Sunday, 2 February 2014

Gadis Berhijab Kesayangan Ramai di Instagram...


Sejuk mata memandang gaya fesyen dan telatah comel bersama anak kecil milik dua wanita jelita ini. Siapa yang saya maksudkan? Siapa lagi kalau bukan pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof dan Atita Haris. Tetapi bukan sekadar mereka berdua sahaja yang bijak menggayakan busana Muslimah dengan cita rasa moden, malah gadis-gadis berikut, Indah Novianti, Azura Liyana, Azwa Elena dan Shahila Amzah juga pintar memikat hati kami!

Atita Haris (@atitaharis)

Jika berdiri di sebelah gadis kesayangan Malaya, si Hanis Zalikha dah macam adik beradik kembar. Bezanya Atita Haris sudah beranak satu. Sekiranya anda juga gemar melihat telatah Instagram Atita Haris bersama anak dara comel beliau, Opi.

Vivy Yusof (@vivyyusof)

 

 
Supermom Vivy Yusof mesti menduduki senarai kami. Sejak berhijab, Vivy bijak menunjukkan gabungan gaya santai yang laidback namun masih kelihatan mewah. Tidak susah untuk mencari baju, seluar dan tudung seperti Vivy kerana semuanya mudah didapati di laman Fashion Valet!

Shahila Amzah

Buah hati Malaysia ataupun Malaysia’s true sweetheart. Mengapa dibilang begitu? Setiap kali melihat wajah Shahila, sukar untuk tidak jatuh cinta. Muka beliau memang manis dan ada tarikan penyejuk hati kerana biar buat muka masam dalam gambar tetap tidak rasa menjengkelkan. Lagi satu yang kami suka tentang Shila adalah beliau penyokong fesyen baju yang murah dan mudah didapati online. Siapa yang nak bergaya seperti Shila tidak perlu mengeluarkan belanja melampau!

Indah Novianti (@novierock)

Si gadis berhijab yang sangat quirky, kami suka kerana kelainan gaya beliau!

Azura Liyana dan Azwa Elena

Adik-beradik pereka fesyen hijab kesayangan saya, takkan saya lupa untuk senaraikan mereka! Dua-duanya berjiwa pelancong, jadi seronok berangan sambil menatap gambar mereka di United Kingdom. Bukan sekadar melihat inspirasi untuk berpakaian, malah dapat menikmati pemandangan suburban UK yang indah belaka.



sumber


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.