Thursday, 13 February 2014

TUNTUT ILMU JALAN KE SYURGA..






Islam adalah syarat untuk mendapatkan keselamatan disisi ALLAH Swt. Sementara islam tidak akan terlaksana kecuali dengan ilmu. Pendek kata, ilmu adalah jalan yang paling pendek yang mengantarkan seseorang kepada ALLAH Swt.

Tidak hairan jika Rasulullah menyebut bahawa menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga. Ini jelas disebut dalam hadits arbain ke 39 yang salah satu isinya “dan barangsiapa yang meniti jalan untuk memperoleh ilmu, maka ALLAH akan memberikan jalan kemudahan baginya menuju syurga... “

Bukti terkuat boleh dilihat bahwa ALLAH menjadikan wahyu pertamanya kepada Rasulullah saw dengan menitikberatkan masalah ilmu dan saranan untuk mendapat ilmu untuk mengenali kebesaran Maha pencipta dan rahsia penciptaan.

“bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah yang paling pemurah, yang mengajar(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”
(QS.Al-Alaq:1-5)

*Syarah kitab Arba’in AnNawawiyah*


-oki setiana-

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.