rumah and siap bunyikan hon kereta dia. Bila keluar tengok, terus terharu sebab baik sungguh pakcik tu balikkan handphone saya.. Saya serba salah dan saya nak bayar extra kat pacik teksi tu. Tapi tak sempat. Pacik tu dah berlalu pergi.

Korang nak tau tak handphone yang tinggal dalam teksi tu apa.. Ni haaa -,-

 Handphone lama ja pun tapi saya sayang sangat handphone ni. Tak mahal tapi ni handphone mewah bagi saya. huhu. Dan Alhamdulillah saya naik teksi pakcik yang sangat baik hati dan jujur. Sanggup beliau hantar semula handphone mewah ni ke rumah saya.. Semoga pakcik itu murah rezekinya, dan makin ramai yang akan naik teksinya dan kebaikannya akan kekal selamanya dan dicatat pertolongan itu sebagai salah 1 amalan terbaik.. Amin~

2 comments:

careno said...

Salam kenal dari sahabat KBBA Borneo...

Aisyah azizon said...

baiknya pak cik tu. may Allah bless him. bukan senang nak jumpa orang baik nowadays. =)

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.