Monday, 3 February 2014

TAK IKUT OFFICE HOUR KE...




Assalamualaikum.. Hari ni bermula hidup sebagai seorang budak praktikal di New Sabah Times. sebagai apa? sebagai wartawan lah wei. Tadi dah jumpa Mr. Chong dan beliau sudah pun bagi briefing kat saya dan saya pun okay2 faham. hahaha.

Sebenarnya, saya tak yakin samada i can do it or i cant do it. Yalah sebab ini bukan wartawan gosip. Ini wartawan court, sukan, dan lain-lain.. Dan paling tak best, mesti kerja tak kira siang or malam. emmm, sabo je lah.. 

Lepas ni, tidurku mesti tak cukup, makan ku mesti tak terurus, dan kerjaku mesti terkejar sana terkejar sini. Yaaaa! Memang ini yang ku bayangkan.. Untuk 3 bulan ni aku harus kuat. harus semangat. dah nak buat macam mana. sendiri nak kerja ni haaha. mak ayah suruh ambil course kesihatan, hang tak mau. So sekarang, rasakan lah ini.. 

Bukan sengaja tak mau ambil kos kesihatan, tapi tak suka bau ubat, tak suka ubat, tak boleh hidu bau hospital dan lain-lain.. Dan saya tak pandai lukis-lukis organ manusia haha..

Tapi tak pa. Saya akan buat jugak sebaik-baiknya sepanjang 3 bulan ni. Ini melatih diri saya untuk lebih banyak menggunakan kesabaran, keyakinan dan kerajinan apabila berada di bidang ini kerana seperti yang ayah cakap, bidang ini sangat-sangat mencabar. Apatah lagi jika diarahkan untuk report lokasi kemalangan, dan jenayah.. arghhhhhh !!! takutnya..

 Ok2.. just try just do the best and just make it perfect walaupun tak mungkin akan perfect ahaha :P . No more office hours.. so jangan berangan-angan sangatlah cik fifiy oii. jangan berangan-angan untuk update entry kat blog ni lagi tiap-tiap hari. jangan berangan-angan nak tidur memanjang kat umah nak makan kat umah.. Hari awak tu haaaaa, dipenuhi di luar. kena pantas dan tangkas !! 

 Bersedia untuk hari esok.. okbai.

1 comment:

Shiqin Sunshine said...

wah wah wartawan upenye ye... heee~ bestlah ade membe bakal jd wartawan...hehe


selamat berpraktikal dear! ^____^

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.